Saturday, 6 March 2010

Muzeum - masuk free je ..

Hairan melihat masyarakat di sini kerana ramai dalam kalangan mereka melawat galeri dan museum. Kalau di Malaysia, masyarakat banyak tertumpu di pasar raya dan kedai-kedai makan. Di sini, suasana di museum memang "hidup" (jangan ada makhluk yang hidup sudah ler .. heeeeeeeeeee).
Museum ini ada tiga aras (kalau tak silaplah). Ia mengumpulkan banyak khazanah berupa lukisan serta binatang yang diawet. Memang mana-mana museum sebenarnya penuh dengan misteri kerana ya lah barangan lama .. yang mungkin pernah dipuja serta dijadikan sebahagian daripada material sihir .. jadi masuk melawat ke sini pun bukan nak bersuka ria tetapi sebagai satu daripada pendidikan dan pendedahan awal kepada anak-anak. Ia mampu mengembangkan pemikiran anak-anak.

Keno kekoh rimau!

Banyak binatang mati diawet di sini. Di tingkat atas ada banyak lukisan dan arca. Meriah sungguh orang melawat muzeum ini. (Gambar: Azim terkejut gak tengok gajah yang diawet tu).

No comments:

Post a Comment