Saturday, 6 March 2010

Ad-hoc jalan-jalan!

Kami bawa keluarga Azhar-Fiza jalan-jalan di Glasgow. Mereka di sini sekitar 3 bulan, dan baru beli kereta. Macam kami dulu juga, 3 bulan tak berani lagi nak jalan jauh-jauh kalau tak ada satnav; dulu, selepas ada satnav baru bergerak jauh sikit. First destination kami dulu ialah Glamis Castle yang terletak sekitar 20 minit daripada Dundee. Untuk kali ini, kami bawa Azhar-Fiza sekeluarga ke Glasgow.
Kami melawat Kelvingrove Museum. Perjalanan budget ni .. target jalan-jalan tempat yang free saja. (Tengok hantu Elvis dah sampai kat luar --> kelihatan Dina dan Atiqah masih membaya gaya Elvis tu!) 
Transport museum adalah tempat yang memang aku suka sungguh. Banyak kenderaan klasik dari zaman Henry-Ford dipamerkan di sini. Model T pun ada (kereta pertama ciptaan Ford). Cuma yang tak ada ialah kenderaan Mercedes-Benz ... kenapa ye? Aku yakin ia ada hubungan dengan sejarah Nazi dan peperangan dengan Yahudi. Di dalam museum ini, ada setting zaman 1800 yang mana kenderaan di letak di tepi jalan dengan susana jalan dan kedai-kedai setting zaman tersebut. Memang menarik minat aku .. orang kata touching habis lah! 

No comments:

Post a Comment