Wednesday 23 December 2009

Quality time ...


Semalam salji mencurah-curah, suhu di bawah takat beku (-4 celcius). Aku tersedar jam 4 pagi dan mendapati suasana cerah dengan cahaya kuning-kekuningan ... rupa-rupanya apabila salji memutih, reflection cahaya lampu menjadi suasana menjadi terang ... Sejuk betul ...
Pagi ini, aku cuti. Lazimnya aku ke universiti untuk belajar. Hari ini salji memutih dan anak-anak pun cukup gembira melihatnya. Aku sekeluarga ke padang yang terletak sekitar 500 meter dari rumah kami ...
Atiqah dan Azim seronok bermain salji. Oleh kerana Atiqah semalam demam, dia tak seaktif biasa. Biasalah budak-budak, tak berapa sihat pun nak main juga. Aku dapat perhatikan yang mereka amat gembira menaiki sledge board (beli di carboot .. 2 pound jer .. barang buruk baiasalah murah!)
Menaiki papan luncur ini ke padang ... berat jugalah menarik budak dua orang .. sekitar 30kg jugak ... bertempik-tempik Azim seronok!
Inilah antara masa berkualiti dengan mereka. Kita yang menyediakan pengalaman bermakna untuk mereka membesar dengan nilai kekeluargaan yang murni.
Menghitung tempat mana lagi nak ditawan!
Berpeluh jugak rupanya main-main dengan anak-anak ini. Penat pun biasalah sengih sokmo .. adik Azim dah macam nak beku .. tak bergerak-gerak dah .. nak tidur pun ye jugak .. waktu ni sekitar 1 tengahari ...
Family photo untuk snowtime 2009!

2 comments:

  1. Salam Mahzan :-D

    Seronok betul anak-beranak main dalam salji! Ana pun OK je dalam sejuk tu! Ni tak boleh jadi ni! Esok kena jugaklah keluar dalam salji tebal tu!

    ReplyDelete
  2. pak uda lama x upd8 blog..bz k??

    ReplyDelete