Sunday 10 May 2009

Selamat Penganti Baru!

Pasangan pengantin baru: Hasnuddin dan Siti Hajar. Mereka masih belajar. Hasnuddin penuntut tahun akhir di El-Azhar University, Mesir dan Hajar pula pelajar Master di Al-Makhtoum Insitute, University of Aberdeen. Mereka berkenalan ketika di Mesir. Hasnuddin berasal dari Utara semenanjung Malaysia manakala Siti Hajar ialah warganegara Brunei Darussalam. Ikan di darat, asam di laut, di dalam kuali bertemu jua. Sebelum ke Dundee, mereka telah bertunang.
Mereka diijabkabulkan oleh Ust. Elfirno di London berwalikan wakil. Pengalaman berkahwin di rantau orang tanpa ibu bapa di sini tentunya memerlukan ketabahan dan pengorbanan yang tinggi. InsyaAllah, Hasnuddin akan ke Mesir bagi menduduki final exam ... bulan madu sekali lah tu yer ... anyway, doa untuk kalian agar bahagia ke akhir hayat dan tahniah kerana berjaya menyahut seruan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

1 comment:

  1. Moga bahagia di dunia dan akhirat dan dikurnia zuriat yang comel-comel yang sentiasa pula mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa mereka. Amin....

    ReplyDelete