Tuesday 26 May 2009

Seymour Fried Chicken & McDaniels

Restoran yang bakal menyaingi KFC dan McD memulakan operasinya di United Kingdom. Ia juga akan mengejutkan Gordon Ramsay yang terkenal dengan kejayaan bisnesnya di Scotland. Resepi kampung yang diglobalkan (glokal?) ini akan menjadi sajian utama masyarakat Islam di Eropah dalam tempoh 10 tahun lagi!
Ini adalah produknya dan ia 100% halal serta banyak khasiat, kurang minyak. Ia boleh diperolehi dengan hanya nilai kurang daripada 5 pound untuk sepinggan (saiz Tok Arab).

Pelanggan setia restoran ini menjamah juadah waktu petang di hujung minggu!

Saturday 23 May 2009

Soalan Bahasa Melayu SPM


Masa : 1 jam
Berdasarkan gambar di atas, sila jawab soalan berikut:
Bahagian A (20 markah)
1. Apakah kegiatan utama organisasi di atas? (3 markah)
2. Bagaimana untuk ke tempat ini dari Dundee? (3 markah)
3. Kenapakah ia penting kepada para pengunjung tempat ini? (4 markah)
4. Sejauhmanakah ia membantu pengunjung dari sudut (i) ekonomi, (ii) sosial dan (iii) ekonomi? (6 markah)
5. Nyatakan 2 contoh tempat di Malaysia yang hampir sama dengan tempat ini? (4 markah)
Bahagian B (20 markah)
Tulis karangan yang tak kurang daripada 250 patah perkataan bagi menggambarkan tempat di atas.(20 markah)

Stonehaven, Aberdeenshire

Sebuah kawasan pelancongan tepi pantai yang terletak tidak jauh dari Aberdeen.
Tak banyak restoran di sini ... musim panas ni, kedai aiskrim paling laku. Ramai yang terpaksa menunggu lama (lihat betapa ramai beratur di belakang tu) untuk mendapatkan aiskrim. Teringat aku ketika di Cherating yang mana susahnya nak cari makan pada waktu siang sebab banyak warung aktif pada waktu malam. Tiba je waktu malam ... masyaAllah ramainya pengunjung ... ramai sangat pulak ... sampai tak ada tempat kosong untuk kami duduk makan ... kami terpaksa menanti hampir dua jam utk dapat ikan bakar! Tapi di sini ... nak makan pun susah gak sebab kena tengok betul-betul... kan tak pasal-pasal ada "kerbau pendek yang digoreng kicap" ... eeei ... mual tekak aku!

Tak apa lah, kami makan bekalan kami aje ... balik nanti abah goreng kuetiaw kerang lagi best!

Tak jauh beza dengan Pantai Tok Bali Pasir Puteh pun!

Sengih ambil gambar ... nampak macam okay je kan??? Ngkorang nak tahu ... Ana ni masih trauma dengan Tsunami dulu ... sebab waktu tu kami sempat merasakan betapa kuatnya bumi bergoyang ... waktu tu Ana mengandungkan Atiqah ... ditambah pula dengan banyak visual Tsunami yang ditonton membuatkan dia trauma kalau tengok ombak besar! (Aku pun serupa gak he he)
Aku teringin lah nak melancong guna caravan ni ... kata Dr. Helmi ... kita boleh dapatkan harga yang okay dari sebuah syarikat Malaysia di London iaitu Kelana Travel ... menarik lah caravan ni ... aku fikir kalau ada lah benda cam ni kat Malaysia ... mudah kelik Kelate ... 5 hari baru tiba .. drive ke Raub tidur jap .. pas tu sambung ke Merapoh tidur semalaman .. pastu gi Gua Musang tidur semalam .. tiba di Kampung Gong Garu Kelantan .. aku dah ada rumah sendiri ... parking tepi rumah aku jer .. ha ha ha .. kan senang .. pas tu bila nak datang KL ... ajak sedara mara naik caravan .. aku tarik je .. (ayam kambing pun aku ingat boleh bubuh sekali ... dapat fresh protein ha ha ha a) ... agak-agak kalu ada benda ni ... bas express pun gulung tikar agaknya!

Macam kat Malaysia

Tengok awan membiru, rumput menghijau dan matahari terang menyinar membuatkan kami teringat pada suasana di Malaysia! Dah besar anak dara aku ni ... hari-hari melayan karenah si kecik ni mengingatkan aku tentang bagaimana ibu bapa melayani anak-anak, lantas apabila dewasa mereka meninggalkan ibu bapa kerana tuntutan hidup ... dulu aku dah mengerti sebenarnya tapi kini aku bukan sekadar mengerti tetapi aku memahami, menghayatinya dan merenunginya pula!
Pada musim panas ni adalah waktu untuk pakai baju sehelai saja tapi itu pun baju tebal kena spare gak sebab anytime cuaca boleh berubah dari panas sehingga ke sejuk menusuk tulang keting!

Aberden City Centre

Ada satnav (satelite navigator) bolehlah jalan-jalan walaupun tak pernah masuk bandar-bandar di UK ni. Tapi satnav bukan boleh percaya 100%, sebab pertamanya ia tak boleh detect jalan oneway atau pun lorong bas; keduanya, kena update jalan-jalan ni tapi yang aku beli ni tak reti pulak nak update camner ... belasah je, tapi okay lagi lah ... kira boleh lah jumpa satu-satu tempat tu!
Di sekitar Aberdeen city ...
Aku agak ini adalah dermaga kapal di Aberdeen... tak tau lah betul ke salah ... nak kata macam pelabuhan ikan canggih sangat kapal ni ... entahlah beb!

University of Aberdeen

Balik dari Eroll carboot sale, kami lajak ke Aberdeen. Saja-saja ambil angin di University of Aberdeen. Cantik universiti ini. Banyak bangunan klasik yang menjadi asas kepada bangunan-bangunan universiti.

Kebetulan pula ada festival Words and conference pada waktu itu. Maka, happening sikit lah biarpun pada hari Ahad.

Ramai pengunjung Eropah melawat universiti pada hari tu. Jadi, tak ralat sangatlah kalau kitorang ambil gambar dan visit bangunan-bangunan lama di sini.
Binaan pintu gerbang yang menampakkan gah universiti ini!

Ini adalah pintu masuk ke King's College. Di tengah-tengahnya ada perigi= tertanya-tanya juga adakah ia sebahagian daripada tradisi dalam amalan Kristian yang selalu orang kaitkannya dengan holy water? (jahil aku tentang agama orang lain ni!)
Nyaman udara, cuaca pun alhamdulillah.

Yang aku tak berkenaan ialah dengan kelakuan tak senonoh mat saleh dan minah saleh buat filem ala 18sx sambil jemur guling-guling ala Hindustan di tengah-tengah padang kat universiti... tapi mat saleh belakang tu okay, fokus study ... (seluar pendek, kulit tebal sungguh - sejuk angin woi!)

Elaun KPT + santai + jimat - (isu halal haram) x $RM = bawa bekal. Kami pun bawa bekal, guling-guling ala Hindustan jugak tapi mengejar Mohd Azim nak mengutip daun-daun dan rumput --> kemudian masuk mulut! Sempat lah gak sehelai dua digigit si kecik ni.
Aku pernah mohon untuk sambung PhD di sini tetapi nampaknya panggilan University of Dundee akhirnya aku sahut!













King's College

Kalau tak silap, King's College adalah tapak asas University of Aberdeen. Seperti mana penubuhan dan perkembangan kebanyakan universiti di dunia bermula dengan pusat ibadat. King's College juga bermula dengan kegiatan Kristian menerusi institusi gerejanya. Seni Eropah pada binaan bangunan ini dijaga dengan baik!
Ukiran patung terbaring ini adalah monumen bagi memperingati pengasas kepada pusat ibadat Kristian di sini yang akhirnya berkembang menjadi medan ilmu terkenal serata dunia!

Poneng eh!


Kepenatan dan buntu dalam menyiapkan thesis chapters ini mengingatkan aku kepada hari-hari lapang yang lalu!

Sunday 17 May 2009

Meneka dalam kesamaran


Pen, kertas, buku dan seorang aku ... melakar wajah-wajah yang mungkin benar atau tidak. Kusut masai adalah lumrah asal benak ligat berputar memamah kumpulan aksara, bait-bait ayat dan timbunan angka-angka. Mengukir kata pada lembaran kosong tak semudah menungkap kata pada angin yang berlalu. Makanan akal yang tak dapat diberi dikonkrit ini menjadi tiang dalam kotak fikir seorang aku - setiap detik dan waktu - kerna aku budak sekolah!

Monday 11 May 2009

Ya Rahman ... Ya Rahim ...

Ya Allah ... Berilah aku kekuatan dalam menjalani hidup dan meneroka ilmu-ilmu Mu ini ... Berilah aku taufik dan hidayat-Mu agar segenap yang kurancang ini diberkati dan dirahmati-Mu. Tunjukilah aku jalan yang lurus sebagaimana Engkau tunjukkan ke atas orang-orang yang Engkau kasihi sebelum dariku. Sesungguhnya kerana Engkau aku berada di sini ... kerna Engkau jualah aku meneruskan pencarian ilmu ini ... maka jadikanlah perjalanan ini satu perjalanan mulia yang diberkati-Mu. Jauhkanlah aku dari segala kecelakaan dan keburukan sama ada yang nyata atau yang tersembunyi. Hakikatnya ya Allah, keterbatasan dan kelemahan diri ini umpama satu bebanan batu yang berat untuk kupikul. Hanya doa kupanjatkan agar ianya mampu untuk kuatasi. Hanya atas kekuasaan dan bantuan-Mu segala rintangan dan cabaran ini dapat aku atasi. Makbulkan doa ku ini ya Allah ... Amin ya rabbal alamin ...

Komuniti Melayu Dundee 2009

Bediri (dari kiri): Taufik (isteri buat PhD tajaan UUM), Zahir (UM - PhD Engineering), Shahrul (UM- PhD X-Ray), Azmi (isteri buat PhD tajaan USIM), Tarmidi (UKM - PhD Dentistry), Dr. Amin (isteri buat PhD tajaan USM), Mahmud (isteri buat Master tajaan KKM), Irfan (emak buat PhD tajaan JKR), Ust Nidzam (terselindung - (isteri buat Master tajaan UIAM), Dr. Che Annuar (UIAM - Medicine) dan sahabat dari UIA Kuantan
Duduk (dari kiri): Hasnuddin (belajar di El-Azhar University), Siti Hajar (from Brunei, Al-Makhtoum Institute, Univ. of Aberdeen), Azim (anak aku ler tu), Mahzan (UKM- PhD Education), Batrisha (depan - anak Mahmud), Mahadi (USM- PhD Engineering), Azwan (IMU) dan Zayid (anak Ust. Nidzam).

Sunday 10 May 2009

Sesudah semusim berlalu ...

... kini bunga berkembang, sesudah tiga purnama menyepi sendiri kerana salji yang menimpa! Hujan menjemputnya muncul untuk kesekian kalinya memberi erti bahawa hidup ini ada yang bisa hadir dan ada pula yang akan pergi!
Waktu-waktu berlalu, bukan sekadar memancung perjalanan hidup malah menghimpit setiap insan dengan amanah yang diutuskan oleh-Nya.

lalu aku terdiam sejenak ... hakikatnya aku sakit perut (entah apa yang aku makan, asik kunjungi bilik air je hari ini ...)
... dan KFC di belakang hanya mampu untuk kupandang, kujeling, kulihat, kutatap dan isk isk isk ... rindunya aku kepada KFC sebab kat sini semua ayam KFC adalah ayam yang digelek lori hantu!!!! (nota: tak dapat makan KFC, bergambar pun jadi lah ...)

Kekoh mung lar ...

Menatang gapo lah tu ... eee ... geli lah weh ... takdok go bendo lain hok nok dibuat patung ... takdok seni langsung ... tadi ado rama meksaleh gatung hayung kat patung patung ni ... aku ingat aku jah kapung ... serupo tulor jah ruponyo (nota: guane gamok, buleh faham ke wang bace loghat kelatang ni - ni loghat Ganu ni!)

Ika with her ball

Bola beli kat Wellgate tadi, 1 pound. She took the ball, beratur macam orang lain (mat saleh beratur belakang dia, buat selamba jer, aku tunggu kat pintu keluar je), beri duit 1 pound, dia tanya "How much?" (aku herannya cashier pun layan budak kecik macam ni seperti layan orang dewasa juga), he gave that ball to the cashier, beri pitis, selamba jer masuk beg, dan thanking the girl ... aku tergelak kat pintu keluar!!! Ha ha ha .. in education we call it as "experiencial learning exersice".

Mission Impossible

Kak Long: Dik, jangan beritahu abah, kak long ada kopok ... adik nak tak?
Azim: Nak nak nak
Kak Long: Jap yer .... nanti kak long bagi sikit jer tau ...
Kak Long: Aha ... ada ni. Kopok criscpy ... abah bagi ni ... adik buka mulut makan sikit tau.
Adik : ma ma ma ba ba ba
(suara latar) :Kak Long, apa ngko beri kat adik tu? - suara abah dari jauh!
Kak Long: Alamak, "kensel" la dik!
ke sempat makan kopok tu budak ni!!!

Selamat Penganti Baru!

Pasangan pengantin baru: Hasnuddin dan Siti Hajar. Mereka masih belajar. Hasnuddin penuntut tahun akhir di El-Azhar University, Mesir dan Hajar pula pelajar Master di Al-Makhtoum Insitute, University of Aberdeen. Mereka berkenalan ketika di Mesir. Hasnuddin berasal dari Utara semenanjung Malaysia manakala Siti Hajar ialah warganegara Brunei Darussalam. Ikan di darat, asam di laut, di dalam kuali bertemu jua. Sebelum ke Dundee, mereka telah bertunang.
Mereka diijabkabulkan oleh Ust. Elfirno di London berwalikan wakil. Pengalaman berkahwin di rantau orang tanpa ibu bapa di sini tentunya memerlukan ketabahan dan pengorbanan yang tinggi. InsyaAllah, Hasnuddin akan ke Mesir bagi menduduki final exam ... bulan madu sekali lah tu yer ... anyway, doa untuk kalian agar bahagia ke akhir hayat dan tahniah kerana berjaya menyahut seruan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Social mobility

Kecil lagi dah merantau jauh di negara orang ... Azim dan Balqis sedang menunjukkan bagaimana menjaga gigi yang baik ... aku dulu rasanya usia 5 tahun dah rongak dah ... maklumlah membesar dalam botol "cekelat" dan "eskrim" - (terkenang semasa dulu, dibesarkan dalam famili peniaga kedai runcit)

Forum sempena usrah gabungan

Komuniti Melayu Dundee (KMD) mempunyai aktiviti padat sepanjang tahun. Usrah - merupakan aktiviti yang dilakukan setiap dua minggu dan dipecahkan mengikut gender. Usrah ini juga dibahagikan mengikut status perkahwinan. Maka ada empat kumpulan usrah yang dimpin oleh Ustaz Dr. Amin (muslimin yang telah berkeluarga), Ust. Nidzam dengan bantuan Dr. Che Annuar (kumpulan bujang); muslimah pula diketuai oleh Ustz. Zulaikha dan Ustzh. Fatimah. Setiap dua bulan, semua ahli akan berkumpul dalam Usrah Gabungan. Pada kali ini, KMD menganjurkan Usrah Gabungan sempena meraikan pasangan pengantin baru Hasnuddin dan Siti Hajar. Majlis ini dimuatkan Forum Isu Semasa dengan moderatornya ialah Abg Tarmidi Sailan dan ahli-ahli panel ialah aku sendiri, Ust. Dr. Amin dan Kak Khamsah.

Amnya, aku banyak berbicara tentang psikologi (personaliti dan kepimpinan), Ust. Dr. Amin dari sudut Islam, dan Kak Khamsah tentang pengalaman praktikal (telah mendidirkan rumahtangga lebih 12 tahun). Menariknya forum ialah sebab aku rasa sebenarnya segan nak bercakap (maklumlah sikap rendah diri orang Melayu masih tebal) dan juga kita di sini sebenarnya usia hampir sama. Walau apapun aku yakin kerana usaha ini digerakkan atas nama budaya Islam - berkongsi ilmu, berbincang, berusrah maka ia satu usaha positif. Kepada yang terasa hati dengan pandangan aku dalam forum ini, mohon maaf yer ... (terutama bab loghat pekat budu aku tu he he he)

Duduk sama rendah, eh ... berdiri pun sama rendah!

(Dari kiri) - Aku, Irfan, Mohd Salim (English name dia ialah Leu), Mahmud (jauh) dan Zahir. Irfan anak kak Maziah, masih bersekolah (tingkatan) di Dundee. Rupa-rupanya aku ni sama tinggi dengan Irfan ... he he he


Engineer muda

Masih single, Mahadi bersama kamera ajaibnya; kepada yang sedang mencari menantu, kat Dundee ada calonnya!!!

Friday 8 May 2009

Hidayah

Hari ini, di Masjid Dundee, sesudah solat Jumaat, seorang Muslim sister menghampiri kami (Malaysians) untuk membantu rakannya memeluk Islam. Bergemuruh dada mendengar kata-kata itu! Dia mencari Imam untuk melafazkan syahadah ... Subhanallah ... alangkah bertuahnya wanita itu kerana mendapat hidayah dan petunjuk dari-Mu ya Allah swt ... betapa agungnya kuasa-Mu, Ya Allah!

Wednesday 6 May 2009

Nilai sekeping kertas

Ini bukan sekeping kertas tetapi ia adalah kumpulan kertas-kertas yang bernilai sekali. Ia menghimpunkan ilmu dan pengetahuan yang berguna, terutama dalam pengajian aku di sini. Apatah lagi, tesis yang bakal disiapkan nanti (seperti gambar di atas) akan merakam pemikiran yang dicanai menerusi bacaan, debat, perbincangan, analisis dan sintesis yang akan menjadi rujukan ramai. Ia bernilai dan menjadi sahabat aku setiap hari.
Adakalanya kertas-kertas ini membebankan beg duitku. Tapi ia bernilai kerana vouchers ini adalah untuk sekolah Atiqah. Setiap pembelian GBP10 akan layak untuk mendapatkan sekeping voucher. Minggu ini aku belanjakan melebihi GBP60, maka banyak vouchers dikutip dari Tesco. Vouchers ini akan didermakan ke tabung sekolah Atiqah bagi pembelian peralatan komputer. Ia adalah bernilai rupa-rupanya.
Kepingan Pound Sterling ini amat bernilai pada aku. Kehilangannya akan membuatkan aku risau dan gelisah. Sesekali ia berkurangan menjadikan aku gundah kerana ia amat bernilai dalam menampung kehidupan di rantau orang. Pastinya ia amat bernilai sekali.
Pada aku, asalnya ianya tak mempunyai banyak nilai. Tetapi bagi Atiqah ianya amat bernilai. Barangkali asuhan di sekolahnya, Atiqah gemar mendengar cerita. Kepingan kertas-kertas ini menghimpunkan cerita untuk kanak-kanak. Ia adalah untuk bedtime story Atiqah. Tanpanya, Atiqah merasakan kehidupan hariannya tak lengkap. Sebelum tidur, bedtime story adalah satu yang mesti bagi anak sulungku ini dan ia amat terhibur setiap kali untuk tidur. Baru kusedar kepingan kertas ini bernilai dan mampu menghubungkan ikatan kasih seorang ayah dengan anak.
Kepingan kertas 50 billion Zimbabwe Dollars ini seolah-olah tak ada makna bagiku. Tapi aku pasti ianya adalah amat bernilai kepada mereka di Zimbabwe. Untuk membeli sehelai baju, rakyat Zimbabwe memerlukan berpuluh keping wang 50 billion dollars. Ia sememangnya umpama tak bernilai pada aku, tetapi bagaimana aku dapatkan kepingan ini mungkin ada maknanya. Ia diberi oleh sahabat sama-sama belajar dengan aku di University of Dundee dari Zimbabwe (dia boleh dikelaskan sebagai kaya kerana memiliki syarikat bas di Zimbabwe dan juga mempunyai income lumayan di UK). Mampukah aku milikinya dengan menukarnya di money changer? Aku umpama pasti dollars ini tak diniagakan mereka. Dari keadaan ini, maka kepingan kertas ini adalah jua bernilai.
Ini pula adalah kumpulan gambar-gambar kami di Scotland. Dicetak pada kertas yang boleh dibukukan. Dengan kos sekitar GBP12, buku gambar ini mejadi koleksi keluarga kami. Ia mempunyai nilai kepada aku sekeluarga.
Nilainya terletak pada catatan dan himpunan perjalanan hidup di sini. Ia amat bernilai.
Apakah nilai pada buku ini? Aku perolehinya ketika dalam perjalanan dari Main Library University of Dundee menuju ke pejabat aku di Old Technical Institute, Univ of Dundee. Seorang tua berjambang menghampiriku dan menghulurkan buku kecil karikatur tentang Kritian.
Bertanyakan aku dari mana, orang tua itu mencari sesuatu dalam beg kecilnya. Alangkah terkejutnya akau apabila dia mengulurkan buku kecil tentang Kristian yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Ia menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada tuhan dari sudut pandangan Kristian. Helaian kertas ini juga bermakna kepada aku. Ianya penting untuk mengetahui kefahaman orang Kristian. Di Malaysia, ia amat sensitif diberi kepada orang Islam, walhal jahil tentang agama orang lain adalah juga satu daripada kejahilan. Bukankah Allah swt tidak menyukai orang yang jahil? Dunia ini tempat kita beribadat dan merenungi setiap fenomena makluk-Nya. Maka, buku kecil ini juga bernilai rupa-rupanya.
Kepingan kertas Euro ini juga bernilai. Ia diperolehi ketika kami transit di Amsterdam. Urusan jual beli guna Euro, maka kami pun tukar duit tersebut. Orang kampung katakan ... ada kad kredit tak digunakan takut-takut nanti disalahgunakan. Maka wang ini juga mempunyai nilai yang tinggi. Ia kini hampir menyamai nilai Pound Sterling. Pastinya ia bernilai pada aku sebenarnya.
Semua orang berkata kepingan kertas yang mencatatkan bait-bait kalamullah ini amat bernilai. Benarkah ia bernilai kalau yang sering didampingi buku teks, tesis, pound sterling, buku komik, tale story dan wang Euro? Bagaimana kita menjadikannya ia bernilai? Adakah sekadar meletakkannya di tempat yang cantik kemudian dilitupi habuk? Berapa kali kita membukanya sebagaimana kita membuka album dan internet? Sejauhmana kita gunakannya dalam kehidupan sedangkan kita memang yakin ianya bernilai? Aku tersedar ...