Tuesday 1 July 2008

Anak abah ...


Lawatan terakhir penyeliaan di SMA Sultan Ismail, Dungun - kami menginap di hotel UiTM. Tugasan menyelia dan juga meluangkan waktu bersama-sama keluarga dalam melaksanakan amanah ini memberi banyak pengalaman berharga. Ia bukan sekadar kerja malah lebih kepada tanggungjawab dan ibadah. Ketika ini, Ana mengandungkan Azim - dah agak sarat kandungannya tetapi kami beranikan juga ke sini. Dalam kereta segala persiapan dan kelengkapan "emergency" telah lengkap. Bimbang juga kalau-kalau kelahiran berlaku lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu dalam sekitar 7 Ogos 2008.

No comments:

Post a Comment