Thursday 30 April 2009

Charity Shops

Bangunan yang kelihatan itu adalah salah satu charity shop di Dundee (lupa nama kedai tu). Semua item dijual dengan harga £1. Terdapat banyak pakaian di kedai ini tetapi perlu dipilih untuk mendapatkan yang berkualiti. Kami pernah dapat sepasang kasut Timberland dengan harga £1. Di Malaysia kasut tesebut (yang baru) berharga sekitar RM600. Di UK pun kasut Timberland dijual (yang baru) sekitar £80 - £100++.
Charity shops yang lain terletak hampir dengan rumah kami ialah Children First (ni yang paling okey sebab barangan banyak barangan berkualiti dan harga pun berpatutan), British Red Cross (agak mahal tetapi barangan okey juga - kami pernah beli kasut Adidas berharga £5), Shelters (barangan yang berkualiti tetapi harga agak mahal). Baju Adidas yang dipakai (lihat gambar atas) tu hanya berharga £1. Topi lak berharga £0.20.
Di Dundee City Centre terdapat 3 lagi charity shops iaitu British Heart Foundation dan ada dua lagi lupa namanya. Banyak barangan berkualiti di sini tetapi harganya agak mahal. Dengan adanya kedia-kedai macam ni, ia membantu menguruskan elaun KPT dengan berhemah. Tiada niat lain berkongsi perkara ini sekadar satu catatan untuk menggambarkan inilah kehidupan kami di sini. Juga ia membenarkan nasihat sahabat ketika di Malaysia yang soal pakaian tak perlu dirisaukan sebab ianya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan di United Kingdom. :-)

Wednesday 29 April 2009

Pusat Hiburan, Fife

Dah jadi kelaziman di seluruh dunia (agaknya) ... apabila disebut je pusat hiburan maka adalah unsur judi ... lihat di Genting Highland ... Las Vegas ... dan kat sini yang kami datang pun ada Bingo - judi tu ... untuk belajar-belajar ... ye lah dengan nilai duit 1 pence buleh main ...
Yang bagusnya untuk mainan budak-budak kat sini murah jer ... dalam 50pence sekali naik ... ada yang 10 pence ... payah nak cari benda macam ni kat sini (atau aku yang tak tahu he he he) ... bukan apa, individualistic society ni kena cipta hiburan keluarga untuk anak-anak macam ni lah ...
Tengok anak si minah yang main tu tadi tukar duit 1pence banyak dan boleh main banyak benda ... semua macam judi lah ... mungkin ini lah agenda mendidik judi dalam bentuk positif (dari pandangan Barat agaknya ... main teka saja ... maklumlah tengah buat PhD ni banyak hypothesis dalam kepala!)
Ini bukan hypothesis lagi .. ini namanya melayan anak yang sedang exited dengan macam-macam game ... hilang ilmu psikologi bila dengan anak-anak ni .. kira ilmu mak ayah yang ajar kita waktu kecik-kecik dulu ... orang kampung katakan!... jom balik, hari kian senja!

Jalan-jalan di Fife

Fife terletak sekitar 20 batu dari Dundee. Ia merupakan kawasan bersantai tepi laut. Pekannya agak kecil tetapi teratur. Taman ini terletak bersebelahan dengan kawasan pantai yang terdapat banyak rumah rehat di sepanjang pantai ini.
Tulip Rose yang sedang berkembang... ada yang kuncup ... macam otak aku yang sedang berserabut dengan kembang-kuncup conceptualization of terminologies in my PhD research!

Bunga segar ni macam bunga plastik ... sebab tu ler gamaknya namanya musim bunga sebab rumput pun berbunga (nota: kat rumah kami ada bunga segar cantik dihias - semuanya bunga rumput - eg. lihat bunga-bunga dalam gambar di camperdown!)

Menikmati ciptaan Allah swt .. sehebat mana manusia tak mampu mencipta sekuntum bunga umpama ini ... melihatnya amat tenang sekali kerana tumbuh-tumbuhan termasuk bunga adalah makhluk Allah swt yang sentiasa berzikir pada-Nya ... Itulah hikmah merenungi alam ini ... zikirnya membuatkan kita terasa tenang memerhatinya ... adakah kita hanya menumpang zikir nya sahaja ... bagaimana pula kita?
Ombak tak jemu menghampar pantai ... angin tak jemu bertiup ... patuh pada aturan Ilahi ... bagaimana kita yang sering terlena dibuai keindahan dunia ... agar perjalanan ini adalah satu pelaburan hari akhirat!
Dari generasi ke generasi ... datang dan pergi ... besar dan lahir ... inilah bukti kebesaran Ilahi!
... dan bersama anugerah serta tanggungjawab untuk menjadikan kehidupan ini adalah untuk Yang Maha Esa...
Yang terundah di mata, rasa syukur di hati ... dekati diri pada al-Khaliq!

... satu catatan pengembaraan keluarga dalam jejak mencari keredhaan-Mu!

Monday 27 April 2009

Teka-teki


Meneka sesuatu yang tak pasti dengan harapan dan doa ...

Sunday 26 April 2009

Coach to Edinburgh


Driver sorang lagi tak leh pandu sebab tak pandai masuk gear gostan!

St. Andrews Botanic Garden


St. Andrews Botanic Garden terletak sekitar 15 miles from Dundee. Yuran dewasa ialah GBP2, kanak-kanak GBP1. Tutup jam 7 petang. Kami tiba di sini sekitar jam 5 petang, hanya ada 4 buah kereta yang parking. Agak sunyi "semak" ini ... yang pasti memang banyak bunga-bungaan sebab musim bunga kan. Tapi kami tak masuk sebab takut ada hantu! Eeeeeee kekoh mung la! (Eee gigit la kamu)

Inilah pengawal yang tukang kutip yuran tu. Kat pintu pagar, tersengih je. Tak banyak cakap, bila ada orang datang je, dia keluarkan tangan dalam poketnya dan tunjuk kat signage di pintu pagar tu!

Kemudian aku tangkap jer dia, kena tawan ... padan muka ... ada ker hujung minggu buat part time job jaga taman ni! Udah ... hantar resignation letter dan balik rumah masak apa yang sesuai dengan elaun KPT je ... Kalau lebih dari itu dikira dah defisit!

La ni, pintu pagar Botanic Garden dah kena tawan untuk jaga dapur di Seymour Street. Sebenornyer yop, taman ni tak ada yang jaga ... bayar sendiri ... masuk tabung, macam derma tandas kat Malaysia ... tapi tadi adalah nenek yang memang bertugas untuk taman ni, bukan jaga kaunter bayaran pun .. jalan pun tak larat, ronda taman naik kereta ... kalau angin selaju 20km/j ... alamak tercepuk ler gamaknya ... (nak beritahu yang diorang kira percaya kat masing-masing individu untuk bayaran ini ... inner-self discipline yop!)

The Oldest Golf Course in the World


The Old Course di St Andrews adalah golf course tertua di dunia. Ia merupakan padang golf awam yang dibina di tanah-tanah biasa di St Andrew. Ianya diuruskan oleh The St Andrews Links Trust di bawah akta Parlimen.

Tiada satu sumber pengetahuan yang jelas sebenarnya bilakah golf mula dimainkan di Old Course ini. Sumber terawal yang dicatatkan yang menjadi bukti kukuh kepada lamanya ia ialah apabila lesen sukan ini dikeluarkan pada 1552, yang mana ia membenarkan komuniti untuk menternak arnab dan juga bagi permainan golf, bolasepak, dsb ... pada sepanjang masa lampau.

Catatan pertama tentang golf mula dimainkan di Old Course bertarikh 1574, yang mana ia menjadikan Old Course ini adalah yang tertua di dunia, terletak di Scotland. Kami hanya sempat singgah dan mengambil angin seketika sebab anak-anak nyenyak dibuai mimpi dalam kereta!
Sekadar satu catatan hari-hari hujung minggu!
Kalau pagi, saya suka abah sebab abah pergi "kerja" ... saya tak nak dukung umi pagi-pagi ...
Kalau malam saya nak umi ... kalau saya keluar je saya tak suka Scottish .. kalau tegur je, saya nagis la ...

Saturday 25 April 2009

Kontroversi: Elak dari wartawan

St. Andrew, 25 Jul. - Seorang pelakon yang sedang membuat pembikinan Episod 2 a New Movie telah mengelak untuk ditemubual ketika diserbu wartawan semalam. Ia dipercayai mempunyai hubung kait dengan elaun yang dulunya tersangkut tetapi kini elaun kedua yang baru diterima telah habis digunakan dalam tempoh kurang 48 jam. Laporan lanjut tentang perkara ini akan disiarkan dari masa ke masa. Mana-mana artis yang mengetahui perkembangan ini boleh hubungi lidah pengarang di alamat e-mail: ikutsukaakulahgapodiopun@gmail.com.sg

Kelantanese dialect session...

Kekpong = dukung atas bahu (Nota: Ia dilarang dalam masyarakat melayu Kelate sebab dipercayai membuatkan anak tidak dengar cakap ibu bapa)
Yak kelih bokte!!! Bakpo gak ambik kokse kokde nih = Eh!!! Kenapa ambil gambar macam-macam ini. (Nota: Yak kelih bokte ---> penggunaanya kian pupus, generasi muda dah tak tahu makna)

Pakat dok cokoh aroh atah ruput = duduk bersama-sama atas rumput


Apa makna gambar ini?

Maknanya gambar ini kitorang yang ambik ... he he he ... bukan itu yang dimaksudkan ... sebenarnya kami mendapati kebanyakan benda-benda yang pada kita di Malaysia bermasalah biarpun kecil diambil serius di sini. Kalau kita pergi restoran di Malaysia, kalau guna babychair memang masalah ... goyang dan bisa tumbang Pak!!! "Aku letak je budak Atiqah ni ... berat dalam 16 kg si kecik ni ... aku suruh je dia goyang-goyang ... he he he ... tak gerak pun ... tapaknya amat berat dan stabil"
(tak de dalam dialog: what the hell with this guy!!! - monolog mat selleh yang lalu-lalang kat sini ... kat Tesco ni ... hah? tesco pun ambik gambar ... kampung mamat ni ... ha ha ha)

Saat-saat yang amat membahagiakan seorang aku ...

Amat payah untuk mengatur bait-bait kata untuk mengganti rasa ini pabila bersama dengan anak-anak pada waktu sebegini ... hanya insan yang dilamun cinta yang bisa mungkin meluahkannya ...
"Aku melihat diriku di setiap lagak dan geri anak-anak kecil ini ... "

Yang terbaik untuk mereka di kala ini adalah sepenuh perhatian bersulam doa pada-Mu Ilahi ...
Kerna langkah mereka menuju usia matang, sedang langkahku ke alam menuju senja ... hanya Allah tetap bersama setiap detik dan waktu ...
... dan kita tak bisa lari dari waktu yang bukan sekadar mengejar tetapi menghimpit kita dengan seribu bicara yang pada banyak waktunya kita tidak mendengarinya ...

Di sini kami berkampung ...

Nampak tak ada orang kat tingkap tu? Azim dan umi lah tu menantikan kaklong pulang sekolah!
Tersengih sokmo.
Tengah membuat tuntutan untuk tidak balik rumah ... bosan agaknya ... kalau jumpa signboard ni, jumpalah rumah kami!

Copycat?

Semua ikut Mahzan?
Fotostat?

Lesen L

Hari tu asyik undur je .. lani dah boleh merangkak ke depan, tapi selalu terlajak dah tak tahu nak reverse lak ... susah masuk parking ni, gear reverse tak tahu guna ...

Friday 24 April 2009

Mahzan Junior

Usia mencecah 9 bulan .. baru pandai merangkak tu ...
Gigi pun dah mula tumbuh .. tu kadang-kadag demam ...
Di saat Atiqah dan Nabhan ke sekolah, Azim bersama Hanan di rumah ...

University of Dundee

Selepas ambil Atiqah, kami jalan-jalan sekitar University of Dundee. Just a few minutes walking from Park Place Nursery School ... Bestlah springseason ni .. macam kat Genting Highland cuacanya ... nyaman je
Chaplaincy Building is just next to Main Library.
Di depan Main Library ... budak-budak tengok pelik je ambik gambar depan library... yang syoknya selepas tu ada jugak orang lain ambik gambar, siap posing macam model lagi ... tapi bukan kat library lah tapi kat pokok ... bergaya macam ala-ala Hindustan ... ingat aku je kampung ... ha ha ha
Laluan biasa seorang aku yang bergelar budak sekolah di University of Dundee ...
Sekitar students hostel ni ...
Students accomodation - hostels, gymnasium & recreatioanal centre.
Penat melayan Atiqah balik dari sekolah.
Kononnya bergayalah tu .. he he he ... segan sebenarnya ambil gambar ni, tapi sebagai orang kampung muka kena tebal sebab poket tak tebal!