Saturday 28 March 2009

Camperdown Park, Dundee


Camperdown Park - taman rekreasi yang terbesar di Dundee. Ia menempatkan golf course, leisure (F&B, indoor activities), wildlife centre, family recreation park dan bermacam lagi. Kami baru jumpa tempat ni. Bawa Ika main-main kat taman ini yang letaknya dalam 5km dari rumah kami.

Cuaca terang tapi berangin. Angin yang buatkan rasa sejuk sangat-sangat. Suhu sekitar 5.5 celcius. Tak ramai sangat pengunjung.


Hari Ahad ni Summer Time Britain. Kena tolak sejam ke depan. La ni musim bunga. Pening lah aku dengan cuaca dan masa kat sini ... bulan April 2009 ni Isyak masuk jam 10 malam, Subuh jam 4.30 pagi ... pukul 7 pagi tu dah terang benderang ... mabuk lah ...

Taman rekreasi keluarga ni memang teratur dan dijaga rapi. Pengunjung yang datang pun macam berdisiplin jer, tak ada sampah di sekitarnya. Walaupun kita tahu masalah minum dan mabuk kat sini sukar diatasi tapi sistem yang digunapakai menjadikan taman seperti ini bebas dari masalah sampah-sarap. Agak-agak kat Malaysia camaner yer?

Mamat Bunga he he .. kira okeylah jugak .. bunga rumput pun bunga rumput lah janji cantik. Tapi kami cari bunga tulip. Nampaknya pencarian masih perlu diteruskan.

Masuk dalam rimbunan bunga. Kalau petugas Camperdown Park datang ni, agak-agak kena marah dan saman ke? Tapi aku tengok tadi mamat satu kereta kutip bunga ni masuk dalam bekas ... nampak cantik gak. Nak ambik kan nanti kena tangkap CCTV kan naya...

Warna putih lak bunga ni ... Banyak bunga macam ni sekitar sini. malah mana-mana tempat jer ada jer bunga ni. Kami jangka ia bunga rumput ... entahlah. Ni kena tanya Pak Su ni orang Forestry!

Kak Long cakap bunga ni untuk Opah!!!

Gambar dekat bunga yang kami namakan bunga rumput .. ejaan BI ialah "Bew Near Ramp Put".

Aik warna kuning pulak ... tu yang rasa nak ambik gambar je ... kira okeylah dapat bergambar dengan bunga. Mana orang-orang kat Dundee ni .. payah nak tengok ramai-ramai macam kita kat Pasar Malam atau kat Taman Tasik Cempaka Bangi...

Kata Kak Long yang ini untuk nenek, opah, atuk dan macam-macam lagi .. melayan dia penat sungguh. kadang-kadang tension jugak ... budak tengah membesar ... bapaknya pulak serabut kepala study!! he he he

Ingat nak gi tengok animals at Wildlife Centre, tapi ongkos nya la pak!!! tadi tengok akaun tinggal ciput je pitis ... nanti nak gi Bank esok, surat UKM dah sampai katanya dah hantar bankdraft ke Bank .. tapi tak der lak dalam akaun. Tak boleh jadi ni ... kena gi check Isnin ni!

Macam biasa ... menggigil sejuk!!! Tengok tangan selalu dalam poket, kaki rapat ... standard Malaysian Dundee ... agak-agak di Sekolah dulu kena paksa kat Cikgu berdiri atas kerusi atau pun sekolah dia ajar kena tegap kalau ambik gambar ... ala-ala skima gitu!


Engko tengok lah kat belakang ... mana ada orang sangat kat sini pun. Agaknya Summer time nanti ramai tak orang? Yang pasti semalam waktu gi shopping ke Tesco, penuh manusia sekitar pub dan night club. Aku nak cari gak kopitiam .. tapi sorrylah kirim salam ... kopitaik ader ler ... air taik setan melambak lah kat pub (eheheh ter'emosi' lak)

Seronok lah dapat berlari-lari dan melompat-lompat ... kat umah tak leh lompat. Ntah ape punya engineer, buat struktur rumah macam tu ... struktur luar yang menyokong beban. Interior kayu. Lantai pun kayu. kalau melompat je satu flat bergegar. Tak seronok betul.

Menyorok dari Ika. Lagi pun elak angin ... memang sejuk ... macam nak putus telinga! Reseale tension menerusi aktiviti family ini memang menyeronokkan ...

1 comment:

  1. Patut bunga kt camperdown park dah kurang. Dikerjakan keluarga Mahzan rupanya. He.....
    =)

    ReplyDelete