Monday, 9 March 2009

Juadah Malaysia di Scotland

Ini adalah juadah Malaysia di Scotland. Semuanya Homemade products and experimental-based products.
Juadah 1: Mi sup. Experiment done by Abah. Sup ayam tu biasalah, tapi kat sini tak jumpa lagi rempah sup. Rempah sup yang diguna dibawa dari Malaysia. Setakat ni tak jumpa lagi sup bunjut di Dundee. Mi memang dah ada, kira siram air panas je. Yang satu lagi macam jemput-jemput tu adalah begedil diberi nama "Begedil Seymour". Rsepi eksperimen = kentang + serunding daging (Pak Su kirim) + celup telur --> goreng. Kira jadilah. Yang hitam dalam mangkuk kecik tu sambal kicap ... kira completed menu lah ni! Berapa bintang boleh beri? Daripada 5 bintang, mungkin pertimbangkan untuk 4 1/2 bintang kot!

Juadah 2: Cakoi. Yang ini memang hampes betul. Dah ler keras, rasa yis banyak sangat. Makan hari ini, esok berak kat Car boot sale in Eroll! Ha ha ah ha! Tak sedap dan kurang menjadi .. sebab terlebih yis atau adunan tak berapa kena ... tambahan pula tak masukan alum (tawas). Daripada 5 bintang, 1 bintang kira okey lah untuk product ni.


Juadah 3: Donut. Prepared by umi. Akhirnya, setelah bertapa beberapa abad lamanya, Umi muncul dengan kuih donutnya. Nasib baik menjadi. Memang kow-kow punya dimakan waktu petang bersama air kopi Columbia. Phew memang lazat. (Untuk rekod cubaan pertama buat kuih tahun 2005, buat jemput pisang tak menjadi terus merajuk sampai malam .. salah sape ... ko pikir la sendiri he he eh!) Berapa bintang ... kira 4 1/2 bintang lah sebab sikit sangat!

Ika dan Azim bermain-main kat rumah ... nak kuar tak leh .. sebab cuaca tak mengizinkan! Bertapa dalam rumah ...

No comments:

Post a Comment