Saturday, 2 May 2009

Kisah Ayam

Di Malaysia isu harga ayam macam bermusim ... adakalanya ia mahal, adakalanya ia murah. Kisah ayam di sini juga menarik untuk dipaparkan. Ia merupakan sumber protein utama keluarga kami. Ikan yang ada kat sini belum sepenuhnya diterokai. Yang pernah rasa ialah ikan Salamon - rasanya macam ikan tenggiri. Sedap jugaklah. Kemudian tuna sebab ia ditinkan. Then, ikan Mac Carrell from India .. kah kah kah ... ikan kembung rupanya. Ikan jaket pun ada (ikan cencaru ler). Kampung la aku. Yang lain ialah macam ikan keli (tak pernah beli sebab my wife tak makan).
Jadi apa cerita tentang ayam? Ayam di atas ni tak beli (lihat gambar). Rupa-rupanya kita je makan ayam semuanya (kecuali bulu, perut, dan t$%^$ kita tak makan.) Rangka ayam paling best dimakan sebab ia tak banyak sangat isi ... kalau goreng celup tepung, teringat Pasar Malam Bangi ... huaaaaaaaaaa .... Orang Arab tak makan rangka, mereka hanya ambil isi saja. Rangka termasuk kepak tak digunakan dalam masakan mereka (apa dan camana lah makanan mereka ya?). Jadi kedia An-Noor Halal Food selalu sedekahkan rangka ini kepada orang Malaysia. Akulah yang kerap dapat ... hari ini dapat lagi (lihat gambar tu).
Apa lagi ... kerja-kerja "chef Seymour" pun bermula lah. Harga ayam (seekor) di sini sekitar GBP3.50 sekilogram ... kalau untuk daging ayam lain harganya (paling mahal). Di kedai Jurusalem Halal Meat (next to Dundee Mosque), semuanya dijual termasuklah kepak dan perut ayam (ada yang makan perut ayam rupanya)...
Setelah diproses, sebanyak inilah yang kami dapat (lihat gambar). Paling banyak diberi ialah ketika kami awal awal tiba dulu. Dapatlah jimat untuk sumber protein ini. Tiga juadah popular untuk rangka macam ini ialah sup ayam, tom yam dan goreng ala KFC. Alamak, lapar la pulak ... jom masak burger. Ayam tu simpan dulu, masak kemudian!!!

4 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Agak2 klu buat ayam masak merah, OK tak? Simple je - campak bawang merah + putih, sos tomato, sos cili & sos tiram. Dah nak masak campak bawang besar yang potong bulat. Klu rajin campak le carrot ke, sesuka hati la... Ok gak kut? (:-D

    ReplyDelete
  2. salam

    wow ... mudahnya. resepi segera tu ... sedap lah pulak rasanya. thanx ... melele ayor liur! nasi dah masak, jp lg kerjakan ayam2 tu ...

    ReplyDelete
  3. Salam Mahzan,

    Akak memang resepi semua yang mudah gila je! main campak2 (:-D) Senang, kan?

    ReplyDelete
  4. Kak

    Ayam masak kurma ... menyelerakan... masakan isteri.

    Idea akak tu menarik untuk diterbitkan. Boleh cuba hantar ke Utusan Malaysia ... idea bernas kena share satu Malaysia

    ReplyDelete