Thursday, 16 April 2009

Tak gi mana pun ...


Seronok melihat sahabat jalan-jalan hingga ke Spain, Paris, Barcelona, Madrid dan banyak lagi negara Eropah. Kami belum berpeluang nak melancong. Nak jelajah Scotland pun masih belum tertunai lagi. Ingat nak juga lah jalan-jalan sempena Easter Break ni tapi nampak gaya kesihatan anak-anak kurang meyakinkan. Azim pagi tu hidungnya berdarah. Agak lama jugak lah. Nak kata sejuk sangat tak ada lah sebab sekarang ni pun dah tak ada winter. Tapi alhamdulillah dalam jam 10 pagi dia dah okey. Cuma kalau malam je, ada lagi kadang-kadang macam sikit-sikit darah. Tapi dia dah okay ni ...

Walaupun tak ke mana, sempat bawa jalan-jalan Atiqah dekat-dekat sini. Pergi City Centre melayani Atiqah. yang penting luang waktu berkualiti dengan anak-anak!

Lagi pun asyik kat rumah je, bosan jugaklah. Keluar jalan-jalan kat sini taklah sunyi sangat. walaupun rumah dekat sangat dengan city centre tapi memand Dundee amat sunyi, tak sesibuk Glasgow atau Aberdeen.

Melayani Atiqah berlari-lari di laman Ceird Square ... banyak Merpati di sini. Seronok budak kecik ni berlari sebab kat umah tak boleh nak berlari-lari sebab struktur dalaman flat adalah kayu. Kalau berlari je boleh bergegar satu flat ... bimbang jiran komplen lak kan...

Jurukamera foto ini ialah Atiqah. Di depan Overgate, lot-lot kedai - hanya dibuka hingga jam 6 petang je. Waktu awal-awal tiba dulu, kami datang sini dalam jam 5 petang ... tup-tup kami lihat orang dah mula tak ada ... hairan kami ... rupa-rupanya malam tak ada kedai yang buka. Yang ada hanyalah Bar dan Restraunt ... ramai yang mabuk malam, terutama malam minggu!

Penat berlari-lari tu!!!

cantik bangunan lama di sini sebab mempunyai nilai sejarah dan identiti budaya mereka. Sewaktu berbual-bual dengan Prof. Dr. Suffian Hussin, UM sebelum datang ke UK, beliau ada memberi komen tentang bangunan di malaysia yang hilang "nafas" kerana tiada nilai budaya dan identiti - kata beliau lagi, bangunan perlu "hidup" dan diberi nafas oleh kita sebagai menifestasi jati diri bangsa kita!

Kami dapati kebersihan di banyak kawasan di sini bukan sekadar tak ramai yang "menyumbang" kepada sampah sarap sahaja malah sistem pembersihan amat efisien dan cekap. Kalau kita perhatikan dengan masalah masyarakat "minum" dan mabuk - pastinya banyak kawasan kotor. Malah memang benar apabila kita lihat banyak botol arak pecah bersepah-sepah terutama sebelah awal pagi (Subuh) di sekitar Pub tetapi ianya dibersihkan oleh local authority - very efisien sekali! mereka membina sistem seimbang dengan keadaan dan perangai masyarakat!

Malas nak bawa pram ... lagipun Azim asyik menangis je kalau letak dalam Pram (stroller). Mudah-mudah hah dukung jer ... jadi INDON lah aku he he he

Sebuah gereja besar yang terletak di tengah-tengah City Centre. Ia masih aktif dan dibanjiri ramai poenganutnya. Walaupun ramai yang melihat masyarakat Barat mula jauh dari gereja tetapi pusat bandar mereka adalah ditunjangi gereja. Banyak sungguh gereja di sini (walaupun ada yang dah ditutup).

Hijauan rumput yang bersih untuk bersantai ...

"Pakai jaket yang beli kat Carboot hari tu ... selesa pakai ... tak sejuk tapi masih ada sikit-sikit bau rokok lagi walaupun dah cuci hingga empat kali ... nanti kena cuci banyak kali lagi ... kalau bau jugak ... kita cuci dengan api tentu gerenti okay!"

Di kiri namanya Mecca ... cantik nama itu untuk orang Islam ... tapi kat sini Mecca itu tempat Bingo ... pusat kasino dan judi!!! Di kanan tu adalah bangunan gereja ... kedua-duanya terletak berjiran di City Centre! Any comments?

Menariknya di sini ialah kat belakang tu adalah bank. Ramai orang suka bank kecuali sapa yang banyak hutang bank tertunggak ... tapi bank suka gak sebab dapat lah banyak "bunga-bungaan" musim bunga ini!
- Penulis: suka pokok yang lengkap dengan daun, ranting, bunga dan buah!

2 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Dah bawa Azim jumpa Dr? Kalau berterusan bawalah, just in case. Anak akak pun ada sorang yang suka berdarah hidung bila sejuk. Bawa jumpa Dr - ada sthg to do dgn sensitivity kat hidung dia. Sbb dah lama akak pun lupa sebabnya. Sori ekk! Tapi klu berpanjangan, bawalah. Kesian Azim.

    ReplyDelete
  2. Dah okey dah ... pakai daun sireh sumbat kat hidung cara mak mak kita dulu (gurau je) ... kami dah buat rawatan ... dah ok dah

    ReplyDelete