Thursday 29 January 2009

Think about this ...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
(petikan dari sahabat di Dundee)

Saturday 17 January 2009

University of Stirling



Di sekitar Stirling Castle ...







Old Town Jail at the downhill of Stirling Castle

The jail was built in 1847, in line with reform measures.

Stirling Castle



Stirling telah memainkan peranan penting di dalam sejarah pergolakan Scotland untuk hampir 700 tahun. Istana-istananya memerhatikan medan peperangan di mana berlakunya Peperangan Kemerdekaan yang kemudiannya telah dimenangi serta Old Town menawarkan pelbagai gereja dan banglo zaman pertengahan dan Renaissance yang telah dijaga dengan indah dan dikumpulkan di sekitar jalan-jalan berbatu bundar (dipetik dari http://www.visitbritain.com.my/).



Roti canai Dundee

Cuba buat roti canai ... Resepi internet tapi tak macam roti canai sangat. Tepung dah okey tapi tengok resepinya macam sama dengan resepi kulit karipap. Macam ada rahsia pulak resepi roti canai ni, pastu bila nak tebar, tak jadi pulak. Rasa pun tak sama dengan kedai mamak. Ini lah aksi ganas pembuat roti canai (kanak-kanak diminta nasihat ibu bapa dulu untuk mencuba ha ha ha)

Thursday 15 January 2009

Kita dan Dia



Biarkan perut kita lapar seketika
Kerna nanti pasti kan tiba waktunya
Biarkan juga air mata ini mengalir
Kerna keringnya nanti adalah tawa kita
Biarkanlah sedikit sengsara
Agar pada-Nya tak dilupa
Malangnya derita kita
Bukan pada-Nya
Tapi pada wanita, harta dan takhta
Sedangkan mereka bermandi darah
Demi pertahan bumi anbia'
Pada saat kita bersengketa
Tentang ranting-ranting ilmu-Nya
Dan leka pada tiang-Nya

Pena ini tak setajam peluru di Gaza

Tak sekuat pejuang jhad di Palestin
Namun fisabilillah bisa dihitung
Yang Maha Esa

Nukilan

Mohd Mahzan bin Awang
Universiti Dundee, Scotland

Friday 9 January 2009

Qunut Nazilah

Bacalah doa qunut pada setiap rakaat akhir solat fadhu. Moga-moga Allah swt menerima doa kita untuk menghancurkan musuh Allah swt terutama yng sedang dahsyat berlaku di Palestin sekarang ini.

Monday 5 January 2009

Dari dalam diri ...


"Kesukaran yang aku tempuhi untuk menulis bait-bait ayat dalam tesis ini menjadikan aku amat gusar. Bukan sekadar menulis tetapi ianya adalah muntahan fikiran yang aku rasakan amat ceteknya ilmu yang aku miliki ini. Hampir penat aku berfikir namun hingga ke saat ini tak mampu untuk aku gabungkan dan canaikannya menjadi satu ikatan pemikiran yang mantap. Semuanya mencapah dan tidak diikat kemas. Dari dalam diri ini selalu berkata bilakah saatnya aku dapat memandu pemikiran ini agar setiap hujah-hujah dapat disimpul rapi, kemas dan lancar. Dari dalam diri, aku memohon pada-Mu ..."

(2nd Floor, Old Technical Institute, University of Dundee)

Thursday 1 January 2009

2009


Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk hidup lagi sehingga ke detik 2009. Syukur pada-Mu Ilahi.


Semoga 2009 memberi kita seribu rahmat dan senantiasa diberkati Yang Maha Esa.

(Foto daripada engku_iskandar's flickr)



Menutup tirai 2008 ...


Kami menutup tirai 2008 dengan melawat sekitar Glamis Castle, iaitu sebuah istana yang dibina sekitar tahun 1435 M. Ia terletak di Angus, Scotland - mengambil masa dalam 20 minit pemanduan dari Dundee cuty. Glamis Castle ialah tempat Queen Mother (Elizabeth Bowes-Lyon) dibesarkan. Queen Mother adalah gelaran yang diberikan kepada permaisuri yang memiliki kuasa yang sama dengan raja (Emperor and Empress / King & Queen - ranks of nobility).
[Nota: Gambar Glamis Castle di atas adalah diambil dari flicr magdalengreen]



Oleh kerana kami tiba lewat di istana ini (sekitar 4 petang), maka hanya sempat bergambar di pintu pagar saja. Waktu melawat hanyalah hingga jam 3.00 petang saja. Lagipun musim winter ni, maghrib jam 3.30 petang.