Dua beradik bermain baling-baling salji. Seronok mereka apabila dapat keluar rumah bermain-main. Hanya hujung minggu saja dapat meluangkan masa dengan mereka sepenuhnya. Lazimnya apabila dah balik dari universiti, mereka dan aku dah kepenatan. Kadang kala kesian juga tapi aku kena pastikan fokus kepada pengajian mesti konsisten.
Amat ketara kedutan di kelopak mata aku serta uban-uban - menyedarkan aku yang usia memang makin meningkat. Pantas masa berlalu. Kini telah setahun aku merantau di luar negara; tetapi aku masih merasa terlalu baru di sini. Masih banyak yang aku tidak mahir tentang kehidupan di sini. Aku berharap agar anak-anak dan isteri dapat ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang mengiringi aku belajar beribu batu dari tanahair!
No comments:
Post a Comment