Friday, 16 October 2009

Terima kasih bos!

[Gambar dari kiri: Dr. Che Pee Saad, Assoc. Prof. Dr. Dzulkifli Hamid, Assoc. Prof. Dr. Cheun Boon Song, dan aku) Merakam kenangan ketika mengunjungi majikan lama, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC). Di sini, aku didedahkan dengan banyak ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan, pentadbiran, kewangan dan aktiviti akademik. Dr. Cheun dan Dr. Che Pee adalah antara ketua yang banyak menasihati aku dalam melakar kerjaya. Dr. Che Pee - aku anggap dia seperti ayahanda kerana setiap kali bertemu banyak nasihat dan bimbingan yang tak berbelah bahagi dihulurkan. Beliau juga menggalakkan aku belajar ke luar negara. Aku hakikatnya tidak berani sebab aku sedar kemampuan aku sebenarnya. Namun, dorongan demi dorongan dari beliau membuatkan aku mula bergerak ke arah itu. Alhamdulillah, kini aku di sini meniti pencarian ilmu di luar negara. Justeru, dalam setiap langkah belajar di sini, semangat daripada Dr. Che Pee kerap berlegar di minda. Dr. Cheun - membimbing aku agar menjadi seorang yang berani dalam berhadapan dengan cabaran. Sebenarnya aku, Taufik ItiDi dan Dr. Cheun amat akrab - selalu juga bertemu pada hujung minggu di kedai kereta (kitorang minat kereta) kemudiannya minum di kopitiam / restoran. Dr. Cheun kerap membawa aku bermesyuarat dengan profesor dari luar negara, antara yang aku ingat adalah dari Afrika, Australia, New Zealand dan United States. Hakikatnya, beliau melatih aku agar lebih terbuka minda. Apa yang mampu aku katakan adalah terima kasih atas bimbingan yang dihulurkan. TQ bossss!!! - tabik spring!!!

No comments:

Post a Comment