Saturday, 23 May 2009

University of Aberdeen

Balik dari Eroll carboot sale, kami lajak ke Aberdeen. Saja-saja ambil angin di University of Aberdeen. Cantik universiti ini. Banyak bangunan klasik yang menjadi asas kepada bangunan-bangunan universiti.

Kebetulan pula ada festival Words and conference pada waktu itu. Maka, happening sikit lah biarpun pada hari Ahad.

Ramai pengunjung Eropah melawat universiti pada hari tu. Jadi, tak ralat sangatlah kalau kitorang ambil gambar dan visit bangunan-bangunan lama di sini.
Binaan pintu gerbang yang menampakkan gah universiti ini!

Ini adalah pintu masuk ke King's College. Di tengah-tengahnya ada perigi= tertanya-tanya juga adakah ia sebahagian daripada tradisi dalam amalan Kristian yang selalu orang kaitkannya dengan holy water? (jahil aku tentang agama orang lain ni!)
Nyaman udara, cuaca pun alhamdulillah.

Yang aku tak berkenaan ialah dengan kelakuan tak senonoh mat saleh dan minah saleh buat filem ala 18sx sambil jemur guling-guling ala Hindustan di tengah-tengah padang kat universiti... tapi mat saleh belakang tu okay, fokus study ... (seluar pendek, kulit tebal sungguh - sejuk angin woi!)

Elaun KPT + santai + jimat - (isu halal haram) x $RM = bawa bekal. Kami pun bawa bekal, guling-guling ala Hindustan jugak tapi mengejar Mohd Azim nak mengutip daun-daun dan rumput --> kemudian masuk mulut! Sempat lah gak sehelai dua digigit si kecik ni.
Aku pernah mohon untuk sambung PhD di sini tetapi nampaknya panggilan University of Dundee akhirnya aku sahut!













3 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Ada tak yang baling duit dalam perigi tu?

    Nampaknya Mak-Abah yang penat - Azim Ok je!

    ReplyDelete
  2. Yes .. ada ramai yang baling duit ... ada kumpulan kanak2 (dalam 30 orang) yang dibawa oleh adults keliling perigi ... they recited words .. kemudian entah baling apa dalam perigi tu ...

    ReplyDelete