Tuesday, 28 July 2009

Al-Fatihah

Prof. Dr Mahadzer Mahmud ... mantan boss di KLIUC telah kembali ke rahmatullah semalam 27/07/09 di Hospital Serdang. Pergi menemui-Nya pada usia 49 tahun akibat serangan jantung. Allahyarham seorang yang amat rapat dengan kakitangan dan senantiasa senyum apabila berurusan dengan beliau. Al-Fatihah ...

Tuesday, 21 July 2009

Hampir sebulan di Malaysia

Hati kecil berkata ... betapa syukurnya aku dilahirkan di tanahair ini ...
Pondok di tepi laut ... biarpun kecil dan buruk ... mendamaikan jiwa anak kampung ini!

Thursday, 25 June 2009

Window shoping!

Tengok tajuk je dah tahu dah ... bukan mampu nak beli pun .. agak mahal ...
Geram sungguh tengok jersey bola ni ...
Main bola tak pandai main tapi geram sungguh tengok jersey ...
Tengok jersey scotland ... anyway .. jamu mata jer lah!

Wednesday, 24 June 2009

Happy fifth wedding anniversary ...

To my lovely wife ... terima kasih kerana menjadi ibu kepada anak-anak ku; menjadi kekasih sepanjang jalan; menjadi teman untuk berbicara; menjadi insan yang menyokong kerja-kerjaku ...
... dan aku tahu tidak mudah menjadi ibu sepertimana kutahu sukarnya menjadi bapa ... aku mengerti betapa sukarnya bergelar isteri sebagaimana aku memahami tanggungjawab suami ... dan aku mengerti betapa tabahnya bergelar wanita sebagaimana aku mengerti betapa besarnya tanggunjawab lelaki .. happy 5th anniversary ... 29 May 2009 ... moga Allah memberkati hidup kita!

Hari-hari seorang aku ...

Ini ialah masjid Dundee tempat di mana aku meletakkan kereta. Dengan sumbangan sebanyak GBP10 sebulan, aku memperolehi parking permit. Sesudah menghantar Atiqah ke sekolah, aku meletakkan kereta di sini dan berjalan kaki ke universiti.
Setiap hari inilah laluan aku. Merentasi beberapa bangunan yang antaranya ialah Doghouse iaitu night club / pub yang ramai pengunjungnya.

Kamudian aku melalui jalan-jalan yang ada banyak kedai. Antaranya ialah Globe Lounge Bar. Cantik bar ini tapi tak ramai yang singgah minum sini. Biarpun la ni musim spring tetapi anginnya sejuk jugak lah...
La ni summer break. Budak-budak universiti cuti. Sunyi sepi universiti. Tetapi sebagai research student, kerja-kerja dilakukan seperti biasa. Malahan aku tak sedar rupa-rupanya pelajar undergraduates dah pun lama cuti ... ops!
Hampir setiap hanya aku .. dan aku .. dan aku .. jadi penunggu setia office aku ini. Sesekali ada juga Dr. Rayyene, Ming, Sha, Deborah dan Shepard .. tetapi bak kata P.Ramlee mereka ini kadang-kadang; jarang-jarang.

Bila dah pening dan muak buat kerja-kerja PhD, aku rehat sekejap. Ada pantry yang kami "buat" sendiri, tetapi aku tak selalu sediakan air panas. Yang kerap ialah sahabat lain. Aku lebih gemar minum air masak saja.
Apabila pulang dari office, bangunan ini adalah antara laluanku. Fulton Building ini untuk physical sciences study kalau tak silap lah ...
Jalan-jalan pulang lengang pada semester break ni. Inilah hidup seorang aku ... yang pada banyak waktu, masa dan keadaan sering bersendirian. Kepada yang ingin dan berhajat untuk melakukan penyelidikan bagi pengajian PhD - bersedialah menempuh hari-hari sunyi dan lonely!

From Glasgow with love ...

Ariffin and family from Glasgow ... sebelum ke kursus Kewangan Islam di University of Dundee.
Kak Asmaheram and her family from Glasqow visited my family ... saja jalan2 Dundee katanya!

Happy birthday

Happy birthday to Nurul Atiqah ... 1st June 2009. Now you are four!
Celebrate her birthday at the Park Place nursery school. Semoga Allah swt memberi rahmat dan memberkati segala usaha yang abah dan umi lakukan untuk membesar dan mendidik anak perempuan abah ini. Salam kasih sayang ... abah, umi dan adik Azim.

Thursday, 18 June 2009

Beza antara kita dan dia

Ini adalah dapatan kajian hidup:

Daripada 10 e-mail yang dihantar kepada pensyarah dan kakitangan di Malaysia, hanya 4 sahaja akan dibalas segera; 10 e-mail yang dihantar kepada pensyarah di luar negara (United Kingdom dan United States) 3 dibalas dalam tempoh sehari, selebihnya dibalas dalam tempoh sebulan.

Soalannya kenapa jadi macam ini? Kalau kita tak mampu berkomunikasi menerusi e-mail, maka nasihat aku ialah jangan buka e-mail account dan jangan publish dalam webpage sebab kita tidak bersedia menerima "tetamu" ... faham! (emosi sikit ... he he he)

Friday, 12 June 2009

Lengang

Kosong ertinya tiada. Tumpuan kepada study membuatkan blog ini sepi seketika.
i. alhamdulillah, baru saja dapat surat daripada Dr. Peter Willats - the research has been approved by the UREC;
ii. have to wake up at the early morning, i.e. 4 - 5 am coz of discussion with Malaysian school principals - berpinau mata, pening tak cukup tidur;
iii. have to submit chapter 1 and 2 before leaving United Kingdom for data collection purposes;
iv. have to prepare for two conference papers which is on 23rd of June 09 and in November 2009;
v. need to ammend all the questionnaires due to some errors;
vi. need to prepare all the reasearch tools including camcorder, audio recorder, survey forms, etc;
vii. ... buah tangan anak-anak buah?
... ceroh perut lah ...

Tuesday, 2 June 2009

Kereta baru beli

Kereta Merc ni baru je beli tapi tak bayar lagi. Jadi tak boleh ambil kunci lagi lah. Tak apalah beli dulu nanti bayar lah kemudian sebab tak ada duit ... ha ha ha ha ...