Hari ini, di Masjid Dundee, sesudah solat Jumaat, seorang Muslim sister menghampiri kami (Malaysians) untuk membantu rakannya memeluk Islam. Bergemuruh dada mendengar kata-kata itu! Dia mencari Imam untuk melafazkan syahadah ... Subhanallah ... alangkah bertuahnya wanita itu kerana mendapat hidayah dan petunjuk dari-Mu ya Allah swt ... betapa agungnya kuasa-Mu, Ya Allah!
Friday, 8 May 2009
Hidayah
Hari ini, di Masjid Dundee, sesudah solat Jumaat, seorang Muslim sister menghampiri kami (Malaysians) untuk membantu rakannya memeluk Islam. Bergemuruh dada mendengar kata-kata itu! Dia mencari Imam untuk melafazkan syahadah ... Subhanallah ... alangkah bertuahnya wanita itu kerana mendapat hidayah dan petunjuk dari-Mu ya Allah swt ... betapa agungnya kuasa-Mu, Ya Allah!
Wednesday, 6 May 2009
Nilai sekeping kertas
Monday, 4 May 2009
Nurul sakit mata
British Summertime
Sunday, 3 May 2009
Import mampu kawal harga ayam
HARI ini, tuntutan pelbagai pihak terhadap kerajaan amat banyak. Media telah melaporkan dengan pelbagai wajah yang amat menarik untuk diteliti. Tuntutan yang bersifat politik dan ekonomi memang menguji kematangan dan kebijaksanaan kerajaan. Umpamanya dalam soal tuntutan pengguna agar harga ayam diturunkan, wujud satu dilema untuk melayaninya. Tuntutan pengguna itu telah disanggah pula oleh Persekutuan Persatuan Penternak Ayam Malaysia (PPM) untuk mengekalkan harga ayam di pasaran. Maka, yang tersepit dalam keadaan ini adalah pihak kerajaan. Mana satu yang perlu dipertimbangkan, kepentingan pengguna atau kepentingan peniaga. Kedua-duanya adalah penting kepada kerajaan kerana kesemuanya adalah rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa kaedah yang paling berkesan untuk menurunkan harga ayam adalah dengan mengimport ayam dari negara jiran. Perkara ini telah berkali-kali terbukti berkesan dapat menurunkan harga ayam walaupun timbul pula soal kesahihan dari sudut jaminan halal dan kualiti. Stok ayam yang banyak dari negara jiran membuatkan kita sering tertanya-tanya bagaimana mereka menguruskan sumber protein ini sehingga mampu memenuhi permintaan ad-hoc daripada negara kita.
Ambil fenomena dari sudut dua keadaan positif. Pertamanya, ketidaktentuan harga ayam ini mungkin timbul kerana Malaysia berada dalam transisi melewati status negara membangun. Perusahaan dalam bidang ini tidak berkembang kerana rakyat menceburi bidang perusahaan lain.
Keduanya, antara negara jiran yang paling banyak mengeksport bahan makanan termasuk ayam ialah Thailand. Tidak susah sebenarnya untuk mengawal mutu dan status halal ayam dari Thailand kerana negara itu juga wujud gerakan yang amat mengambil berat soal halal haram.
Berdasarkan dua keadaan ini, satu pengurusan strategik sumber protein halal amat wajar dilakukan. Melihat situasi di negara maju, bahan makanan kebanyakannya diimport dari negara jiran.
Di United Kingdom umpamanya, sumber protein dan buah-buahan di import dari pelbagai negara Eropah, Amerika Latin dan Asia. Kawalan mutu dilakukan dengan baik. Tanah-tanah di negara maju kebanyakannya digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Biarpun ada diusahakan untuk pertanian, produktivitinya amat tinggi. Dalam keadaan kerajaan menjaga kebajikan para peniaga untuk pasaran tempatan dan juga kebajikan pengguna umumnya, satu mekanisme kestabilan sumber protein berkualiti amat wajar dipertimbangkan.
Ia memungkinkan masalah ini dapat diselesaikan dari sudut menang-menang. Kita yakin dalam pertikaian antara peniaga dan pengguna, mewujudkan keputusan menang-kalah adalah satu keputusan yang mengundang persepsi negatif. Penyelesaian jangka panjang itu mampu menjadikan masalah ini dapat diatasi. Bagaimanapun, dalam jangka masa pendek rundingan berhemah amat perlu. Atau perlukah konsep subsidi digunakan untuk mengawal harga ayam sebagaimana kerajaan membantu rakyat dalam bebanan kenaikan harga minyak dahulu?
-Nukilan untuk akhbar-
MOHD. MAHZAN AWANG
Scotland, United Kingdom
Dipetik dari Utusan Malaysia -
Scotland, United Kingdom
Dipetik dari Utusan Malaysia -
Saturday, 2 May 2009
Kisah Ayam
Di Malaysia isu harga ayam macam bermusim ... adakalanya ia mahal, adakalanya ia murah. Kisah ayam di sini juga menarik untuk dipaparkan. Ia merupakan sumber protein utama keluarga kami. Ikan yang ada kat sini belum sepenuhnya diterokai. Yang pernah rasa ialah ikan Salamon - rasanya macam ikan tenggiri. Sedap jugaklah. Kemudian tuna sebab ia ditinkan. Then, ikan Mac Carrell from India .. kah kah kah ... ikan kembung rupanya. Ikan jaket pun ada (ikan cencaru ler). Kampung la aku. Yang lain ialah macam ikan keli (tak pernah beli sebab my wife tak makan).
Jadi apa cerita tentang ayam? Ayam di atas ni tak beli (lihat gambar). Rupa-rupanya kita je makan ayam semuanya (kecuali bulu, perut, dan t$%^$ kita tak makan.) Rangka ayam paling best dimakan sebab ia tak banyak sangat isi ... kalau goreng celup tepung, teringat Pasar Malam Bangi ... huaaaaaaaaaa .... Orang Arab tak makan rangka, mereka hanya ambil isi saja. Rangka termasuk kepak tak digunakan dalam masakan mereka (apa dan camana lah makanan mereka ya?). Jadi kedia An-Noor Halal Food selalu sedekahkan rangka ini kepada orang Malaysia. Akulah yang kerap dapat ... hari ini dapat lagi (lihat gambar tu).
Apa lagi ... kerja-kerja "chef Seymour" pun bermula lah. Harga ayam (seekor) di sini sekitar GBP3.50 sekilogram ... kalau untuk daging ayam lain harganya (paling mahal). Di kedai Jurusalem Halal Meat (next to Dundee Mosque), semuanya dijual termasuklah kepak dan perut ayam (ada yang makan perut ayam rupanya)...
Setelah diproses, sebanyak inilah yang kami dapat (lihat gambar). Paling banyak diberi ialah ketika kami awal awal tiba dulu. Dapatlah jimat untuk sumber protein ini. Tiga juadah popular untuk rangka macam ini ialah sup ayam, tom yam dan goreng ala KFC. Alamak, lapar la pulak ... jom masak burger. Ayam tu simpan dulu, masak kemudian!!!
Sarapan Hujung Minggu
Kisah Sejambak Bunga
Kisah Sekebun Bunga
Hipotesis 1: Oleh kerana bunga ini mengeluarkan bau, ia digunakan untuk produk minyak wangi.
Hipotesis 2: Oleh kerana ia ditanam dengan kuantiti yang banyak (ladang), tanaman ini adalah untuk makanan.
Hipotesis 3: Sejenis rumput kot ...
Selepas dibuat literature review, maka sumber Ustazah Fatimah yang paling tepat. Tanaman itu namanya RAPESEED iaitu untuk dijadikan minyak masak (vegetable oil). Lihat gambar di atas. Vegetable oil ini kami belinya dari Tesco. Maka sumber itu dah disahkan dengan produk yang jelas tertulis nama pokok tu beserta gambar bunga sekali! Patutlah sewaktu tiba di sini dulu, nak goreng ayam punyalah pening sebab di Malaysia kita banyak guna minyak kelapa sawit (yang paling ekonomik)!
Arts Exhibition
Subscribe to:
Posts (Atom)