Saturday, 2 May 2009

Arts Exhibition

Terdapat dua konsep yang sering disalahgunakan oleh ibubapa. Pertama, ialah encouragement; kedua, praise. Bagi ibu bapa moden yang terpelajar, konsep praise atau memuji kerap diguna sehingga anak-anak keliru antara "pencapaian" dan "usaha". Manakala bagi ibu bapa tradisional, puji hanya diberi apabila anak mencapai satu tahap yang memuaskan hati mereka. Semua pujian lazimnya diletak kepada pencapaian. Menurut teori psikologi, praise digunakan apabila anak-anak berjaya dalam sesuatu aktiviti; encoragement pula diberikan kepada usaha anak-anak tanpa melibatkan penilaian result. Salah satu cara encouragement ialah dengan mempamerkan hasil kerja mereka untuk dihayati bersama ahli keluarga.

1 comment:

  1. Salam Mahzan,

    Wa... ada gaya la - Artis ngan galeri. (:-D

    ReplyDelete