Sunday, 1 November 2009

Kisah Anak-anak

October 2009 - Atiqah dan Azim yang kian membesar; memberitahu yang aku kian meningkat usia tua.
Zaman kanak-kanak yang tidak mengerti erti kepayahan. Kitalah yang menyediakan pengalaman untuk mereka. Lantas, yang terbaik untuknya kita lakukan biarpun ada masanya kita agak sukar untuk membuat keputusan. Tambahan pula, usia sebegini menguji kesabaran dan kepintaran ibu bapa. Aku yakin semua ibu bapa juga mempunyai pengalaman manis ini.

Bergaya sakan ke sekolah setelah tiga bulan bercuti di Malaysia. Atiqah tidak sabar untuk ke sekolah. Memang sekolah di sini menarik minat kanak-kanak ke sekolah. Aku perhatikan mereka (sekolah) memanfaatkan teori stimuli-response seperti yang dikemukakan oleh ahli psikologi untuk meransang minat pelajar. Hampir setiap hari Atiqah membawa pulang aktiviti sekolah untuk dilakukan bersama keluarga. Ia sekaligus menghubungkan sekolah dengan ibu bapa.
Atiqah amat gemar menyusun puzzle. Biarpun dia agak sukar menentukan konsep kiri dan kanan, tetapi dia mampu menyusun puzzle dengan baik. Memadai dengan usianya mencecah 4 tahun setengah, bantuan umi mempercepatkan dai menyusun puzzle. Cuma yang mencabar Atiqah ialah seorang lagi yang suka susun juga iaitu AZIM... he he he .. musnah sekaligus!

Azim sudah pandai bertatih. Selalu tersenyum. Azim seorang anak yang sensitif tetapi tidak kekok untuk berkomunikasi. Dengan bahasa anak-anaknya ia kerap berkongsi emosinya terutama apabila aku balik kerja, dia akan merangkan dan bertatih laju mendapatkan aku. Perkataan yang terngiang-ngiang bila pulang kerje ialah Baa Baa Baa Baa Baa!!!
Mesti senyum! Itu kelebihan Azim. Dia juga mudah diajak bergurau. Paling gemar makan pisang ... ba na na ...

Seronok melayan Azim menaiki basikal Along ni. Pantang nampak basikal (actually scooter) ni, terus meminta-minta nak naik. Biarpun dia agak penggerun tetapi mencuba beberapa kali untuk naik sendiri; nasib baik aku ada dekat, kalau tak, memang tumbanglah budak ni.

"Huaaa ... Thunder cat ni ..." ... beli this mask to support Atiqah sempena Halloween kat sekolahnya.
Hoaaaaaaaaaaaaaaaa .. Papa Cat! Seronok menyakat budak-budak .. sesekali teringat zaman kanak-kanak dulu!

2 comments:

  1. Noorul Hilal Jurij5 November 2009 at 00:41

    Mahzan, ini Hilal....

    Seronok sungguh dapat tengok gambar keluarga engkau di Dundee. Bangga sungguh aku dengan engkau Zan.

    Aku kebetulan terjumpa blogspot engkau ni.

    Anyway, kebetulan ni.... aku akan ke Padang pada 6 - 14 /11/09 ni untuk misi perubatan dari Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak ni. Aku sebagai ahli psikologi untuk mangsa gempa yang sindrom pasca trauma.

    Universiti aku kerja ni lebih cenderung kepada bantuan kemanusiaan dan aku secara tak langsung menjadi aktif dalam misi-misi macam ni. Ternyata sangat self fullfilling.

    Nanti aku update kemudian

    ReplyDelete
  2. Salam Hilal

    Semangat juang yang tinggi tu .. kerja amal yang mulia bantu sesama kita ... dah jadi org besar di RMC tu kena beli kereta lagi besar tu, macam BMW ke ... ini no tel aku: +447552872889

    ReplyDelete