Wednesday 24 March 2010

Salam dari jauh


Saturday 6 March 2010

Binatang di negara bermusim sejuk

Biasanya kita lihat dalam filem bagaimana binatang-binatang di belakang kami tu mengganas .. sekali tengok yang diawet ni memang menggerunkan rupanya. Memang agung ciptaan Ilahi, dengan tengok rupa binatang itu saja sudah membayangkan yang ianya haiwan liar yang menjadi ketakutan manusia.
Tak tahu apa nama ikan ini (yang dipamerkan itu mungkin arca saja).. tapi rupa dan bentuk fizikal ini telah menggambarkan ianya spesis menyerang mangsa. Itulah besarnya keagungan Allah swt.

Muzeum - masuk free je ..

Hairan melihat masyarakat di sini kerana ramai dalam kalangan mereka melawat galeri dan museum. Kalau di Malaysia, masyarakat banyak tertumpu di pasar raya dan kedai-kedai makan. Di sini, suasana di museum memang "hidup" (jangan ada makhluk yang hidup sudah ler .. heeeeeeeeeee).
Museum ini ada tiga aras (kalau tak silaplah). Ia mengumpulkan banyak khazanah berupa lukisan serta binatang yang diawet. Memang mana-mana museum sebenarnya penuh dengan misteri kerana ya lah barangan lama .. yang mungkin pernah dipuja serta dijadikan sebahagian daripada material sihir .. jadi masuk melawat ke sini pun bukan nak bersuka ria tetapi sebagai satu daripada pendidikan dan pendedahan awal kepada anak-anak. Ia mampu mengembangkan pemikiran anak-anak.

Keno kekoh rimau!

Banyak binatang mati diawet di sini. Di tingkat atas ada banyak lukisan dan arca. Meriah sungguh orang melawat muzeum ini. (Gambar: Azim terkejut gak tengok gajah yang diawet tu).

Glasgow University

Kalau tak silap kami, menara di belakang kami adaah Glasgow University. Gambar ini dirakam di hadapan Kelvingrove Museum .. memang waktu kitorang pusing-pusing, nampak gaya macam menara tersebut adalah salah satu bangunan di Glasgow University.

Glasgow city

Pemandangan di Glasgow amat berbeza dengan pemandangan di Dundee. Di Glasgow banyak bangunan bersejarah dengan strukturnya yang kelihatan amat tegap. Senibinanya juga menggambarkan kesenian masyarakat Eropah. Selain daripada ukiran pada bangunan batu ini, secara umumnya ruang dalam yang besar, tiang yang tinggi serta rekaannya yang kasar (besar tiangnya). Kalau tengok pintu-pintu bangunan ni seolah-olah macam pintu penjara - besar, tinggi, tegap dan kukuh. Kunci pintu rumah kami sepanjang sejengkal dan kalau bawa kesemuanya macam pegawai penjara bawa kunci lokap!

Ad-hoc jalan-jalan!

Kami bawa keluarga Azhar-Fiza jalan-jalan di Glasgow. Mereka di sini sekitar 3 bulan, dan baru beli kereta. Macam kami dulu juga, 3 bulan tak berani lagi nak jalan jauh-jauh kalau tak ada satnav; dulu, selepas ada satnav baru bergerak jauh sikit. First destination kami dulu ialah Glamis Castle yang terletak sekitar 20 minit daripada Dundee. Untuk kali ini, kami bawa Azhar-Fiza sekeluarga ke Glasgow.
Kami melawat Kelvingrove Museum. Perjalanan budget ni .. target jalan-jalan tempat yang free saja. (Tengok hantu Elvis dah sampai kat luar --> kelihatan Dina dan Atiqah masih membaya gaya Elvis tu!) 
Transport museum adalah tempat yang memang aku suka sungguh. Banyak kenderaan klasik dari zaman Henry-Ford dipamerkan di sini. Model T pun ada (kereta pertama ciptaan Ford). Cuma yang tak ada ialah kenderaan Mercedes-Benz ... kenapa ye? Aku yakin ia ada hubungan dengan sejarah Nazi dan peperangan dengan Yahudi. Di dalam museum ini, ada setting zaman 1800 yang mana kenderaan di letak di tepi jalan dengan susana jalan dan kedai-kedai setting zaman tersebut. Memang menarik minat aku .. orang kata touching habis lah! 

Gaya Elvis!

Semuanya jadi Elvis .. (catatan 2010 - ketika jalan-jalan di Glasgow)

Masalah adalah peluang

"Masalah" sebenarnya mempunyai perspektif yang berbeza-beza. Umpamanya dari sudut bisnes --> MASALAH dilihat sebagai satu PELUANG. Ini bererti setiap masalah yang didepani masyarakat adalah satu peluang untuk dijadikan bahan perniagaan. Contohnya ialah masyarakat berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat tinggal, maka wujudlah pihak persendirian dan juga agen-agen yang mengurus rumah sewa. Pengalaman selama setahun setengah di UK mendedahkan aku tentang bagaimana agen rumah sewa MENGAMBIL PELUANG daripada masalah yang dihadapi. Kira-kira yang dibuat amat mudah dan logik sekali. Harga sewa sebuah rumah yang ditawarkan oleh agensi dilihat jauh lebih murah berbanding harga sewa di pasaran:

i. Nilai pasaran sewa sebulan flat = GBP500
ii. Nilai sewa yang ditawarkan oleh agensi = GBP450

Logik akal, dengan kualiti rumah yang baik, pastinya orang akan memilih GBP420. Iklan yang dibuat oleh agensi adalah selama sebulan. Setiap bakal penyewa yang berminat untuk dapatkan rumah tersebut mesti melengkapkan borang permohonan dan membayar wang prosesan (katakan GBP50) --> wang ini diambil dengan alasan untuk menyemak status kewangan dan latar belakang pemohon. Bayangkan sekiranya rumah tersebut dipohon oleh 20 orang, maka senang-senang agensi dapat GBP1000. Maka:

Untuk rumah GBP500 (ikut harga pasaran oleh private landlord):
i. GBP500 X 12 bulan = GBP6000

Untuk rumah GBP450 oleh agensi:
ii. GBP450 X 12 bulan = GBP5400 + wang prosesan daripada 20 orang (GBP1000) = GBP6400

Mana lebih untung?

Itu sekiranya 20 orang yang mohon .. bayangkan bagi rumah yang baru diubah suai, dekat dengan lokasi universiti .. pasti ramai pemohon (terutama pelajar). Itu juga baru sebulan diiklankan ... dalam webpage agensi ini ada yang iklankan selama 3 bulan .. maka MASALAH adalah PELUANG kepada golongan peniaga. Siapakah yang akan dapat rumah tersebut? 100% terletak kepada keputusan agensi tersebut!