Sewaktu aku di tingkatan 4 dulu, aku pernah ikuti lawatan sambil belajar anjuran PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang menggabungkan beberapa sekolah melawat Langkawi, Pulau Pinang dan Alor Star. Namun kerana masih agak mentah rasanya aku tak mengerti makna Lawatan Sambil Belajar. Maka, aku pun anjurkanlah Lawatan Sambil Belajar ke Glasgow. Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari daripada lawatan. Yang paling penting kita boleh aplikasikan ilmu yang diajar dalam sesuatu matapelajaran. Contohnya, aku menginap di rumah kawan (lupa nama) kepada Nordin - sahabat aku yang menyambung PhD di University of Strachclyde. Kami tidur di rumah ini kerana dia hanya datang ke Glasgow hanya 4 hari saja seminggu - bekerja di Bank dengan gaji sebanyak GBP300 sehari .. atau lebih kurang RM1500 sehari. Maknanya secara purata dia kerja seminggu dapatlah berapa yek kalau kerja [(GBP300) X 4 hari] X RM5.50 = ??? haaaa kan dah belajar matematik tu ... tapi apa yang aku belajar ialah .. aku hanya terlopong .. nganga!!!
Di sekitar ini ada dua buah gereja yang besar. Letaknya berdekatan. Agak kemas dan teratur serta dijaga rapi. Gereja di atas pada pengamatan aku agak baru berdasarkan struktur, design dan material yang digunakan. malah ia juga menampakkan ciri-ciri senibina moden Eropah yang mengambil kira faktor fungsinya - maknanya ia mampu dijadikan dewan untuk ocassion yang dihadiri ramai pengunjung. Namun seperti mana-mana gereja di Dundee, ruang letak kereta tidak termasuk dalam perancangan. Di sini aku belajar tentang subjek subjek Seni dan juga juga Lukisan Kejuruteraan.
Ini ialah Governhill Free Church yang letaknya bertentangan dengan apartmen yang kami tumpang tidur (free je). Ia merupakan gereja yang ada nilai sejarah. Seni binanya menampakkan ciri-ciri tradisi. Aku belajar subjek sejarah menerusi pengamatan tempat ini!
Ketiga-tiga gambar di atas merupakan kawasan perniagaan bekalan protein halal serta kedai-kedai runcit milik masyarakat Muslim. Memang harganya amat murah jika dibandingkan di Dundee. Aku dimaklumkan yang 3 ekor medium whole chicken dijual dengan harga GBP8. Kedai daging Kashmir menjual bekalan daging lembu yang paling murah. Letaknya di sekitar kawasan ini. Kawasan ini didominasi oleh masyarakat Muslim Pakistan. Kawasan ini agak tidak teratur dan sering dikatakan sebagai agak kotor. namun pada aku ianya tidak kotor tetapi tidak kemas dan tidak terjaga. Ini kerana tiada banyak sampah berselerak tetapi banyak kedai usang, susunan barang tidak teratur dan agak "berserabut" - memang budaya masyarakat Asia mewarnai kawasan ini. Subjek apa yang aku belajar dengan melawat tempat ini? Mungkin Alam dan Manusia. Any comment?
wow...bestnya gaji dia...alhamdulillah ...di Malaysia, rezeki kami sekeluarga....tp, teringin jugak nak dapat camtu...:)
ReplyDeleteRina