Sunday 26 April 2009

The Oldest Golf Course in the World


The Old Course di St Andrews adalah golf course tertua di dunia. Ia merupakan padang golf awam yang dibina di tanah-tanah biasa di St Andrew. Ianya diuruskan oleh The St Andrews Links Trust di bawah akta Parlimen.

Tiada satu sumber pengetahuan yang jelas sebenarnya bilakah golf mula dimainkan di Old Course ini. Sumber terawal yang dicatatkan yang menjadi bukti kukuh kepada lamanya ia ialah apabila lesen sukan ini dikeluarkan pada 1552, yang mana ia membenarkan komuniti untuk menternak arnab dan juga bagi permainan golf, bolasepak, dsb ... pada sepanjang masa lampau.

Catatan pertama tentang golf mula dimainkan di Old Course bertarikh 1574, yang mana ia menjadikan Old Course ini adalah yang tertua di dunia, terletak di Scotland. Kami hanya sempat singgah dan mengambil angin seketika sebab anak-anak nyenyak dibuai mimpi dalam kereta!
Sekadar satu catatan hari-hari hujung minggu!

No comments:

Post a Comment