Wednesday, 25 March 2009

Visiting Glasgow

Sebenarnya tak tahu sangat nak jalan-jalan di Glasgow. Pusing-pusing pekan, jumpa playground. Apa lagi, berkelah kat sini je lah. Atiqah paling seronok main-main kat sini. Oleh kerana cuaca kat sini memang sesuai untuk outdoor activities, banyaklah yang berkelah bawah pokok, main bola dan kanak-kanak berlari-lari sekitar padang. Waktu tu jam 3 petang, kalau kat Malaysia tak boleh buat aktiviti keluarga macam ni sebab cuaca panas. Syukur pada-Mu Ilahi kerana memberi peluang untuk kemi menikmati suasanan yang memang berlainan dengan Malaysia!

Umi dan Azim macam biasalah ... berbungkus sejuk! Mak dan anak samanya .. jenis tak tahan sejuk! he he he
Oleh kerana banyak sangat minum dan cuaca agak sejuk, tak tahan la pulak. Nak terkencing. Tadi di rumah Aisyah, selpas visit Malaysian School Glasgow banyak minum teh. Aku nak buat macam mana yer? Intai tandas tak ada. Pusing pi mai pi mai. Ramai lak orang. Waktu nak pulang, kat kereta yang parking tepi jalan, aku berilah Azim kat Umi. Agak-agak camana nak buat yer...
Aku mendukung baby Azim sebelum misi rahsia berlangsung! Misi kena tepat sebab CCTV banyak di sini .. jeng! jeng! jeng! ha ha ha

No comments:

Post a Comment