Monday, 25 January 2010

Masjid yang asalnya gereja


Sewaktu berkunjung ke Glasgow, sahabat di sana memberitahu yang bangunan masjid di atas pada asalnya ialah sebuah gereja. Ianya terletak di kawasan perumahan masyarakat Muslim. Kebanyakan penduduknya berasal dari Pakistan. Terdapat juga para pelajar Malaysia yang mendiami kawasan ini. Oleh kerana majoritinya Muslim, kawasan ini bukan pilihan tempat tinggal warga Scottish. Agaknya apa perasaan warga tempatan apabila kawasan ini (yang memang maju dari sudut bisnes) didominasi oleh orang luar (kita le orang luar tu)?


Di sekitar masjid ini terdapat banyak kedai makanan halal. Walaupun ramai yang menilai kawasan ini agak kotor namun secara peribadi aku berpandangan ianya masih dijaga rapi. Biarpun nampak usang tapi tak berlumut. Mungkin kerana cuaca. Satu lagi, bangunan sebegini kerapkali dibuat pemuliharaan (building maintenance). Kawasan ini crowded, dikritik sebagai kawasan kotor tetapi sebenarnya masih okay kalau nak dibandingkan dengan pekan-pekan di Malaysia yang banyak bangunan lama tetapi ... (sambung sendiri lah).


Bangunan masjid ini masih mengekalkan rupa asal gereja. Masih kelihatan simbol salib pada bangunan ini yang memberitahu bahawa aku sebenarnya masih cetek ilmu agama Islam untuk memberi pandangan. Kalau di Malaysia, rasanya ramai masyarakat dah mula melenting. Ya lah, kita ni cepat melenting kepada perkara macam ini tetapi dalam soal-soal yang menggoncangkan akidah macam ... (sambung sendiri dan beri contoh sendiri). Banyak perkara yang pada kita macam masalah besar tetapi sebenarnya entahlah ... (sambunglah sendiri sebab tak cukup ilmu nak beri pendapat). Mengekalkan rupa asal bangunan adalah menjadi elemen untuk menyelongkar sejarah di belakangnya yang secara langsung menggalak budaya fikir. Any feedback?

No comments:

Post a Comment