Saturday 28 March 2009

Camperdown Park, Dundee


Camperdown Park - taman rekreasi yang terbesar di Dundee. Ia menempatkan golf course, leisure (F&B, indoor activities), wildlife centre, family recreation park dan bermacam lagi. Kami baru jumpa tempat ni. Bawa Ika main-main kat taman ini yang letaknya dalam 5km dari rumah kami.

Cuaca terang tapi berangin. Angin yang buatkan rasa sejuk sangat-sangat. Suhu sekitar 5.5 celcius. Tak ramai sangat pengunjung.


Hari Ahad ni Summer Time Britain. Kena tolak sejam ke depan. La ni musim bunga. Pening lah aku dengan cuaca dan masa kat sini ... bulan April 2009 ni Isyak masuk jam 10 malam, Subuh jam 4.30 pagi ... pukul 7 pagi tu dah terang benderang ... mabuk lah ...

Taman rekreasi keluarga ni memang teratur dan dijaga rapi. Pengunjung yang datang pun macam berdisiplin jer, tak ada sampah di sekitarnya. Walaupun kita tahu masalah minum dan mabuk kat sini sukar diatasi tapi sistem yang digunapakai menjadikan taman seperti ini bebas dari masalah sampah-sarap. Agak-agak kat Malaysia camaner yer?

Mamat Bunga he he .. kira okeylah jugak .. bunga rumput pun bunga rumput lah janji cantik. Tapi kami cari bunga tulip. Nampaknya pencarian masih perlu diteruskan.

Masuk dalam rimbunan bunga. Kalau petugas Camperdown Park datang ni, agak-agak kena marah dan saman ke? Tapi aku tengok tadi mamat satu kereta kutip bunga ni masuk dalam bekas ... nampak cantik gak. Nak ambik kan nanti kena tangkap CCTV kan naya...

Warna putih lak bunga ni ... Banyak bunga macam ni sekitar sini. malah mana-mana tempat jer ada jer bunga ni. Kami jangka ia bunga rumput ... entahlah. Ni kena tanya Pak Su ni orang Forestry!

Kak Long cakap bunga ni untuk Opah!!!

Gambar dekat bunga yang kami namakan bunga rumput .. ejaan BI ialah "Bew Near Ramp Put".

Aik warna kuning pulak ... tu yang rasa nak ambik gambar je ... kira okeylah dapat bergambar dengan bunga. Mana orang-orang kat Dundee ni .. payah nak tengok ramai-ramai macam kita kat Pasar Malam atau kat Taman Tasik Cempaka Bangi...

Kata Kak Long yang ini untuk nenek, opah, atuk dan macam-macam lagi .. melayan dia penat sungguh. kadang-kadang tension jugak ... budak tengah membesar ... bapaknya pulak serabut kepala study!! he he he

Ingat nak gi tengok animals at Wildlife Centre, tapi ongkos nya la pak!!! tadi tengok akaun tinggal ciput je pitis ... nanti nak gi Bank esok, surat UKM dah sampai katanya dah hantar bankdraft ke Bank .. tapi tak der lak dalam akaun. Tak boleh jadi ni ... kena gi check Isnin ni!

Macam biasa ... menggigil sejuk!!! Tengok tangan selalu dalam poket, kaki rapat ... standard Malaysian Dundee ... agak-agak di Sekolah dulu kena paksa kat Cikgu berdiri atas kerusi atau pun sekolah dia ajar kena tegap kalau ambik gambar ... ala-ala skima gitu!


Engko tengok lah kat belakang ... mana ada orang sangat kat sini pun. Agaknya Summer time nanti ramai tak orang? Yang pasti semalam waktu gi shopping ke Tesco, penuh manusia sekitar pub dan night club. Aku nak cari gak kopitiam .. tapi sorrylah kirim salam ... kopitaik ader ler ... air taik setan melambak lah kat pub (eheheh ter'emosi' lak)

Seronok lah dapat berlari-lari dan melompat-lompat ... kat umah tak leh lompat. Ntah ape punya engineer, buat struktur rumah macam tu ... struktur luar yang menyokong beban. Interior kayu. Lantai pun kayu. kalau melompat je satu flat bergegar. Tak seronok betul.

Menyorok dari Ika. Lagi pun elak angin ... memang sejuk ... macam nak putus telinga! Reseale tension menerusi aktiviti family ini memang menyeronokkan ...

Wednesday 25 March 2009

Glasgow ...

Jalan-jalan hujung minggu di Glasgow!

Di luar teratak Seymour ...

Hup! Senang diri! Jaga Sedia! Macam budak sekolah ... skima habis lah! Bosan baca buku. Nak muntah tengok questionnaires .. . kena release jap. bawa family kat playground dekat ngan umah ...
baru lepas kentut tu .. lga sikit ... heh hee
Yes, I did it! I did it! I did it! Where are we going? Playgarden!!!! Lagu Dora the explorer!
Hi, I am alone! Is there enybody can help me! I want to play swing!!!

Thanks Pa! You are always with me when I need you!

Iklan Colgate kat Dundee! Tunjuk gigi... eh colgate lak ... ubat gigi Tesco ... murah giler ...

Ika panggil ni Funfair ... cian budak ni kempunan Funfair...
Cantik tak rumah kat belakang tu?

Kak Long, Nabhan, Hana dan Azim

Kak Long (Atiqah) dan Nabhan ketika kat rumah. Balik sekolah, Umi tolong jaga anak-anak Fa ... Biasalah bila kanak-kanak 4 tahun bertemu, main-main tak henti ...

Gambar Ika dan Nabhan ... mereka rapat sungguh berkawan. Kita simpan bila dia jadi remaja, nanti tunjuk balik .. agak-agak camane ek?

Hana dan Azim. Umi cakap Hana selalu teman Azim makan, boleh lah bantu jaga baby ni ... Hana dah mula pandai cakap tapi telor sikit .... mi mi mi ... aluuuu (umi malu) - bila tengok gambar baby tak pakai baju. Hana ni ada rupa ikut Fa atau Ustaz Amin? Azim lak ikut abah atau umi?

Ika, Nabhan dan Azim.

Muhamad Azim bin Mohd Mahzan

Ba ba ba ... pa pa pa ...
ta ta ta ... ma ma ma

uuu caak .... va va va ...
er eerr ere uvuaaaaak!!

Visiting Glasgow

Sebenarnya tak tahu sangat nak jalan-jalan di Glasgow. Pusing-pusing pekan, jumpa playground. Apa lagi, berkelah kat sini je lah. Atiqah paling seronok main-main kat sini. Oleh kerana cuaca kat sini memang sesuai untuk outdoor activities, banyaklah yang berkelah bawah pokok, main bola dan kanak-kanak berlari-lari sekitar padang. Waktu tu jam 3 petang, kalau kat Malaysia tak boleh buat aktiviti keluarga macam ni sebab cuaca panas. Syukur pada-Mu Ilahi kerana memberi peluang untuk kemi menikmati suasanan yang memang berlainan dengan Malaysia!

Umi dan Azim macam biasalah ... berbungkus sejuk! Mak dan anak samanya .. jenis tak tahan sejuk! he he he
Oleh kerana banyak sangat minum dan cuaca agak sejuk, tak tahan la pulak. Nak terkencing. Tadi di rumah Aisyah, selpas visit Malaysian School Glasgow banyak minum teh. Aku nak buat macam mana yer? Intai tandas tak ada. Pusing pi mai pi mai. Ramai lak orang. Waktu nak pulang, kat kereta yang parking tepi jalan, aku berilah Azim kat Umi. Agak-agak camana nak buat yer...
Aku mendukung baby Azim sebelum misi rahsia berlangsung! Misi kena tepat sebab CCTV banyak di sini .. jeng! jeng! jeng! ha ha ha

Visiting Malaysian School Glasgow

Kami ke Malaysian School Glasgow untuk mentadbir Pilot Test kepada Principal, Tecahers and Pupils. Kami disambut baik oleh the Principal, cikgu Asmaheram. Cikgu-cikgu lain yang membantu Pilot Test ini ialah Aisyah, Anis dan Afiq. Bagus idea sekolah ini. Dua subjek yang diajar ialah BM dan Pendidikan Islam. Dikendalikan setiap Sabtu, 10 - 12 t.hari. Guru-guru dibayar elaun. Sekolah ini dikendalikan dengan kerjasama Malaysian Student Department. They rent three classrooms at the Holyrood Secondary School.
[Dari kiri: Mahzan, Ana (riba Azim), pelajar tajaan UM bersama isteri, dan Aisyah bersama anak]
Kami singgah di rumah Aisyah yang kebetulan sedang proses kosongkan rumah kerana akan balik pada April 2009 selama 6 bulan untuk data collection. Menikmati hidangan bubur kacang, mi, buhin goreng dan roti sardin amat menyelerakan. Dunia memang sempit kerana suami Aisyah iaitu Izani rupa-rupanya kawan kepada kawan aku di KLIUC- Engku Iskandar.

Maulidur Rasul KMD


14 Mac 2009, bertempat di Taymills Common Room, warga Melayu Dundee meraikan majlis Maulud Nabi. Penceramah jemputan pada majlis itu ialah Ustaz Muhammad Jibrail dari Nigeria. Beliau merupakan pelajar Master di Al-Makhtoum Institute, University of Aberdeen. Ceramahnya amat menarik. Ia berkisar tentang cinta dengan menggunakan premis ala peguam. Berikut adalah intipati ceramahnya:

Pembukaan: Perkumpulan hari ini adalah menunjukkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad saw.
Premis 1: Allah swt amat menyayangi Rasulullah saw, sehingga Allah swt menggunakan panggilan khas kepada Rasulullah saw. Hingga diumpamakan sebagai kekasih-Nya.
Premis 2: Kalau kita cintakan Islam, kita wajib mencitai Rasulullah saw yang mana baginda dicintai Allah saw.
Premis 3: Salah satu ajaran Islam ialah kita mencintai saudara kita sebagaimana kita mencintai diri sendiri.
Kesimpulan: Maka mencintai sahabat adalah bererti mencintai Islam, sekaligus mencintai Islam dan juga Nabi Muhammad saw yang disayangi Allah saw.

Bijak hujahnya. Hujah-hujah ini disebut ilmu mantik. Dalam bahasa Arab banyak berhujah dalam soal ini. Dalam bahasa Melayu ada juga hujah-hujah begini. Saya turunkan contoh hujah yang kalau dipanjangkan dalam bab-bab kompleks, membuatkan kita terperangkap.

Premis 1: Kambing makan daun.
Premis 2: Mr. Brown pun makan daun.
Kesimpulan: Oleh itu, Mr. Brown ialah kambing! :)

Pada majlis yang sama kami mengadakan majlis bertahnik (cukul jambul) anak Timbalan Penghulu KMD, Saudara Taufik Alias. Baby dilahirkan di Ninewell Hospital. Baby boy ini anak keempat kepada Timbalan Pengulu kita. Khabarnya Ustazah Fatimah (walaupun sibuk menyiapkan tesis PhD nya) menjadi bidan urut untuk mama for the lovely baby boy! Tahniah Fa ... ada bakat terpendam tu!

Sebahagian daripada adat Melayu Islam, majlis cukur jambul diiringi selawat nabi saw. Inilah muslimah Melayu Dundee:

Karipap


Hujung minggu bersama juadah Malaysia - karipap. Buat banyak-banyak lepas tu masuk peti ais - beku! Sedap jugalah untuk hidangan keluarga. Adab merantau, semuanya kena buat sendiri ...

Monday 9 March 2009