Saturday, 2 May 2009

Kisah Sejambak Bunga

Kepulangan aku dari universiti lewat senja ini disambut lambaian bunga-bungaan yang sedang mekar di beberapa laman rumah. Tiupan angin selembut sutera memanggil-manggil untuk singgah sejenak di laman bungaan yang kulihat teramat sepi. Bunga-bungaan muncul disebalik rumput-rumput yang juga mengeluarkan bunga. Lantas, terdetik hati untuk memetiknya sekuntum dua buat isteri di teratak. Menyedari lagak aku mencium bunga yang dipetik, seorang tua menghampiriku. Dengan senum dan penuh tawa, seorang tua itu menjemput aku ke lamannya.
Dengan langkah yang terketar-ketar dia mengajak aku ke tamannya. Bersama beg kecil di tangan, nenek tua ini meluahkan rasa gembira apabila bunga yang kupetik adalah untuk isteri dan anak-anak. Lalu dengan beberapa bunga dari taman di laman rumahnya dipetik untuk kubawa pulang. Kegembiraan bersama sejambak bunga ini aku hiasinya di ruang kosong laman tamu rumah kami. Kuabadikan sejambak bunga ini untuk mereka yang mengerti erti sebuah kesyukuran!

2 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Jgn singgah selalu sangat Mahzan, botak taman Nenek tu nanti! (:-D) Mmm... boleh berkenalan ngan Nenek tu? Hehe...

    ReplyDelete