Tuesday 23 February 2010

Six months ago ...

Gambar ini diambil pada 10 Ogos 2009 ketika kami kembali ke Malaysia untuk data collection activities. Enam bulan telah berlalu dengan pantas sekali. Aku bagaikan tak percaya yang kini aku telah berada di tahun dua pengajian PhD. Tahap kedua ini memang menguji kesabaran dan ketabahan aku. Terlalu banyak yang perlu aku sudahkan untuk tahun dua. Yang paling mencabar ialah menjadikan idea dan data-data berada di atas kertas (menulis). Bukan bahasa sahaja yang menjadi cabaran tetapi bagaimana pemikiran kita dicanai dan disusun supaya "orang lain" (penyelia, pembaca, penilai) dapat angguk bersetuju dengan idea kita. Kalau tidak bersetuju sekalipun, penulisan kita itu hendaklah tajam, bernas, logik dan ada elemen yang boleh diketengahkan. Aku kini berperang dengan diri aku sendiri. Namun, alhamdulillah dengan keluarga yang memahami, keletah anak-anak yang menghiburkan hati setiap kali aku pulang dari universiti serta isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada usaha-usaha aku ini telah memberi kekuatan untuk menempuhinya. Yang teramat penting ialah agar semua usaha ini mendapat rehda Allah swt. Tanpa limpah rahmat dari-Nya pasti sukar untuk menghadapinya!

Wednesday 17 February 2010

Sambil pusing-pusing cari rumah ...

Aku serabut perut sungguh lah dengan tuan rumah aku ni .. hari tu katanya mungkin kami boleh sewa sampai tamat belajar .. la ni pulak nak refurbish rumah la pulak .. aku agak memang nak naikkan sewa lah mamat Pakistan tu ... aku dah macam kena halau lah ni .. terpaksalah cari-cari rumah untuk disewa ... 
 
Penat jugaklah meninjau-ninjau tapi susah juga rupanya .. jadi tak apalah dulu .. biar Atiqah dan Azim main kejar-kejar kat padang ni .. lama dah tak keluar main kejar-kejar sebab dah agak lama tenggelam dalam salji! 

Pakat hungga (lari) koksekokdan (tak tentu arah)!
Kat belakang tu rretok (jambatan) dan hampir dengan Tay river.

Tradisi usrah

Usrah adalah tradisi dan budaya masyarakat Melayu Dundee. Tahun ini, konsep potluck diamalkan sebagai kaedah memupuk kekitaan dan amalan sedekah. Setiap keluarga bawa juadah simple masing-masing. Ia menyeronokkan sebab dapat merasai pelbagai bentuk juadah. Jadi setiap dua minggu, suri rumah dan sura rumah menanti-nanti perjumpaan usrah ini. Gambar di atas adalah juadah yang dibawa rakan-rakan ketika usrah diadakan di rumah kami beberapa minggu yang lalu. Ikan Haddock goreng tu adalah juadah Kak Raihan, ayam masak pedas Ana, Tom Yam sayur Zulaikha, telur pedas Dr. Syikin, kek coklat Ustazah Fa, gulai rebung masak lemak Ina Zahir, karipap pusing Dr. Rabihah, agar-agar santan Mahzan (aku tumpang nama je .. ore kelate panggil beledo), dan puding Pengantin Terhangat dari mahligai el-Mahadi & Elly!

Wednesday 10 February 2010

Kisah dua anak

Azim sakit perut
Semalam Azim sakit perut. Pandai dia cakap ... akit .. akit ... kami tepuk-tepuk perutnya yang kembung. Kesian .. menangis si kecil ini. jadi, kami tuam dan sapu minyak telon serta minyak TYT. Nangis sikit-sikit .. akit .. akit .. katanya .. mungkin sejuk rasanya. Kami pun urutlah perut dia perlahan-lahan barulah dapat tidur sikit. Sekarang ini pulak, selsema sikit .. mungkin sejuk. makin besar dah dia.

Kenapa Atiqah nak cepat besar?
Kami lihat akhir-akhir ini yang Atiqah, selepas dia makan dia akan berdiri dan ukur tinggi dia. Hampir setiap kali dia makan dia akan buat macam itu. Apatah lagi apabila dia makan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, kami pun tanya kenapa dia suka ukur tinggi. Kami jangka dia suka membesar. Jawapannya ialah dia makan banyak supaya dia membesar. Apabila dah besar boleh balik Malaysia, sebab abah cakap kalau dah besar boleh balik Malaysia. Terkedu juga dengar jawapannya. Dia buat korelasi ("korelasi" ialah bahasa research, bahasa biasa ialah "hubungan") antara besar dengan balik Malaysia. Baru tadi belajar Multipple Regression tentang dua variables: Predictors and Outcome. jadi, predictors ialah makan dan membesar. Outcome ialah "jangka masa akan balik Malaysia". Sedih pun ada jugalah sebab secara tersirat dia dah mula rindukan kehidupan Malaysia. Dengan kata lain, mungkin bosan kot hidup kat sini? 

Sunday 7 February 2010

Wajah 2010

Transport Museum

In the Scottrail .. model keretapi ... jadi tak bergerak lah .. kami melawat Transoprt Museum Glasgow. Gambar-gambar boleh diambil di tempat ini tetapi hanya untuk koleksi peribadi, bukan untuk dikomersilkan.

Baru lima tahun usia perkahwinan, anak masih kecil lagi tapi umur aku dah agak terlajak sebenarnya ...

Bistow at Seymour avenue

Atiqah diberi tanggungjawab menjaga Bistow selama 3 hari. Siapa Bistow? Baca catatan di bawah ini.
Ini merupakan salah satu aktiviti sekolah Atiqah. Ia bertujuan mendidik anak-anak tentang erti tanggungjawab serta kasih-sayang. Ia juga sebagai salah satu cara melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Atiqah dipertanggungjawab untuk memberuskan gigi dan menjaganya seperti menjaga "pet". Semua aktiviti kami bersama Bistow perlu dicatat dalam diari. Apa lagi pening lah aku dan Ana membuat karangan bahasa Inggeris.  
Atiqah dan Azim pun bersungguh-sungguh jaga. Siap bawa tidur lagi (tapi kami alihkan takut-takut terkena "banjir kilat") Selepas giliran Atiqah, akan ada giliran kawan-kawannya yang lain untuk menjaga Bistow. Gambar Bistow dan Atiqah dilekatkan dalam diari bersama karangan BI UPSR kitorang.
Melihatkan bagaimana Atiqah menjaga Bistow, Azim pun ikut sama menjaga Evy.
Last day bersama Bistow, Atiqah sedih. Tapi terpaksa pulangkan kepada Mama Bistow iaitu Mrs. Tyrie ...