Gambar ini diambil pada 10 Ogos 2009 ketika kami kembali ke Malaysia untuk data collection activities. Enam bulan telah berlalu dengan pantas sekali. Aku bagaikan tak percaya yang kini aku telah berada di tahun dua pengajian PhD. Tahap kedua ini memang menguji kesabaran dan ketabahan aku. Terlalu banyak yang perlu aku sudahkan untuk tahun dua. Yang paling mencabar ialah menjadikan idea dan data-data berada di atas kertas (menulis). Bukan bahasa sahaja yang menjadi cabaran tetapi bagaimana pemikiran kita dicanai dan disusun supaya "orang lain" (penyelia, pembaca, penilai) dapat angguk bersetuju dengan idea kita. Kalau tidak bersetuju sekalipun, penulisan kita itu hendaklah tajam, bernas, logik dan ada elemen yang boleh diketengahkan. Aku kini berperang dengan diri aku sendiri. Namun, alhamdulillah dengan keluarga yang memahami, keletah anak-anak yang menghiburkan hati setiap kali aku pulang dari universiti serta isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada usaha-usaha aku ini telah memberi kekuatan untuk menempuhinya. Yang teramat penting ialah agar semua usaha ini mendapat rehda Allah swt. Tanpa limpah rahmat dari-Nya pasti sukar untuk menghadapinya!
Tuesday, 23 February 2010
Wednesday, 17 February 2010
Sambil pusing-pusing cari rumah ...
Aku serabut perut sungguh lah dengan tuan rumah aku ni .. hari tu katanya mungkin kami boleh sewa sampai tamat belajar .. la ni pulak nak refurbish rumah la pulak .. aku agak memang nak naikkan sewa lah mamat Pakistan tu ... aku dah macam kena halau lah ni .. terpaksalah cari-cari rumah untuk disewa ...
Penat jugaklah meninjau-ninjau tapi susah juga rupanya .. jadi tak apalah dulu .. biar Atiqah dan Azim main kejar-kejar kat padang ni .. lama dah tak keluar main kejar-kejar sebab dah agak lama tenggelam dalam salji!
Pakat hungga (lari) koksekokdan (tak tentu arah)!
Kat belakang tu rretok (jambatan) dan hampir dengan Tay river.
Tradisi usrah
Usrah adalah tradisi dan budaya masyarakat Melayu Dundee. Tahun ini, konsep potluck diamalkan sebagai kaedah memupuk kekitaan dan amalan sedekah. Setiap keluarga bawa juadah simple masing-masing. Ia menyeronokkan sebab dapat merasai pelbagai bentuk juadah. Jadi setiap dua minggu, suri rumah dan sura rumah menanti-nanti perjumpaan usrah ini. Gambar di atas adalah juadah yang dibawa rakan-rakan ketika usrah diadakan di rumah kami beberapa minggu yang lalu. Ikan Haddock goreng tu adalah juadah Kak Raihan, ayam masak pedas Ana, Tom Yam sayur Zulaikha, telur pedas Dr. Syikin, kek coklat Ustazah Fa, gulai rebung masak lemak Ina Zahir, karipap pusing Dr. Rabihah, agar-agar santan Mahzan (aku tumpang nama je .. ore kelate panggil beledo), dan puding Pengantin Terhangat dari mahligai el-Mahadi & Elly!
Wednesday, 10 February 2010
Kisah dua anak
Azim sakit perut
Semalam Azim sakit perut. Pandai dia cakap ... akit .. akit ... kami tepuk-tepuk perutnya yang kembung. Kesian .. menangis si kecil ini. jadi, kami tuam dan sapu minyak telon serta minyak TYT. Nangis sikit-sikit .. akit .. akit .. katanya .. mungkin sejuk rasanya. Kami pun urutlah perut dia perlahan-lahan barulah dapat tidur sikit. Sekarang ini pulak, selsema sikit .. mungkin sejuk. makin besar dah dia.
Kenapa Atiqah nak cepat besar?
Kami lihat akhir-akhir ini yang Atiqah, selepas dia makan dia akan berdiri dan ukur tinggi dia. Hampir setiap kali dia makan dia akan buat macam itu. Apatah lagi apabila dia makan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, kami pun tanya kenapa dia suka ukur tinggi. Kami jangka dia suka membesar. Jawapannya ialah dia makan banyak supaya dia membesar. Apabila dah besar boleh balik Malaysia, sebab abah cakap kalau dah besar boleh balik Malaysia. Terkedu juga dengar jawapannya. Dia buat korelasi ("korelasi" ialah bahasa research, bahasa biasa ialah "hubungan") antara besar dengan balik Malaysia. Baru tadi belajar Multipple Regression tentang dua variables: Predictors and Outcome. jadi, predictors ialah makan dan membesar. Outcome ialah "jangka masa akan balik Malaysia". Sedih pun ada jugalah sebab secara tersirat dia dah mula rindukan kehidupan Malaysia. Dengan kata lain, mungkin bosan kot hidup kat sini?
Semalam Azim sakit perut. Pandai dia cakap ... akit .. akit ... kami tepuk-tepuk perutnya yang kembung. Kesian .. menangis si kecil ini. jadi, kami tuam dan sapu minyak telon serta minyak TYT. Nangis sikit-sikit .. akit .. akit .. katanya .. mungkin sejuk rasanya. Kami pun urutlah perut dia perlahan-lahan barulah dapat tidur sikit. Sekarang ini pulak, selsema sikit .. mungkin sejuk. makin besar dah dia.
Kenapa Atiqah nak cepat besar?
Kami lihat akhir-akhir ini yang Atiqah, selepas dia makan dia akan berdiri dan ukur tinggi dia. Hampir setiap kali dia makan dia akan buat macam itu. Apatah lagi apabila dia makan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, kami pun tanya kenapa dia suka ukur tinggi. Kami jangka dia suka membesar. Jawapannya ialah dia makan banyak supaya dia membesar. Apabila dah besar boleh balik Malaysia, sebab abah cakap kalau dah besar boleh balik Malaysia. Terkedu juga dengar jawapannya. Dia buat korelasi ("korelasi" ialah bahasa research, bahasa biasa ialah "hubungan") antara besar dengan balik Malaysia. Baru tadi belajar Multipple Regression tentang dua variables: Predictors and Outcome. jadi, predictors ialah makan dan membesar. Outcome ialah "jangka masa akan balik Malaysia". Sedih pun ada jugalah sebab secara tersirat dia dah mula rindukan kehidupan Malaysia. Dengan kata lain, mungkin bosan kot hidup kat sini?
Sunday, 7 February 2010
Transport Museum
In the Scottrail .. model keretapi ... jadi tak bergerak lah .. kami melawat Transoprt Museum Glasgow. Gambar-gambar boleh diambil di tempat ini tetapi hanya untuk koleksi peribadi, bukan untuk dikomersilkan.
Baru lima tahun usia perkahwinan, anak masih kecil lagi tapi umur aku dah agak terlajak sebenarnya ...
Bistow at Seymour avenue
Atiqah diberi tanggungjawab menjaga Bistow selama 3 hari. Siapa Bistow? Baca catatan di bawah ini.
Ini merupakan salah satu aktiviti sekolah Atiqah. Ia bertujuan mendidik anak-anak tentang erti tanggungjawab serta kasih-sayang. Ia juga sebagai salah satu cara melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Atiqah dipertanggungjawab untuk memberuskan gigi dan menjaganya seperti menjaga "pet". Semua aktiviti kami bersama Bistow perlu dicatat dalam diari. Apa lagi pening lah aku dan Ana membuat karangan bahasa Inggeris. 
Atiqah dan Azim pun bersungguh-sungguh jaga. Siap bawa tidur lagi (tapi kami alihkan takut-takut terkena "banjir kilat") Selepas giliran Atiqah, akan ada giliran kawan-kawannya yang lain untuk menjaga Bistow. Gambar Bistow dan Atiqah dilekatkan dalam diari bersama karangan BI UPSR kitorang. 
Melihatkan bagaimana Atiqah menjaga Bistow, Azim pun ikut sama menjaga Evy.
Saturday, 30 January 2010
Lawatan sambil belajar ke Glasgow
Sewaktu aku di tingkatan 4 dulu, aku pernah ikuti lawatan sambil belajar anjuran PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang menggabungkan beberapa sekolah melawat Langkawi, Pulau Pinang dan Alor Star. Namun kerana masih agak mentah rasanya aku tak mengerti makna Lawatan Sambil Belajar. Maka, aku pun anjurkanlah Lawatan Sambil Belajar ke Glasgow. Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari daripada lawatan. Yang paling penting kita boleh aplikasikan ilmu yang diajar dalam sesuatu matapelajaran. Contohnya, aku menginap di rumah kawan (lupa nama) kepada Nordin - sahabat aku yang menyambung PhD di University of Strachclyde. Kami tidur di rumah ini kerana dia hanya datang ke Glasgow hanya 4 hari saja seminggu - bekerja di Bank dengan gaji sebanyak GBP300 sehari .. atau lebih kurang RM1500 sehari. Maknanya secara purata dia kerja seminggu dapatlah berapa yek kalau kerja [(GBP300) X 4 hari] X RM5.50 = ??? haaaa kan dah belajar matematik tu ... tapi apa yang aku belajar ialah .. aku hanya terlopong .. nganga!!!
Di sekitar ini ada dua buah gereja yang besar. Letaknya berdekatan. Agak kemas dan teratur serta dijaga rapi. Gereja di atas pada pengamatan aku agak baru berdasarkan struktur, design dan material yang digunakan. malah ia juga menampakkan ciri-ciri senibina moden Eropah yang mengambil kira faktor fungsinya - maknanya ia mampu dijadikan dewan untuk ocassion yang dihadiri ramai pengunjung. Namun seperti mana-mana gereja di Dundee, ruang letak kereta tidak termasuk dalam perancangan. Di sini aku belajar tentang subjek subjek Seni dan juga juga Lukisan Kejuruteraan.
Ini ialah Governhill Free Church yang letaknya bertentangan dengan apartmen yang kami tumpang tidur (free je). Ia merupakan gereja yang ada nilai sejarah. Seni binanya menampakkan ciri-ciri tradisi. Aku belajar subjek sejarah menerusi pengamatan tempat ini!
Ketiga-tiga gambar di atas merupakan kawasan perniagaan bekalan protein halal serta kedai-kedai runcit milik masyarakat Muslim. Memang harganya amat murah jika dibandingkan di Dundee. Aku dimaklumkan yang 3 ekor medium whole chicken dijual dengan harga GBP8. Kedai daging Kashmir menjual bekalan daging lembu yang paling murah. Letaknya di sekitar kawasan ini. Kawasan ini didominasi oleh masyarakat Muslim Pakistan. Kawasan ini agak tidak teratur dan sering dikatakan sebagai agak kotor. namun pada aku ianya tidak kotor tetapi tidak kemas dan tidak terjaga. Ini kerana tiada banyak sampah berselerak tetapi banyak kedai usang, susunan barang tidak teratur dan agak "berserabut" - memang budaya masyarakat Asia mewarnai kawasan ini. Subjek apa yang aku belajar dengan melawat tempat ini? Mungkin Alam dan Manusia. Any comment?
Thursday, 28 January 2010
KFC halal di Scotland
Kami mengunjungi KFC halal di Glasgow. Ia terletak di Pollokshaws Road, Glasgow. Oleh kerana satelite navigator kitorang tak update, agak susah nak cari tempat ini. Tiga kali berhenti tanya orang untuk tiba ke tempat ini.
Memang terasa amat puas apabila melihat anak-anak girang menjamu selera. Atiqah seronok sungguh. Lima ketul dia makan KFC sehingga malam. Seingat aku inilah paling banyak dia makan KFC. Kami beli bucket, jadi sampai ke malam dia makan. Tak makan nasi hari itu. Punyalah suka sambil menyanyi dan tak henti-henti berceloteh gembira. Azim pun suka juga sebab dapat makan dan lari-lari dalam restoren ini. Cuma lainnya KFC di sini ialah tiada sos cili, so makan cicah ngan sos tomato yang kena beli asing. Pening jugaklah nak order ... kena pula cashier tu cakap English loghat Scottish dan Indian. Tambahan pulak English aku ni cap ayam kampung je.
Culture kat sini aku tengok, semua mat saleh buang sendiri lebihan makanan. Walaupun ada staff yang cuci meja tapi semua buat macam itu. Jadi kitorang pun ikutlah sama. KFC Halal di UK ini masih lagi dalam percubaan sebenarnya. Harap-harap ia akan berkembang ke seluruh dunia kerana menerusi status halal aku yakin ia membuatkan lebih ramai cuba memahami Islam. Ia menjadi salah satu elemen dakwah dalam era globalisasi ini. Di UK, setakat hari ini hanya terdapat 21 KFC outlets yang halal iaitu di outlets berikut:
Beckton - E6 4LG
Bethnal Green - E2 0AH
Burton on Trent, Burton on Trent - DE14 1YD Chertsey Road, High Street Woking - GU21 5AJ
Colne Drive Thru - BB8 9HH
Derby, Derby, - DE24 8EY
Edmonton - N18 2XA
Elk Mill, Manchester - OL2 5HX
Forest Gate - E7 8BA
Halifax, Halifax - HX3 6AD
Halifax, Halifax - HX1 1HA
Hounslow West - TW4 7DJ
Lea Bridge Road - E10 7DN
London Road, Peterborough - PE2 8AR
Oxford - OX4 1JJ
Peacocks, Foodcourt - GU21 6GB
Pollockshaws Road, Glasgow - G41 1PS
Rochdale Kingsway, Manchester - OL16 5AF
Tottenham Hale - N17 9FR
Upton Park - E13 9AR
Wembley - HA9 6AH
Maklumat lanjut boleh dilihat menerusi URL berikut:
http://www.kfc.co.uk/about-kfc/halal/
Monday, 25 January 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)