Friday, 24 April 2009
Friday, 17 April 2009
Di saat Abah Pergi Universiti, maka ...
... saya menanti kepulangan abah dengan senyum tawa!
... saya tak ada kawan lah abah.
(baju Manchester tu dijual dengan amat murah = 30 pence je oleh nenek yang jaga kedai charity --> Children first ... kedai ni banyak branded sport attire dijual {second hand lah} murah mungkin sebab mereka nenek maka sport attire ni kira pakaian padang bola yang diguna untuk guling-guling kot! Abah beli jaket adidas dengan harga 1 pound jer ... he he he inilah kedai kesayangan Abah!!)
... kami sepahkan mainan ni kat bilik abah umi ... yeaaaaah!!!"
Thursday, 16 April 2009
Tak gi mana pun ...
Seronok melihat sahabat jalan-jalan hingga ke Spain, Paris, Barcelona, Madrid dan banyak lagi negara Eropah. Kami belum berpeluang nak melancong. Nak jelajah Scotland pun masih belum tertunai lagi. Ingat nak juga lah jalan-jalan sempena Easter Break ni tapi nampak gaya kesihatan anak-anak kurang meyakinkan. Azim pagi tu hidungnya berdarah. Agak lama jugak lah. Nak kata sejuk sangat tak ada lah sebab sekarang ni pun dah tak ada winter. Tapi alhamdulillah dalam jam 10 pagi dia dah okey. Cuma kalau malam je, ada lagi kadang-kadang macam sikit-sikit darah. Tapi dia dah okay ni ...
Walaupun tak ke mana, sempat bawa jalan-jalan Atiqah dekat-dekat sini. Pergi City Centre melayani Atiqah. yang penting luang waktu berkualiti dengan anak-anak!
Lagi pun asyik kat rumah je, bosan jugaklah. Keluar jalan-jalan kat sini taklah sunyi sangat. walaupun rumah dekat sangat dengan city centre tapi memand Dundee amat sunyi, tak sesibuk Glasgow atau Aberdeen.
Melayani Atiqah berlari-lari di laman Ceird Square ... banyak Merpati di sini. Seronok budak kecik ni berlari sebab kat umah tak boleh nak berlari-lari sebab struktur dalaman flat adalah kayu. Kalau berlari je boleh bergegar satu flat ... bimbang jiran komplen lak kan...
Jurukamera foto ini ialah Atiqah. Di depan Overgate, lot-lot kedai - hanya dibuka hingga jam 6 petang je. Waktu awal-awal tiba dulu, kami datang sini dalam jam 5 petang ... tup-tup kami lihat orang dah mula tak ada ... hairan kami ... rupa-rupanya malam tak ada kedai yang buka. Yang ada hanyalah Bar dan Restraunt ... ramai yang mabuk malam, terutama malam minggu!
Penat berlari-lari tu!!!
cantik bangunan lama di sini sebab mempunyai nilai sejarah dan identiti budaya mereka. Sewaktu berbual-bual dengan Prof. Dr. Suffian Hussin, UM sebelum datang ke UK, beliau ada memberi komen tentang bangunan di malaysia yang hilang "nafas" kerana tiada nilai budaya dan identiti - kata beliau lagi, bangunan perlu "hidup" dan diberi nafas oleh kita sebagai menifestasi jati diri bangsa kita!
Kami dapati kebersihan di banyak kawasan di sini bukan sekadar tak ramai yang "menyumbang" kepada sampah sarap sahaja malah sistem pembersihan amat efisien dan cekap. Kalau kita perhatikan dengan masalah masyarakat "minum" dan mabuk - pastinya banyak kawasan kotor. Malah memang benar apabila kita lihat banyak botol arak pecah bersepah-sepah terutama sebelah awal pagi (Subuh) di sekitar Pub tetapi ianya dibersihkan oleh local authority - very efisien sekali! mereka membina sistem seimbang dengan keadaan dan perangai masyarakat!
Malas nak bawa pram ... lagipun Azim asyik menangis je kalau letak dalam Pram (stroller). Mudah-mudah hah dukung jer ... jadi INDON lah aku he he he
Sebuah gereja besar yang terletak di tengah-tengah City Centre. Ia masih aktif dan dibanjiri ramai poenganutnya. Walaupun ramai yang melihat masyarakat Barat mula jauh dari gereja tetapi pusat bandar mereka adalah ditunjangi gereja. Banyak sungguh gereja di sini (walaupun ada yang dah ditutup).
Hijauan rumput yang bersih untuk bersantai ...
"Pakai jaket yang beli kat Carboot hari tu ... selesa pakai ... tak sejuk tapi masih ada sikit-sikit bau rokok lagi walaupun dah cuci hingga empat kali ... nanti kena cuci banyak kali lagi ... kalau bau jugak ... kita cuci dengan api tentu gerenti okay!"
Di kiri namanya Mecca ... cantik nama itu untuk orang Islam ... tapi kat sini Mecca itu tempat Bingo ... pusat kasino dan judi!!! Di kanan tu adalah bangunan gereja ... kedua-duanya terletak berjiran di City Centre! Any comments?
Menariknya di sini ialah kat belakang tu adalah bank. Ramai orang suka bank kecuali sapa yang banyak hutang bank tertunggak ... tapi bank suka gak sebab dapat lah banyak "bunga-bungaan" musim bunga ini!
- Penulis: suka pokok yang lengkap dengan daun, ranting, bunga dan buah!
A new movie ...
Satu kisah yang akan difilemkan.











Episod 1
Babak 1: Pengembaraan cek dari UKM tak kesampaian ke UK.

Babak 2: Kami pun berdebar-debar. Maka sahabat handai pun memberi motivasi.

Klimak 1 (Babak 3): Tindakan pantas UKM melegakan kami.


Babak 4 : Senyum lega - episod nyanyi-nyanyi macam lagu Hindustan.

Babak 5 : Kejutan kedua menerima Scotishpower untuk bil gas mencecah hampir £350. Biasanya dalam £150 jer.

Babak 6 : Hero dan heroin pun mencari strategi. Dengan bantuan Ustaz Amin, hero dan heroin berasa segalanya akan selsai.

Klimak 2 (Babak 7) : Setelah disemak dengan Scotishpower, bil bukannya £350 tapi lebih £500. Kalau kat Malaysia bil RM500 pun banyak apatah lagi kat sini. £500 = ¬ RM2500. Dengan £500 dah boleh dapat sebuah kereta Ford tu!

Babak 8 : Hero dan heroin muka seposen ... he he he ha ha ha


Episod 2 akan bersambung nanti !!!

Life is alot of surprise!!!!
Tuesday, 14 April 2009
Senja di Broughty Ferry
Senja yang bertamu menjemput kita merenung kekuasaan-Nya.
Di mana jua kita berada, inilah langit yang dijunjung. Inilah udara yang dihirup. Selagi namanya bumi Allah swt, perjalanan ini adalah pengembaraan mengharapkan redha dari-Mu Ilahi.
Masa Berkualiti
Muhamad Azim kian membesar. Meluangkan waktu bersama keluarga adalah saat-saat yang amat menggembirakan.
Lihat gelagat Atiqah yang kian memahami erti kegembiraan. Malah seringkali dia menuntut masa "PhD ku" untuk dirinya.
Syukur, kini dah tak ada lagi my big tummy ... tak boroi dah bila dah tiba di sini. Berat badan turun 6 kg. Sekarang ni saiz seluar pun hanya 30cm. Di Malaysia dulu, saiz seluar 35cm!
Broughty Ferry Castle

Melihat kesan sejarah di Scotland - banyak sekali istana yang dibina. Ia memberi erti yang ketamadunan Barat masa lampau adalah berasaskan Kingdom. Binaan istana yang berasaskan batu menjadikan ia bertahan sampai ke hari ini.
Melihat kesan sejarah di Scotland - banyak sekali istana yang dibina. Ia memberi erti yang ketamadunan Barat masa lampau adalah berasaskan Kingdom. Binaan istana yang berasaskan batu menjadikan ia bertahan sampai ke hari ini.
Tambahan pula, sistem pengurusan pemuliharaan warisan sejarah dilakukan dengan efisien dan canggih menjadikan bangunan warisan ini kekal kelihatan seperti ribuan / ratusan tahun lampau.
Berkibar di puncak bendera Scotland : melambai-lambai kehadiran tetamu dan bot-bot yang berlabuh!
Lihat betapa tegapnya istana ini.
Terbayang saat-saat lampau ketika kota ini masih dihuni. Bagaimanakah ianya dibina dan bagaimana situasi pada waktu itu. Tambahan pula di pinggir kuala, angin sejuk yang bertiup agak kuat. Terfikir juga bagaimana pada zaman dahulu (tanpa kemudahan gas dan elektrik) masyarakat dapat bertahan dengan cuaca dan suhu sejuk sebegini!
Broughty Ferry Playground
Taman untuk semua tahap umur. Di Malaysia hanya untuk kanak-kanak saja. Tapi di sini, sesiapa saja boleh guna.
Appreciation terhadap tamadun China diabadikan di taman ini. Satu penghargaan dari masyarakat Barat.
"Penyimpan Mohor Besar sedang mengintai anak bulan Syawal. Tak sabar-sabar nak berhari raya tu! ... Eh, Puasa belum lagi, dah nak raya!"
Leisure with family!
Ramai remaja yang datang ke taman ini sebenarnya curi-curi hisap rokok. Yang mengejutkan ialah remaja perempuan.
Broughty Ferry City Centre
Di belakang kelihatan City Centre. Banyak hotel di sini. Jadi sesiapa yang datang ke Scotland, tempat ini wajar untuk dilawati.
Angin bertiup teramat sejuk. Satu lagi yang menarik di sini ialah tahap kebersihan yang memang world class. Ada yang hisap rokok dan buang puntung merata-rata tetapi sistem pembersihan dilakukan amat berkesan sekali. Kita di Malaysia agak lemah dalam hal ni!
Foto ini dirakam oleh Nurul Atiqah; banggalah kami kerana umur 4 tahun dah pandai ambil foto dengan baik sekali!
Satu Catatan Pengalaman
Friday, 10 April 2009
The New Cabinet
Sekarang ni semua orang bercakap pasal kabinet baru. Saya pun nak bercakap tentang kabinet jugalah ... kalaulah kitorang dapat kabinet macam ni ... fuyooooooooo ... canggih dan menawan kalbu!!! He he he - usik-usik orang politik jer ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
