Monday 27 September 2010

Salam perantauan

Kepada yang mengenali kami, seandainya ada salah dan silap mohon diberikan kemaafan. Daripada kami Mahzan, Ana, Ika dan Azim di Dundee, Scotland, UK.

Saturday 25 September 2010

Atiqah and Azim

 Sesudah membaca surah al-Kauthar ketika sambutan aidil fitri di Dundee. Mula-mula berdebar, lepas tu rasa happy lah tu .. siap jeling lagi untuk kawan sebelah - adik Sarah
Sebelum ke univeristi bagi sesi petang, Ika dan Azim main macam-macam dulu. Selalunya memang bersepah bilik sebelah dikerjakannya .. kira ada lesen sebab abahnya ada .. kalau tak, ada polis bandaraya yang suka saman .. kejap lagi dengar lah .. cepat Tidy up .. errrrr ....
 Azim ketika berada di ladang strawberry yang kami pajak .. he he he ... pajak buah dan bayar kemudian .. ini mesti kalahkan adik iparku Saudagar Pipit dari Sungai Manik ... tapi takleh lawan dia lah sebab dia lagi otai .. jual padi .. ramai org makan nasi .. aku jual strawberi ni ingat kedai kek jer beli ...
 Quaility control officer tengah kutip strawberry .. Azim kutip sendiri makan sendiri .. best gak lah pengalaman ni
 Happy birthday Muhamad Azim .. genap 2 tahun pada 25-7-10
 Tong sampah penguin tu boleh bercakap .. dia makan sampah .. kalau masuk sampah je ada bunyi puji-pujian (bukan album nasyid Raihan) ... Azim gi hantar Ika ke sekolah .. firts day ..
 First day at school .. tak sabar nak ke sekolah .. awal pagi dah bangun .. maklumlah semuanya baru .. utk pakaian sekolah Ika kami mogok terus carboot .. semua baru belaka .... raikan sekolah pertama dalam hidup anak kecil ku ini
Abah punya makanan .. Doner Kebab .. depan rumah jer kedai tu .. harga sekitar £4. Banyak betul, siap boleh dua kali makan (kalau Ana yg makan ler) .. aku sekali ngap jer .. Ika suka daging tapi Doner Kebab dia reject lah .. Azim lagilah .. dun like katanya ... kecek omputeh dah .. tapi beri roti laju je makan .. tu kadang2 aku kata macam mat saleh ke bengali ni kuat makan roti :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Berhari raya di Dundee pada tahun 2010.
Nurul Atiqah ketika sambutan Aidil Fitri 2010 yang diadakan di Taymills. Atiqah mengalunkan bacaan surah al-kauthar pada majlis tersebut. Tahniah kerana berjaya mengalunkannya dengan baik sekali.
Ini gambar raya 2009. Ketika ini kami pulang ke Malaysia untuk membuat data collection.
Setahun yang lalu ketika meraikan lebaran di Teluk Intan, Perak. Betapa pantas masa berlalu. Salam Idul Fitri, maaf zahir dan batin.