Saturday 7 June 2008

Typical holiday ...


Meluangkan waktu bersama keluarga di Hotel Bluewave, Shah Alam, Selangor. Menghadiri kursus NVIVO sebagai sebahagian daripada persediaan ke United Kingdom.

Friday 6 June 2008

Hutan Hujan Tropika




Sesekali melihat hutan hujan tropika membangkit rasa rindu pada tanah air. Sesekali merenung kehijauan pepohon dan rimbunan daun hijau menyedarkan kita sebenarnya perbezaan alam adalah landskap ciptaan-Nya untuk makhluk-Nya berfikir. Ya, setiap insan tidak puas meeroka alam yang penuh dengan teka-teki. Alam adalah amanah Allah swt untuk kita uruskannya dengan baik. Keindahan itu terletak pada setiap insan dan bukannya pada alam yang akur dan patuh sepenuhnya pada aturan Allah swt. Sedari ini, kitalah yang perlu membajai jiwa dengan zikir-zikir pada al-Khaliq!






Thursday 5 June 2008

Peradaban Islam




Bangga dengan ketamadunan Islam, masjid terapung menjadi latar belakang gambar kami. Uniknya Terengganu adalah kerana banyak masjid dibina di sepanjang jalan utama. Ia adalah pemandangan yang amat berbeza dengan negeri lain. Biarpun di Perak ada banyak juga masjid dan madrasah di sepanjang jalan tetapi binaannya agak lama. Banyak masjid dan madrasah berstruktur kayu berbanding masjid konkrit berjubah besar di Terenggau. Di Kelantan, susah untuk mencari masjid yang dibina di tepi jalan. Kebanyakannya ia dibina di tengah-tengah kampung.

Typical weekend ...




Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Saat-saat begini amat penting untuk megeratkan lagi keakraban sekeluarga, biarpun hanya kami bertiga.
Ketika ini, Umi mengandungkan Azim.

Monday 2 June 2008

Masa yang berharga


Meluangkan waktu bersama amat membahagiakan. Hotel UiTM Dungun menjadi saksi keakraban keluarga ini. Kupanjatkan doa agar kebahagian ini berterusan dan sentiasa mendapat barakah dari Ilahi.

Snow white ...


Lagak puteri yang membuatkan aku sering merinduinya ... Atiqah di laman resthouse, Dungun.

Sepupu Ika ...



Bersama sepupu Atikah di kampung Gong Garu, Kelate: Azira dan Aqilah - ketika bercuti sempena perkahwinan Niza-Nidzam.

Sunday 1 June 2008

Happy birthday Atiqah!




Happy birthday my dear. Now you are three years old. Sedar tak sedar, kami dah empat tahun kahwin. Meraikan hari lahir Atiqah di kampung Gong Garu, bersamaan hari lahir Mak Kelantan dan juga tarikh perkahwinan Niza-Nidzam. Triple celebration!

Pasar Payang - mabuk kepayang?


Satu kemestian bagi tetamu di Kuala Terengganu - membeli-belah di Pasar Payang. Harga batik, songket dan suteranya memang mahal tetapi kualitinya amat baik. Memandangkan ini adalah perjalanan mesra ekonomi maka lama juga kami luangkan waktu untuk mendapatkan produk terbaik untuk nilai wang kami.


(Nota: Proses tawar-menawar berlaku dengan penuh sopan-santun tapi megikut teori komunikasi agak payah nak kurangkan harga sebab yang menjualnya loghat Terengganu, pemandu pelancong loghat Kelate dan pembelinya loghat Perak ... sah tak dapat harga murah ler...)

Gaya nelayan?


Abah posing setelah gagal melawan ombak untuk mandi!

Nostalgia di Rantau Abang


Bersama keluarga di Rantau Abang menyimpan nostalgia yang tak dapat dilupakan. Kami bermalam di Rahimah Resthouse dan UiTM hotel bersama mak dan abah. Makan? Semuanya "tapau" tapi makanan Terengganu amat enak - nasi dagang dan yang tak dapat dilupakan adalah keropok losong - makan ketika masih panas!!! Memang lazat!

Penyu menangis lagi?

Teringat puisi "Malam in penyu menangis lagi" ciptaan penyair istimewa dari Terengganu mengajak kami untuk bermalam di Rantau Abang, Dungun. Sempat kami menjenguk pantainya yang memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Biarpun kami sempat untuk membasahkan pakaian menikmati damparan ombak, namun ternyata ia tidak sesuai untuk aktiviti itu.

Melungsuri pantai sepi



Dungun, Terengganu kaya dengan pemandangan indah. Deruan ombak dan pasir yang memutih memanggil-manggil tamu. Namun, sayangnya tidak ramai yang sedar akan keindahan ini. Nelayan-nelayan di sini menganggapnya satu suasana biasa tapi bukan kepada kita yang beralih dari kesibukan ke pantai yang sepi ini. Sepi kerna tiada yang pedulikan keindahannya.


Dalam kesibukan sang nelayan meraih rezeki di lautan, kami bertamu mensyukuri keindahan ini. Amat besar kuasa-Mu ya Ilahi.

(Nota: Perjalanan ini adalah sebahagian daripada tugas penyeliaan guru pelatih di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, Terengganu)