Thursday 25 June 2009

Window shoping!

Tengok tajuk je dah tahu dah ... bukan mampu nak beli pun .. agak mahal ...
Geram sungguh tengok jersey bola ni ...
Main bola tak pandai main tapi geram sungguh tengok jersey ...
Tengok jersey scotland ... anyway .. jamu mata jer lah!

Wednesday 24 June 2009

Happy fifth wedding anniversary ...

To my lovely wife ... terima kasih kerana menjadi ibu kepada anak-anak ku; menjadi kekasih sepanjang jalan; menjadi teman untuk berbicara; menjadi insan yang menyokong kerja-kerjaku ...
... dan aku tahu tidak mudah menjadi ibu sepertimana kutahu sukarnya menjadi bapa ... aku mengerti betapa sukarnya bergelar isteri sebagaimana aku memahami tanggungjawab suami ... dan aku mengerti betapa tabahnya bergelar wanita sebagaimana aku mengerti betapa besarnya tanggunjawab lelaki .. happy 5th anniversary ... 29 May 2009 ... moga Allah memberkati hidup kita!

Hari-hari seorang aku ...

Ini ialah masjid Dundee tempat di mana aku meletakkan kereta. Dengan sumbangan sebanyak GBP10 sebulan, aku memperolehi parking permit. Sesudah menghantar Atiqah ke sekolah, aku meletakkan kereta di sini dan berjalan kaki ke universiti.
Setiap hari inilah laluan aku. Merentasi beberapa bangunan yang antaranya ialah Doghouse iaitu night club / pub yang ramai pengunjungnya.

Kamudian aku melalui jalan-jalan yang ada banyak kedai. Antaranya ialah Globe Lounge Bar. Cantik bar ini tapi tak ramai yang singgah minum sini. Biarpun la ni musim spring tetapi anginnya sejuk jugak lah...
La ni summer break. Budak-budak universiti cuti. Sunyi sepi universiti. Tetapi sebagai research student, kerja-kerja dilakukan seperti biasa. Malahan aku tak sedar rupa-rupanya pelajar undergraduates dah pun lama cuti ... ops!
Hampir setiap hanya aku .. dan aku .. dan aku .. jadi penunggu setia office aku ini. Sesekali ada juga Dr. Rayyene, Ming, Sha, Deborah dan Shepard .. tetapi bak kata P.Ramlee mereka ini kadang-kadang; jarang-jarang.

Bila dah pening dan muak buat kerja-kerja PhD, aku rehat sekejap. Ada pantry yang kami "buat" sendiri, tetapi aku tak selalu sediakan air panas. Yang kerap ialah sahabat lain. Aku lebih gemar minum air masak saja.
Apabila pulang dari office, bangunan ini adalah antara laluanku. Fulton Building ini untuk physical sciences study kalau tak silap lah ...
Jalan-jalan pulang lengang pada semester break ni. Inilah hidup seorang aku ... yang pada banyak waktu, masa dan keadaan sering bersendirian. Kepada yang ingin dan berhajat untuk melakukan penyelidikan bagi pengajian PhD - bersedialah menempuh hari-hari sunyi dan lonely!

From Glasgow with love ...

Ariffin and family from Glasgow ... sebelum ke kursus Kewangan Islam di University of Dundee.
Kak Asmaheram and her family from Glasqow visited my family ... saja jalan2 Dundee katanya!

Happy birthday

Happy birthday to Nurul Atiqah ... 1st June 2009. Now you are four!
Celebrate her birthday at the Park Place nursery school. Semoga Allah swt memberi rahmat dan memberkati segala usaha yang abah dan umi lakukan untuk membesar dan mendidik anak perempuan abah ini. Salam kasih sayang ... abah, umi dan adik Azim.

Thursday 18 June 2009

Beza antara kita dan dia

Ini adalah dapatan kajian hidup:

Daripada 10 e-mail yang dihantar kepada pensyarah dan kakitangan di Malaysia, hanya 4 sahaja akan dibalas segera; 10 e-mail yang dihantar kepada pensyarah di luar negara (United Kingdom dan United States) 3 dibalas dalam tempoh sehari, selebihnya dibalas dalam tempoh sebulan.

Soalannya kenapa jadi macam ini? Kalau kita tak mampu berkomunikasi menerusi e-mail, maka nasihat aku ialah jangan buka e-mail account dan jangan publish dalam webpage sebab kita tidak bersedia menerima "tetamu" ... faham! (emosi sikit ... he he he)

Friday 12 June 2009

Lengang

Kosong ertinya tiada. Tumpuan kepada study membuatkan blog ini sepi seketika.
i. alhamdulillah, baru saja dapat surat daripada Dr. Peter Willats - the research has been approved by the UREC;
ii. have to wake up at the early morning, i.e. 4 - 5 am coz of discussion with Malaysian school principals - berpinau mata, pening tak cukup tidur;
iii. have to submit chapter 1 and 2 before leaving United Kingdom for data collection purposes;
iv. have to prepare for two conference papers which is on 23rd of June 09 and in November 2009;
v. need to ammend all the questionnaires due to some errors;
vi. need to prepare all the reasearch tools including camcorder, audio recorder, survey forms, etc;
vii. ... buah tangan anak-anak buah?
... ceroh perut lah ...

Tuesday 2 June 2009

Kereta baru beli

Kereta Merc ni baru je beli tapi tak bayar lagi. Jadi tak boleh ambil kunci lagi lah. Tak apalah beli dulu nanti bayar lah kemudian sebab tak ada duit ... ha ha ha ha ...

British Summertime

Ini gelagat budak-budak Uni of Dundee musim panas. Seronok berjemur puak-puak dia ...
Aku pun tak faham ngan diorang ni ... suka sangat berjemur waktu musim panas ni. Aku rasa perit dan humid musim panas ni. Tapi aku dah biasa tengok orang berjemur tengah panas ni sebab kat Bachok dan Tok Bali lagi ramai orang berjemur ... jemur ikan kering dan keropkok keping ha ha ha ... (alamak ... tiba-tiba teringin lah pulak nak makan kopok lekor waaaaaaaaaaaaaa - menangis tak berlagu)

Pelik jugak aku ni ...

Aku suka dengan konsep University of Dundee Main Library sebab ada cafe attached with the main building. Semua universiti di Malaysia mempunyai cafe yang terpisah dengan library. Mungkin kerana unpredictable weather in Scotland, cafe hanya dikhaskan kepada pelajar yang masuk libabry saja. Dan, ianya benar-benar membantu aku yang tengah pening nak siapkan bab tesis ini.

Yang peliknya aku ni aku seronok belajar dalam suasana yang bising. Tak kiralah bunyi kereta ke , lori ke, bas ke, bunyi vacum ke ... mudah je buat kerja. Tapi kalau pasang je radio Melayu atau ceramah politik, habis tak jadi kerja pulak. Macam kat cafe ni, aku peduli apa mat dan minah saleh nak tergelak besar atau sembang bodoh bising-bising sebab entahlah aku okay sangat dengan suasana macam ni. Waktu aku di UM dulu pun aku seronok belajar di McDonalds (beli berger paling jimat lepas tu duduk lama2). Waktu di Kedaik dulu, aku pasang je radio keling, Tamil, Hindi, Mat Saleh waktu belajar (ha ha ha kat sini pun antara radio chanell yang aku on ialah AsianNetworks .. lagu Baggra dan Telegu!) Agak-agak apakah learning style aku?

Monday 1 June 2009

PhD Certificate

Inilah PhD certificate yang bakal digenggam oleh mereka yang sedang berperang dengan PhD study. Paper A4 150 gram (rasanya) berwarna putih yang agak plain dan nampak biasa jer tapi sebenarnya ia mempunyai nilai tinggi tu. (Nota: saja letak beri motivasi, motibasi dan rotibasi sikit).