Tuesday 30 December 2008

Blackness Playground






Melayani Atiqah bermain di sekitar Blackness Playground, few minutes from our home.

Monday 29 December 2008

University of Dundee


My study address:
School of Education, Social Works & Community Education, Old Technical Institute Building, University of Dundee, DD1 4HN, Dundee, Scotland, United Kingdom

Saturday 27 December 2008

Wintertime in Highland, Scotland ...








Cuaca tak sejuk sangat, tapi tiupan angin yang buatkan terasa amat sejuk ... Azim asyik menggigil jer! - komen Umi




Azim memang tak tahan sejuk ... biasanya kembung perut kalau keluar rumah ... biasalah tu, proses suaikan diri dengan iklim baru.







Tapi kami biasa jer ... lepak-lepak atas ais, sambil posing lagi tu. Atiqah bersama rakan dari Leeds, Kak Husna sedang berehat sesudah beraksi "Holiday on ice" sekejap tadi.







Atiqah memeluk kawan dari Leeds, adik Aini Shuhada ... nampak gaya dah macam nak selsema tu ... tak apa nanti bila dah ambik pil, okey ler tu.









Di puncak gunung ...


Di puncak bukit yang mana terletaknya Lecht Ski Centre. Cerunnya yang menggerunkan tetapi kualiti jalan raya amat baik. Biarpun fros tapi jalan tidak licin dan jarak pemanduan juga amat baik. Begini rupanya cara negara maju menguruskan infrastruktur jalan - suatu ilmu yang boleh dipelajari!

Berhenti sejenak di puncak bukit. Angin sepoi-sepoi bahasa sejuk meusuk ke "tulang". Kagumnya di sini ialah tiada sampah sarap di sepanjang jalan. Mustahil ada khidmat pembersihan di pergunungan inu, kemungkinan besar adalah sikap dan kesedaran masyarakat akan peri pentingnya alam sekitar. Umat Islam seharusnya memiliki sikap sebegini kerana ia dianjurkan dalam Islam. Namun, lemahnya kita kerana banyak yang tidak mengendahkan hal ini.






Tiada pokok menghijau di pergunungan ini. Satu pemandangan yang jauh beza dengan negara-negara di Asia. Hanya rumput-rumput kasar yang meliputi pergunungan ini.

Di belakang, salji memutihi sebahagian permukaan salah sebuah gunung.

Ski centres ....





Lecht Ski Centre terletak 2 jam dari Dundee. Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk bermain ski an juga Ski School.

(Atiqah bersama Kak Husna)

Glenshie Ski Centre terletak dalam 50 batu dari Lecth Ski Centre. Namun ia lebih kecil jika dibandingkan dengan Lecht.




Mountains in Dundee ...

Kami mengunjungi gunung-ganang di Dundee untuk melihat percutian gaya Eropah. Biarpun musim salji tetapi kebanyakan tempat tak banyak dilitupi salji. Namun, shunya teramat sejuk sehingga -0.5 darjah celcius.
Kesejukan ini membuatkan kami tak mampu untuk menghabiskan banyak masa di luar kenderaan kerana mungkin pakaian kami tak sesuai untuk cuaca yang teramat sejuk. Bagaimanapun kami bersyukur kerana berjaya pergi dan kembali tanpa ada bahaya yang menimpa.

Sahabat dari Leeds, Yorkshire, England ...


Sahabat lama ketika bekerja di Kumpulan Ikram Sdn Bhd anak syarikat Protasco Bhd, saudara Azwan Hawairie, isterinya Rozita dan anak-anaknya - Aini Husna (6 tahun) dan Aini Shuhada (1.5 tahun) datang bertamu pada 25 - 26 Disember 2008. Jarak Leeds - Dundee adalah 4 jam perjalanan menggunakan panduan Sateline Navigator.

Kian membesar


Kehadiranmu dalam hidup ini memberi kekuatan semangat kepada kami. Hari-hari menatap wajahmu melupakan kami yang usia pun kian meningkat. Engkau makin membesar anakku - Nurul Atiqah dan Muhamad Azim. Membesarlah dengan penuh keimanan agar hari-hari mendatang penuh kebahagiaan. Terima kasih Ilahi.

Wednesday 24 December 2008

Melungsuri senja di Dundee ...


"Tak pernah termimpi di benak ini yang suatu hari nanti aku akan tiba di tanah ini. Atas kebesaran Allah swt, aku di sini menemani suami tercinta melanjutkan pengajian PhD di University of Dundee" - Ana -



Membesarkan Muhamad Azim (umur 4 bulan) di negara empat musim amat mencabar bagiku. Saban malam terpaksa bersengkang mata kerana mungin udara yang sejuk membuatkan dia sering menangis. Namun, itulah indahnya sebagai ibu - melayani karenah anak dengan penuh kasih-sayang.





Anak sulung - Nurul Atiqah kian membesar. Dia di tahap "mengumpul maklumat" - soalan yang kerap ditanya adalah "kenapa bla bla bla ..." maka kami pun melayaninya sebaik mungkin agar dia membesar dengan penuh kasih-sayang dan memiliki emosi yang stabil.

Di saat langit menangis


Tangisan ini melitupi laman-laman di Seymour Street, Dundee, Scotland. Dari dalam jendela rumah, aku memerhati ... akan kebesaran-Nya!

Di ufuk utara benua



Catatan di hening malam ketika bahang Krismas di luar sedang memanggil-manggil pulang para pengikutnya ke rumah. Dihiasi kerdipan lampu-lampu dan cahaya neon bersama deringan sesekali loceng memeriahkan suasana di luar. Itu mereka. Kami di sini. Menghitung satu-persatu saat-saat di benua ini bersama doa agar mereka yang dikasihi senantiasa dirahmati-Nya.
Detik-detik kian berlalu. Tanggal Disember 2008, hampir 3 bulan kami di sini, merantau mencari keredhaan-Mu. Ya, itulah yang dicari agar segala yang dilalui dan yang bakal dilalui segalanya direstui-Mu Ilahi.
Buatmu Ilahi, rahmati kami sekeluarga dalam meniti-hari mencari erti sebuah kebahagiaan.
Mahzan & Ana, kurniaan Ilahi: Atiqah & Azim, 2R, 27 Seymour Street, DD2 1HA, Dundee
Scotland, United Kingdom.

Tuesday 23 December 2008

Hari-hari yang luar biasa ...

Hari-hari biasa bagi warga Eropah tapi bukan bagiku ... setiap detik musim salji ini, aku berperang dengan kesejukan. Juga berdepan dengan budaya orang luar, sesekali membuatkan aku terasa amat kerdil. Ya, kerna itu bukan kebiasaan bagiku untuk menempuhinya dengan cara yang mudah. Jauh di sudut hati ini mengharapkan bantuan dari-Mu Ilahi agar hari-hari mendatang membisakan aku untuk tabah menempuhinya. Amin!

Monday 22 December 2008

Typical weekend in Scotland ...


Hari-hari terus berlalu. Perjalanan ini mengheret kami ke anjung Ceird Hall - bangunan yang menempatkan Majlis Perbandaran Dundee, Scotland. Susun atur yang meminggirkan laluan kenderaan di tengah-tengah pekan mengingatkan kepada susunan bandar Kota Bharu. Tiada yang ingin dikutip selain daripada rasa syukur di hati. Sesungguhnya pejalanan ini amat bererti dalam memupuk rasa syukur pada-Mu Ilahi.

Sunday 21 December 2008

Social gathering ...







Kami meraikan tiga majlis serentak: Aidil Adha, AGM KMD dan Majlis ramah mesra bersama Educational Atache MSD London, Ustaz Elfirno Johari.