Wednesday 23 December 2009

Quality time ...


Semalam salji mencurah-curah, suhu di bawah takat beku (-4 celcius). Aku tersedar jam 4 pagi dan mendapati suasana cerah dengan cahaya kuning-kekuningan ... rupa-rupanya apabila salji memutih, reflection cahaya lampu menjadi suasana menjadi terang ... Sejuk betul ...
Pagi ini, aku cuti. Lazimnya aku ke universiti untuk belajar. Hari ini salji memutih dan anak-anak pun cukup gembira melihatnya. Aku sekeluarga ke padang yang terletak sekitar 500 meter dari rumah kami ...
Atiqah dan Azim seronok bermain salji. Oleh kerana Atiqah semalam demam, dia tak seaktif biasa. Biasalah budak-budak, tak berapa sihat pun nak main juga. Aku dapat perhatikan yang mereka amat gembira menaiki sledge board (beli di carboot .. 2 pound jer .. barang buruk baiasalah murah!)
Menaiki papan luncur ini ke padang ... berat jugalah menarik budak dua orang .. sekitar 30kg jugak ... bertempik-tempik Azim seronok!
Inilah antara masa berkualiti dengan mereka. Kita yang menyediakan pengalaman bermakna untuk mereka membesar dengan nilai kekeluargaan yang murni.
Menghitung tempat mana lagi nak ditawan!
Berpeluh jugak rupanya main-main dengan anak-anak ini. Penat pun biasalah sengih sokmo .. adik Azim dah macam nak beku .. tak bergerak-gerak dah .. nak tidur pun ye jugak .. waktu ni sekitar 1 tengahari ...
Family photo untuk snowtime 2009!

End of year party

Sekembali dari parti di sekolah .. semua dapat hadiah daripada Santa Clause ... Atiqah mendapat set pensil warna .. budak lelaki dapat mainan kereta dan trak ...
Punyalah seronok dapat hadiah ... tak henti-henti cerita pasal parti .. setiap ibu bapa bayar 3 pound ... happening sungguh ... siap macam kat hotel ... ini idea yang menarik untuk aktiviti tadika di Malaysia .. kepada yang bercadang nak bisnes nursery boleh cilok idea ni sebab memang budak-budak hepi habis!
Sebelum ke parti ... ramai yang memakai gaun untuk ke parti!

Anak jantan abah!

... dengan wajah seriusnya ...
... namun pada banyak waktu senyum sokmo, menampakkan lesung pipitnya!

Mesyuarat tingkap

Azmi dan Mahmud mengadakan mesyuarat tingkap di pagar Park Place Nursery School dan Park Place Primary School. Candid photo oleh paparazi!

Monday 21 December 2009

Holiday on ice ...

Yarrow Terrace pada 20 Dec. 09 ... laman yang menyeronokkan untuk anak-anak ber"gumbira"!
Danish menarik papan sledge yang dinaiki adik Azim ... Nabhan perhati dengan riang. Akif pun berminat jugak tu ...
Pertandingan tarik upih di Scotland .. nampaknya pengadil mula masuk campur tangan .. ada yang tak kena tu ... (kutip snow masuk mulut kot)...
Now giliran Azim dan Akif di papan luncur ... Atiqah pun berminat jugak tu!

Sayonara Dundee

Bergambar kenangan bersama dengan ust Lutfi sekeluarga sebelum berangkat ke Malaysia. Menggunakan airport transfer Wayne. Kawan Abrar - budak Scottish pun ada sama. Tidur di rumah ust Lutfi sebagai tanda persahabatan antara mereka. Aku pasti anak-anak ini akan berhadapan dengan satu cabaran apabila mula memasuki sekolah di Malaysia yang mana sistemnya adalah berbeza.
Nuha hiba di saat meninggalkan Dundee. Ya lah ... lebih empat tahun bersekolah dan hidup di perantauan yang mana akan menjadi kenangan berharga ... apatah lagi, amat jauh untuk kembali ke Dundee ... lazimnya amat sukar utk datang lagi tanpa ada tajaan yang mencukupi.
Kak Raihan, Ana dan ibu kepada kawan Abrar, Wayne, Ust Lutfi, Ust Amin dan anak-anak Dundee meluangkan masa meraikan perpindahan ini...
Sejurus sebelum keluar dari rumah ... Ustaz Ghazali mengazankan perpindahan mereka sekeluarga. Semoga semuanya dirahmati dan dilindungi Yang Maha Esa... InsyaAllah!

Rajuk Atiqah ...

Makin membesar ... sekarang ni kuat pulak merajuk. Berebut mainan tu ...

Saturday 19 December 2009

Main salji belakang rumah!

Pohon yang tinggal ranting sahaja. Daun-daun telah gugur ketika musim luruh (Autumn). Ia menampakkan pokok ini seolah-olah kering dan mati, namun sebenarnya ia masih hidup subur. Bangunan empat tingkat itu adalah apartmen kami tinggal. ku keluar dengan anak-anak bermain salji sekejap. Ana sedang menggoreng kueh untuk tahlil dan usrah yang akan diadakan maghrib nanti.
Dua beradik bermain baling-baling salji. Seronok mereka apabila dapat keluar rumah bermain-main. Hanya hujung minggu saja dapat meluangkan masa dengan mereka sepenuhnya. Lazimnya apabila dah balik dari universiti, mereka dan aku dah kepenatan. Kadang kala kesian juga tapi aku kena pastikan fokus kepada pengajian mesti konsisten.
Amat ketara kedutan di kelopak mata aku serta uban-uban - menyedarkan aku yang usia memang makin meningkat. Pantas masa berlalu. Kini telah setahun aku merantau di luar negara; tetapi aku masih merasa terlalu baru di sini. Masih banyak yang aku tidak mahir tentang kehidupan di sini. Aku berharap agar anak-anak dan isteri dapat ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang mengiringi aku belajar beribu batu dari tanahair!

Usrah & Tahlil

Hari ini, selepas maghrib diadakan usrah serentak; muslimin di rumah abang tarmidi; dan muslimah di rumah Aini. Ana masak wade (lihat gambar). Ini makanan India yang telah di"glokal"kan. Perbincangan hari ini berkisar kepada Arak dan hukum-hakam bersangkutan dengannya serta bab-bab tentang keutamaan dalam amalan Islam. Dan aku tersedar tentang larangan Allah swt terhadap Arak yang bukan sahaja ditegah daripada meminumnya malah sebarang bentuk sekongkol dengannya. Maka, dalam keadaan Arak adalah minuman agung mat saleh kat sini, aku perlu bertindak pintar dalam menjaga larangan ini. Hakikatnya mat saleh adalah golongan yang open minded dan respect hak peribadi, maka berterus-terang adalah satu yang mulia!

Haddock Masak Cili

Akhirnya dapat juga aku merasa ikan kat sini. Ini pun atas sumbangan ikhlas Zahir. Dua ekor diberinya. Semalam Ana goreng cili, fuh ... memang best sungguh! Rasa macam ikan Tilapia goreng. Rangup. Mahmud kata rasa ikan ini macam ikan Siakap. Tok Pengulu KMD kata rasa macam ikan merah. Sesekali lak rasa macam ikan baung. Entahlah .. Ana kata dia rasa sedap jeer ... (Nota: Ikan ini dibeli oleh Zahir & the gang di Arbroath .. kat mana ya?)

Friday 18 December 2009

Suatu pagi di Dundee ...

Azim di University of Dundee ... menantikan waktu konsert di sekolah Atiqah pada jam 10 pagi.
Di sekitar University of Dundee ... ada arnab di taman ini tapi tak sempat nak rakam.
Salji tak tebal tapi sejuk takyah cerita .. terlupa pulak nak pakai glove .. kebas rasanya!
Di sebelah kiri tu adalah private hostel utk pelajar universiti.
Kerap kali gak lah tergolek ... licin!
Di hadapan Park Place Primary School.

Snow shower

Di saat langit menangis - dari jendela Seymour avenue.
Tidak seperti tahun lepas, salji turun tidak tebal biarpun telah melewati pertengahan Disember. Suhu hari ini -.05 celcius.

Jubah

Asalnya kami mencari jubah untuk dipakai Atiqah ketika konsert. Dia berlakon sebagai King. Jubah King mahal sungguh - aku tengok kat fancy dress mencecah 20 pound gak lah. Kami survey lah jubah lain. Jumpa jubah konvo di Toys R us .... ada promotion .. asalhnay GBP7.99 ... diskaun jadi GBP4.99. Kami rembat jubah ni dan jadikan jubah King (tanpa pakai mortar board dan selendang tu) .. kira kreatif la tu ... kemudian kami beli crown di Adsa GBP2.50 .. menjadi jugak lah.
Paling tidak nanti, jubah ini boleh dipakai bila dah tamat nursery!
Adik Azim pun mencuba jubah ni ... nampak cam okey jer!
... senyum menampakkan lesung pipit!

Concert 2009

Atiqah jadi king ...

Ramai ibu bapa hadir. Kitorang tiba lewat 5 minit .. kami lihat Atiqah mencari-cari kitorang .. macam dalam filem pulak ... terkejar-kejar ke konsert ketika anak mencari-cari ibu bapanya .. bila nampak je kitorang, terus tersenyum dan melambai-lambai kat kami!
Selepas tamat concert barulah dibenar ambik gambar.
Atiqah with her best friend - dari Jepun!

Tuesday 15 December 2009

School of Education Luncheon 2009

Hari ini (15 Dec. 09) aku dan Ming Chen selaku PhD student representative akan menganjurkan Luncheon di Room 2.20 Carneley Buliding, University of Dundee. Kami jemput semua supervisor dan PhD students utk hadir sama-sama. Yang menariknya kami dah aturkan menu - makanan Melayu (aku yang bawa) = nasi lemak; makanan India; makanan Pakistan; makanan Egypt dan Oman; Makanan Cina; makanan Nigeria dan makanan Scottish.
Keterangan gambar: Butter, dalam gelas tu Chinese Arrack (air tapai - beras yang diperam), Pies, Nasi lemak tu (nasi, sambal udang --- yang ini hampir licin dibelasah sebab sedap katanya, kacang -- orang Cina suka sungguh makan kacang ni, dan telur) Ada yang sumbangkan wine dan juga Chinese Arrack utk majlis ini. Keith ada gak minum hingga 4 gelas, pas tu aku tengok muka dah merah tapi dia still okay. Ada yang lain gak minum. Majlis ini ramai gak hadir teramsuklah the Dean for the school. Happy jugaklah dapat bersama-sama supervisors, lecturers dan members from various cultural background.
Yang ini hidangan Pakistan. Kacang dal dan sayur. Manis-manis makanan diorang ini!

Ha ha ha

Hadiah daripada supervisor sempena Krismas dan new year - thanks Terry!

Kisah Pisang Goreng!

Sebenarnya banyak kali aku cuba sediakan pisang goreng. Berikut adalah keputusan eksperimen untuk pisang goreng yang telah lakukan sepanjang tempoh setahun di Dundee:
Cubaan pertama : Tak rangup
Cubaan kedua : pisang lembik + tak rangup (lagi teruk!)
Cubaan ketiga : tak rangup + serap minyak (muak dan mual tekak aku!)
Cubaan keempat : Menjadi lah pulak (tengok gambar tu!)
Cubaan kelima: ulang resepi cubaan keempat tapi result keluar = pisang lembik dan tak rangup (merosot)
Cubaan keenam: Rangup + okay
Ini diperturunkan resepi kami (sebahagian resepi adalah rahsia masakan Melayu --> biasa ni dalam budaya kita; merahsiakan resepi yang akhirnya semua hilang ditelan zaman. Ia adalah satu amalan yang amat bercanggah dengan budaya ilmu menurut Islam):
Bahan-bahan:
Pisang, tepung gandum, garam, mentega, kelapa parut, minyak masak (utk menggoreng) dan api gas (utk panaskan kuali .. eh nak sebut semua ke ... kuali, senduk, ... yang penting budak-budak kena bertenang sebab chef tengah tension mencuba resepi ni he he he)
Petua: Goreng dengan api yang panas betul! Baru rangup rupanya!

Aidil Adha di Dundee

Jejaka-jejaka tampan Melayu Dundee!
Mereka adalah permata hati ibu dan bapa yang merantau jauh mencari ilmu-Mu.
Sekumpulan kanak-kanak lelaki turut mengadakan persembahan. Tergagap-gagap bernasyid .. ye lah .. bahasa Melayu bukan mudah untuk diorang nyanyikan ... tapi aku yakin kalau suruh buat persembahan dalam BI, mesti lancar! Berbeza dengan ibu dan bapa mereka yang aku pasti berlaku adalah sebaliknya .. (Aku: fasih berdikir barat!)
Atiqah dan kawan-kawan sedang mengadakan persembahan yang dipimpin oleh Ustazah Fa. Ini adalah usaha untuk meletakkan perayaan Aidil Adha mengatasi sambutan Krismas yang mana perayaan Kristian ini disambut dengan meriah di Scotland.
Muhammad Azim sedang berkomunikasi dengan Emran. Mungkin ibu masing-masing sedang berpolitik sebab selepas program makan-makan ini, akan diadakan pilihanraya memilih exco Komuniti Melayu Dundee sesi 2009/2010.
Ini adalah hidangan sempena Aidil Adha di Dundee. Master Chef utk masakan ini ialah Abg Zul. Dia buat nasi kerabu dengan bantuan ibu-ibu di Dundee. Ana masak kuah kacang, manakala nasi impit disediakan oleh Fa. Memang enak makanan Melayu yang disediakan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa di sini. Mungkin bila dah balik Malaysia, masakan bibik yang banyak di meja lantaran ibu-ibu dan bapak-bapak sibuk di dewan kuliah!