Adakalanya kertas-kertas ini membebankan beg duitku. Tapi ia bernilai kerana vouchers ini adalah untuk sekolah Atiqah. Setiap pembelian GBP10 akan layak untuk mendapatkan sekeping voucher. Minggu ini aku belanjakan melebihi GBP60, maka banyak vouchers dikutip dari Tesco. Vouchers ini akan didermakan ke tabung sekolah Atiqah bagi pembelian peralatan komputer. Ia adalah bernilai rupa-rupanya.
Kepingan Pound Sterling ini amat bernilai pada aku. Kehilangannya akan membuatkan aku risau dan gelisah. Sesekali ia berkurangan menjadikan aku gundah kerana ia amat bernilai dalam menampung kehidupan di rantau orang. Pastinya ia amat bernilai sekali.
Pada aku, asalnya ianya tak mempunyai banyak nilai. Tetapi bagi Atiqah ianya amat bernilai. Barangkali asuhan di sekolahnya, Atiqah gemar mendengar cerita. Kepingan kertas-kertas ini menghimpunkan cerita untuk kanak-kanak. Ia adalah untuk bedtime story Atiqah. Tanpanya, Atiqah merasakan kehidupan hariannya tak lengkap. Sebelum tidur, bedtime story adalah satu yang mesti bagi anak sulungku ini dan ia amat terhibur setiap kali untuk tidur. Baru kusedar kepingan kertas ini bernilai dan mampu menghubungkan ikatan kasih seorang ayah dengan anak.
Kepingan kertas 50 billion Zimbabwe Dollars ini seolah-olah tak ada makna bagiku. Tapi aku pasti ianya adalah amat bernilai kepada mereka di Zimbabwe. Untuk membeli sehelai baju, rakyat Zimbabwe memerlukan berpuluh keping wang 50 billion dollars. Ia sememangnya umpama tak bernilai pada aku, tetapi bagaimana aku dapatkan kepingan ini mungkin ada maknanya. Ia diberi oleh sahabat sama-sama belajar dengan aku di University of Dundee dari Zimbabwe (dia boleh dikelaskan sebagai kaya kerana memiliki syarikat bas di Zimbabwe dan juga mempunyai income lumayan di UK). Mampukah aku milikinya dengan menukarnya di money changer? Aku umpama pasti dollars ini tak diniagakan mereka. Dari keadaan ini, maka kepingan kertas ini adalah jua bernilai.
Ini pula adalah kumpulan gambar-gambar kami di Scotland. Dicetak pada kertas yang boleh dibukukan. Dengan kos sekitar GBP12, buku gambar ini mejadi koleksi keluarga kami. Ia mempunyai nilai kepada aku sekeluarga.
Nilainya terletak pada catatan dan himpunan perjalanan hidup di sini. Ia amat bernilai.
Apakah nilai pada buku ini? Aku perolehinya ketika dalam perjalanan dari Main Library University of Dundee menuju ke pejabat aku di Old Technical Institute, Univ of Dundee. Seorang tua berjambang menghampiriku dan menghulurkan buku kecil karikatur tentang Kritian.
Bertanyakan aku dari mana, orang tua itu mencari sesuatu dalam beg kecilnya. Alangkah terkejutnya akau apabila dia mengulurkan buku kecil tentang Kristian yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Ia menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada tuhan dari sudut pandangan Kristian. Helaian kertas ini juga bermakna kepada aku. Ianya penting untuk mengetahui kefahaman orang Kristian. Di Malaysia, ia amat sensitif diberi kepada orang Islam, walhal jahil tentang agama orang lain adalah juga satu daripada kejahilan. Bukankah Allah swt tidak menyukai orang yang jahil? Dunia ini tempat kita beribadat dan merenungi setiap fenomena makluk-Nya. Maka, buku kecil ini juga bernilai rupa-rupanya.
Kepingan kertas Euro ini juga bernilai. Ia diperolehi ketika kami transit di Amsterdam. Urusan jual beli guna Euro, maka kami pun tukar duit tersebut. Orang kampung katakan ... ada kad kredit tak digunakan takut-takut nanti disalahgunakan. Maka wang ini juga mempunyai nilai yang tinggi. Ia kini hampir menyamai nilai Pound Sterling. Pastinya ia bernilai pada aku sebenarnya.
Semua orang berkata kepingan kertas yang mencatatkan bait-bait kalamullah ini amat bernilai. Benarkah ia bernilai kalau yang sering didampingi buku teks, tesis, pound sterling, buku komik, tale story dan wang Euro? Bagaimana kita menjadikannya ia bernilai? Adakah sekadar meletakkannya di tempat yang cantik kemudian dilitupi habuk? Berapa kali kita membukanya sebagaimana kita membuka album dan internet? Sejauhmana kita gunakannya dalam kehidupan sedangkan kita memang yakin ianya bernilai? Aku tersedar ...
Salam Mahzan,
ReplyDeleteHehehe.... macam-macam maknanya ni. Apa-apa pun, kertas yang ada chop U of Dundee pun tinggi juga nilainya, kan?