Senja yang bertamu menjemput kita merenung kekuasaan-Nya.
Di mana jua kita berada, inilah langit yang dijunjung. Inilah udara yang dihirup. Selagi namanya bumi Allah swt, perjalanan ini adalah pengembaraan mengharapkan redha dari-Mu Ilahi.
Masa Berkualiti
Muhamad Azim kian membesar. Meluangkan waktu bersama keluarga adalah saat-saat yang amat menggembirakan.
Lihat gelagat Atiqah yang kian memahami erti kegembiraan. Malah seringkali dia menuntut masa "PhD ku" untuk dirinya.
Syukur, kini dah tak ada lagi my big tummy ... tak boroi dah bila dah tiba di sini. Berat badan turun 6 kg. Sekarang ni saiz seluar pun hanya 30cm. Di Malaysia dulu, saiz seluar 35cm!
Broughty Ferry Castle
Melihat kesan sejarah di Scotland - banyak sekali istana yang dibina. Ia memberi erti yang ketamadunan Barat masa lampau adalah berasaskan Kingdom. Binaan istana yang berasaskan batu menjadikan ia bertahan sampai ke hari ini.
Melihat kesan sejarah di Scotland - banyak sekali istana yang dibina. Ia memberi erti yang ketamadunan Barat masa lampau adalah berasaskan Kingdom. Binaan istana yang berasaskan batu menjadikan ia bertahan sampai ke hari ini.
Tambahan pula, sistem pengurusan pemuliharaan warisan sejarah dilakukan dengan efisien dan canggih menjadikan bangunan warisan ini kekal kelihatan seperti ribuan / ratusan tahun lampau.
Berkibar di puncak bendera Scotland : melambai-lambai kehadiran tetamu dan bot-bot yang berlabuh!
Lihat betapa tegapnya istana ini.
Terbayang saat-saat lampau ketika kota ini masih dihuni. Bagaimanakah ianya dibina dan bagaimana situasi pada waktu itu. Tambahan pula di pinggir kuala, angin sejuk yang bertiup agak kuat. Terfikir juga bagaimana pada zaman dahulu (tanpa kemudahan gas dan elektrik) masyarakat dapat bertahan dengan cuaca dan suhu sejuk sebegini!
Broughty Ferry Playground
Taman untuk semua tahap umur. Di Malaysia hanya untuk kanak-kanak saja. Tapi di sini, sesiapa saja boleh guna.
Appreciation terhadap tamadun China diabadikan di taman ini. Satu penghargaan dari masyarakat Barat.
"Penyimpan Mohor Besar sedang mengintai anak bulan Syawal. Tak sabar-sabar nak berhari raya tu! ... Eh, Puasa belum lagi, dah nak raya!"
Leisure with family!
Ramai remaja yang datang ke taman ini sebenarnya curi-curi hisap rokok. Yang mengejutkan ialah remaja perempuan.
Broughty Ferry City Centre
Di belakang kelihatan City Centre. Banyak hotel di sini. Jadi sesiapa yang datang ke Scotland, tempat ini wajar untuk dilawati.
Angin bertiup teramat sejuk. Satu lagi yang menarik di sini ialah tahap kebersihan yang memang world class. Ada yang hisap rokok dan buang puntung merata-rata tetapi sistem pembersihan dilakukan amat berkesan sekali. Kita di Malaysia agak lemah dalam hal ni!
Foto ini dirakam oleh Nurul Atiqah; banggalah kami kerana umur 4 tahun dah pandai ambil foto dengan baik sekali!
Satu Catatan Pengalaman
No comments:
Post a Comment