Sunday 23 January 2011

Quality time ...

 Broughty Ferry, DUNDEE - Melawat castle ini yang baru kutahu ianya Free .. hampir tiga tahun tak tahu yg ianya free ... kali ini kami melawat castle ini ... terletak di pinggir kuala yg mana ada kapal besar yg merentasinya .. melihat senibinanya dan material yg ada, castle ini umpama satu kubu kawalan tentera marin .. yg mana aku tengok ada terowong bawa tanah yg mungkin ada laluan ke tempat strategik.
Atiqah dan Azim happy main-main kat luar rumah sebab la ni nak masuk Februari .. agak kami winter dah nak bye bye dah ni .. masuk spring pulak .. seronok gak kami dapat tengok dunia luar setelah lama berkurung di rumah ...

Bruce - the first king of Scotland

Dumferline, FIFE - aku melewati Bruce castle  ... Bruce merupakan the first king of Scotland .. rupa-rupanya kat sini dia punya castle ... aku dapati castle + church adalah satu kombinasi raja-raja lama .. so, aku faham kenapa raja dan agama dikaitkan rapat dalam ketamadunan sesuatu bangsa.

Good bye my Vectra

15 Januari 2011, Dumferline - Aku meninggalkan kereta kesayanganku Vectra 1.8LS di sebuah garaj untuk memberi ruang kepada pemilik baru menjaganya. Aku ke sana bersama Amey, Zul dan Azahar. Sukar untuk melepaskannya pergi sebab di kemudi ini aku telah melungsuri Durham, Newcastle, York, Leeds, Nottingham, Liverpool, Birmingham, Manchester dan yang paling romantisnya ialah London. Malah Vectra ini aku letakkan betul-betul di belakang istana Buckingham .. kawasan sesak yang tiba-tiba ada parking untuk kami. Kali ini, seperti adat hidup, datang dan pergi, Vectra mencari tuan barunya. Kenapa perlu tuan baru ... entahlah ...

Saturday 4 December 2010

Salji tebal di Eropah

Gambar dirakam ketika menghadiri apointment dengan GP (doktor) di Nethergate Medical Centre, Dundee. Ana check kandungan yang berusia enam bulan. Gambar diambil oleh seorang minah Scottish yang secara sukarela membantu merakam gambar kami. Kami bernasib baik sebab dapat memandu kereta kami tatkala ramai sahabat tak dapat keluarkan kereta mereka (ditenggelami oleh salji tebal). Alang-alang dapat keluar dari cengkaman snow di tempat parking kereta, kami terus ke Tesco dan Matthew Chinese Supermarket mncari bekalan makanan. Sekadar rakaman kenangan di Dundee - 2 Dec 2010.

Hasil tangan musim sejuk

Murtabak
Eksperimen pertama dilakukan pada bulan Ramadhan. Kali ini ianya menjadi hidangan yang tidak asing lagi kepada warga Melayu Dundee. Ia turut menjadi hidangan ketika Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Dengan menggunakan kulit popia, banyak hasil diperolehi. Resepi asal diambil dari internet tapi ianya tak menjadi, pelik je rasa .. maka eksperimen dilakukan berasaskan kaedah "hentam saja". Kali pertama menjadi, kali kedua mau tong sampah, kali ketiga termasin, kali keempat baru jadi! Hasilnya memang gred A! Menjadi, nanti boleh buka murtabak segera dengan nama produk Murtbak Seymour (sempena alamat pertama rumah kami!).


Kueh Segulung Ijazah
Tak sesuai nama ketayap untuk kueh ini, sebab ketayap mana ada boleh digulung-gulung dan berinti pulak. So, kami beri nama baru iaitu kueh Segulung Ijazah sebab ianya cantik dan manis ... semanis segulung ijazah. Eksperimen resepi ini amat sedih .. kejap jadi (sikit lah pulak) .. kejap tak jadi (nak ngko sebesen dibuang je adunan tu) ... kejap jadi (elok-elok je buat buka puasa tadi - ganti puasa yop!) Nak resepinya kena calling-callinglah yer .. tak leh share sebab nak pattern nanti (kedekutnya .. tak kedekut mlas nak menaip) .. nanti boleh buka kedai makanan segera di Bangi. Namanya nanti akan difikirkan nanti. :)

Monday 29 November 2010

Kali ini langit menangis lagi ...

First day salji .. sempat main kat belakang rumah .. lama-lama salji nampak makin menjadi-jadi .. bertambah risau pulak .. ye lah .. nak bergerak pun tak boleh .. sekolah dan universiti pun tutup
Waktu kami di Stirling salji mencurah-curah .. memang merisaukan kami sebab banyak kenderaan mula tersadai .. on the way back to Dundee ada kereta terbabas .. icy road ... kami pun drive berhati-hati .. sekitar paling laju pun 50miles/hour
Azim ketika keluar hotel sebelum bertolang pulang ke Dundee selepas aku membentangkan paper di Scottish Education Research Association (SERA) Conference di Stirling Highland Hotel ...

Saturday 16 October 2010

Cuti sekolah ... jalan-jalan di St Andrews :)

Atiqah dan Azim happy sebab dapat tengok macam-macam hidupan lain di tempat ini. Biarpun ianya tidak sebesar Aquaria di Langkawi tapi ianya satu lawatan yang menarik. Pertamanya dapat mendengar celoteh anak-anak yang makin membesar. Kedua, menikmati ciptaan Allah swt yang cukup menginsafkan kita. Ketiganya, alhamdulillah kerana masih diberi nikmat kehidupan oleh-Nya. 
 Sayangnya, seal tak ada waktu ini. Kolamnya dibersihkan. Uniknya ialah kolam anjing laut disambungkan dengan air laut (ada penghadang) .. maka banyak rumai laut yang terlekat di kolam tersebut. Busuk masam bau kolam ini ...
Masing-masing dah lapar. Atiqah dan Azim waktu masuk tadi .. baru je ke akuarium 1 dah tanya nak makan apa .. hmmm .. ragam anak-anak .. kami pun sedang keroncong perut .... laparrrrrr .. cuaca sejuk jadikan kita cepat laparrrrr .... perlukan gula untuk tambah tenaga .. nasib baik bawa pizza .. dapatlah makan .. lepas ke sini, kitorang terus ke TAZA ... sampai tergolek kenyang ... alhamdulillah

Monday 27 September 2010

Salam perantauan

Kepada yang mengenali kami, seandainya ada salah dan silap mohon diberikan kemaafan. Daripada kami Mahzan, Ana, Ika dan Azim di Dundee, Scotland, UK.

Saturday 25 September 2010

Atiqah and Azim

 Sesudah membaca surah al-Kauthar ketika sambutan aidil fitri di Dundee. Mula-mula berdebar, lepas tu rasa happy lah tu .. siap jeling lagi untuk kawan sebelah - adik Sarah
Sebelum ke univeristi bagi sesi petang, Ika dan Azim main macam-macam dulu. Selalunya memang bersepah bilik sebelah dikerjakannya .. kira ada lesen sebab abahnya ada .. kalau tak, ada polis bandaraya yang suka saman .. kejap lagi dengar lah .. cepat Tidy up .. errrrr ....
 Azim ketika berada di ladang strawberry yang kami pajak .. he he he ... pajak buah dan bayar kemudian .. ini mesti kalahkan adik iparku Saudagar Pipit dari Sungai Manik ... tapi takleh lawan dia lah sebab dia lagi otai .. jual padi .. ramai org makan nasi .. aku jual strawberi ni ingat kedai kek jer beli ...
 Quaility control officer tengah kutip strawberry .. Azim kutip sendiri makan sendiri .. best gak lah pengalaman ni
 Happy birthday Muhamad Azim .. genap 2 tahun pada 25-7-10
 Tong sampah penguin tu boleh bercakap .. dia makan sampah .. kalau masuk sampah je ada bunyi puji-pujian (bukan album nasyid Raihan) ... Azim gi hantar Ika ke sekolah .. firts day ..
 First day at school .. tak sabar nak ke sekolah .. awal pagi dah bangun .. maklumlah semuanya baru .. utk pakaian sekolah Ika kami mogok terus carboot .. semua baru belaka .... raikan sekolah pertama dalam hidup anak kecil ku ini
Abah punya makanan .. Doner Kebab .. depan rumah jer kedai tu .. harga sekitar £4. Banyak betul, siap boleh dua kali makan (kalau Ana yg makan ler) .. aku sekali ngap jer .. Ika suka daging tapi Doner Kebab dia reject lah .. Azim lagilah .. dun like katanya ... kecek omputeh dah .. tapi beri roti laju je makan .. tu kadang2 aku kata macam mat saleh ke bengali ni kuat makan roti :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Berhari raya di Dundee pada tahun 2010.
Nurul Atiqah ketika sambutan Aidil Fitri 2010 yang diadakan di Taymills. Atiqah mengalunkan bacaan surah al-kauthar pada majlis tersebut. Tahniah kerana berjaya mengalunkannya dengan baik sekali.
Ini gambar raya 2009. Ketika ini kami pulang ke Malaysia untuk membuat data collection.
Setahun yang lalu ketika meraikan lebaran di Teluk Intan, Perak. Betapa pantas masa berlalu. Salam Idul Fitri, maaf zahir dan batin.