Sunday, 1 June 2008

Happy birthday Atiqah!




Happy birthday my dear. Now you are three years old. Sedar tak sedar, kami dah empat tahun kahwin. Meraikan hari lahir Atiqah di kampung Gong Garu, bersamaan hari lahir Mak Kelantan dan juga tarikh perkahwinan Niza-Nidzam. Triple celebration!

Pasar Payang - mabuk kepayang?


Satu kemestian bagi tetamu di Kuala Terengganu - membeli-belah di Pasar Payang. Harga batik, songket dan suteranya memang mahal tetapi kualitinya amat baik. Memandangkan ini adalah perjalanan mesra ekonomi maka lama juga kami luangkan waktu untuk mendapatkan produk terbaik untuk nilai wang kami.


(Nota: Proses tawar-menawar berlaku dengan penuh sopan-santun tapi megikut teori komunikasi agak payah nak kurangkan harga sebab yang menjualnya loghat Terengganu, pemandu pelancong loghat Kelate dan pembelinya loghat Perak ... sah tak dapat harga murah ler...)

Gaya nelayan?


Abah posing setelah gagal melawan ombak untuk mandi!

Nostalgia di Rantau Abang


Bersama keluarga di Rantau Abang menyimpan nostalgia yang tak dapat dilupakan. Kami bermalam di Rahimah Resthouse dan UiTM hotel bersama mak dan abah. Makan? Semuanya "tapau" tapi makanan Terengganu amat enak - nasi dagang dan yang tak dapat dilupakan adalah keropok losong - makan ketika masih panas!!! Memang lazat!

Penyu menangis lagi?

Teringat puisi "Malam in penyu menangis lagi" ciptaan penyair istimewa dari Terengganu mengajak kami untuk bermalam di Rantau Abang, Dungun. Sempat kami menjenguk pantainya yang memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Biarpun kami sempat untuk membasahkan pakaian menikmati damparan ombak, namun ternyata ia tidak sesuai untuk aktiviti itu.

Melungsuri pantai sepi



Dungun, Terengganu kaya dengan pemandangan indah. Deruan ombak dan pasir yang memutih memanggil-manggil tamu. Namun, sayangnya tidak ramai yang sedar akan keindahan ini. Nelayan-nelayan di sini menganggapnya satu suasana biasa tapi bukan kepada kita yang beralih dari kesibukan ke pantai yang sepi ini. Sepi kerna tiada yang pedulikan keindahannya.


Dalam kesibukan sang nelayan meraih rezeki di lautan, kami bertamu mensyukuri keindahan ini. Amat besar kuasa-Mu ya Ilahi.

(Nota: Perjalanan ini adalah sebahagian daripada tugas penyeliaan guru pelatih di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, Terengganu)