Sunday 22 November 2009

Sayonara Ust. Lutfi, Kak Shi & keluarga

20 Nov. 2009 - Ustaz Lutfi sekeluarga memulakan proses kembali ke Malaysia dengan memindahkan barang-barang menerusi khidmat salah satu shipping company yang berpusat di Glasgow.
Ramai juga yang membantu proses pemindahan ini. Bermula jam 9.00 pagi, kami memulakan proses mengangkut kotak-kotak ke kontena. Aku membantu mengangkat TV milik Ust. Lutfi di rumah Zahir.

Ini proses memasukkan kereta ke kontena.
Expert buat kerja memang mudah sungguh. Tanpa banyak soal, senang je proses loading kereta ke kontena. Tak sampai 30 minit dah pun siap.
Pak Cik pegang kayu tu pemandu trak (lift truck? Entahlah apa ke nama trak ini) .. dan Pak Cik gemuk tu pemandu lori kontena.
Pak Cik Scottish ini baik sungguh ... tolong angkut barang-barang juga. Kelihatan di foto ialah Halim, wakil shipping company yang turut ada bersama-sama menyusun barangan dalam kontena. Untuk Ust. Lutfi --> selamat kembali bertugas di Malaysia (yang pastinya aku ketiadaan salah seorang sahabat baik aku di sini, yang selalu berseloroh dan tak pernah ambik hati ketika berbicara) ... Untuk Kak Shi ---> yang akan kembali ke UKM, selamat menabur bakti, moga segalanya akan berjalan dengan sempurna. Adios, Yerrow Terrace!

2 comments:

  1. Salam Mahzan,

    Allah... sayu betul rasanya - kita kehilangan sahabat, kan? Akak nampaknya kurang satu neighbour. Memanglah nanti ada ganti (memetik kata Ustaz Lutfi) tapi takkan sama, kan?

    ReplyDelete
  2. ye ... pergi dan datang .. lumrah hidup ...

    ReplyDelete