Saturday 4 April 2009

Jalan-jalan Cari Makan

Aktiviti biasa hujung minggu - mencari bekalan makanan - bahan dapur. Sejak enam bulan datang ke sini tak pernah lagi makan luar (kecuali waktu transit di Amsterdam dan juga perjalanan ke sini enam bulan lalu). Nak makan luar memerlukan kos juga sebenarnya. Tambahan pula rasanya selera Malaysia masih lagi melekat kat kitorang ni. Tunggu lah lama sikit mungkin mudah masuk makanan kat sini kot.
Jadi dua tempat yang amat sesuai untuk elaun KPT ialah ASDA dan TESCO. Gambar depan ASDA ... he he he ... orang tengok pelik semacam je ambik gambar kat ASDA, macam lah ASDA tu ada nilai sejarah. Tapi pada kitorang inilah perjalanan hidup seharian kat sini yang manis untuk dirakam! (Belakang Atiqah tu Taxi - made for taxi only! Besar gedebak, tapi tak ada nilai estetik lah ...)
Kat belakang tu TESCO ... jurugambar ialah Atiqah. ASDA dan TESCOi adalah tempat yang wajib untuk kami berbelanja - jimat, mudah dan murah. heh heheh ada satu lagi ialah kedai Pak Mat ... nanti kitorang cuba ambik gambar kedai Pak Mat pulak (ada jual petai!)

No comments:

Post a Comment