Friday, 23 April 2010
Luahan benak
Di kala tirai senja dilabuhkan, hanya aku yang masih mengitung dan mencongak angka-angka serta aksara yang bertaburan di meja ini. Entah buat kesekian kalinya aku terpaksa mengulang-ngulang ketja ini!
Sunday, 18 April 2010
Jalan-jalan di Zoo Edinburgh
Inilah kali pertama kami mengunjungi zoo di United Kingdom. bayaran masuk agak mahal juga tapi demi pendidikan anak-anak, kami bawa juga. Atiqah dan Azim amat happy sebab dapat tengok penguins dan pelbagai haiwan lagi.
Pada waktu kami melawat zoo ini suhui di sekitar 3 - 7 darjah celcius. Masih sejuk walaupun musim spring kian tiba. malah waktu ke sini, masih ada salji di beberapa kawasan. Oleh kerana cuaca sejuk, maka penguins riang-ria bermandi-manda. Sepatutnya ada program penguins keluar dari sangkar dan jalan-jalan ke sekitar pelawat tetapi puas petugas zoo pujuk untuk keluar, penguins buat tak tau dan enjoy mandi di kolam ini.
Di dalam sangkar belakang kami tu banyak penguins. It was a sweet visit!
Penghargaan sebab baca al-Quran
Sebagai menghargai kerajinan Atiqah baca al-Quran (kami ajar guna buku Qiraati) ... maka bawa dia jalan-jalan ke Edinburgh .. kami bermalam di Premier Inn hotel.
Seronok dia sebab ya lah asyik berkurung di rumah jer .. bosan jugak dia ... Melihatkan dia gembira .. kami pun turut gembira .. sekaligus hilang stress belajar dan penat seharian!
Ikan bakar Abroath!
Yang ini memang best betul ... ikan Haddock panggang (smoked) .. dipanggang secara tradisional, guna arang kayu .. kitorang pergi beli di Abroath ... memang mengalahkan ikan bakar di Umbai Melaka! Asalnya tak nak beli tapi pak cik Scottish tu pandai sungguh, dia hidang kami free .. lepas tu apa lagi, lunch hari tu ikan bakar dengan air asam .. fuh .. orang kata selera kampung di luar negara he he he!
Makhluk lain ciptaan Allah swt
Ini hidup lagi ni .... aku beli 2 kg = £6 .. hanya dapat 3 ekor je.. bayangkan betapa besarnya mahkluk ini ...
Azim tengok semacam jer .. aku takut gak nak pegang sebab sepitnya besar sungguh .. tambahan lagi tak pernah proses ketam besar seperti ini .. nasib baik tak ada bunyi ... kalau tak .. pening gak aku!
Aku pun tak berani nak pegang .. terpaksa lapik tisu tu .. nak sembelih camana? nampak macam mudah .. aku ingat macam ketam di Malaysia .. tapi dia punya cengkerang .. keras sungguh terpaksalah aku rebus dulu dan "kapak" kan dia .. lepas tu ketik-ketih dia penuh bulu (semacam lah pulak) .. jadi aku bakar ketih-ketih dia .. dalam 2 jam jugak lah nak proses. Sedap tak? Emmmm ... selera aku kata ketam Malaysia lagi best!
Basikal sepuluh sen!
Beli dari carboot .. basikal chopper Along £4 (RM20), Azim £2.50 (RM12.50) .. beskal sekenhen .. murah tapi masih elok lagi .. baru ... hari tu pegi recycle centre .. beskal orang buang-buang jer .. masih ok lagi .. ingat nak ambik gak tapi dah macam tamak lah pulak .. jadi ambil dua bijik tayar je lah (ala .. tayar kecik nak balance beskal si Azim)
Camping ...
Sewaktu camping musim salji di Seymour street .. sapa kata musim salji tak leh camping . kitorang selamba je buka payung, makan-makan siap joget-joget lagi tu!
Tuesday, 13 April 2010
Golf di St. Andrews
Andainya suatu hari nanti aku bermain golf, di sinilah tempat golf bermula (04.04.2010). Dr. Che Pee dan Naim yang belanja pada kali ini. Dengan cuaca yang terang dan angin pantai yang bertiup lembut dingin, memukul bola golf di sini menjadi satu kenangan yang amat manis.
Belum ada skill lagi tapi sekadar dapat pukul bola. Bagi pemain golf, di sini ialah tempat yang paling diingini. Seolah-olah kalau tak pernah main kat sini, tak lengkaplah sebagai pemain golf. Tiger Woods selalu main di sini. Malah banyak pemimpin negara bermain di sini. Ia merupakan tempat yang paling berprestij di dunia dan didakwa sebagai padang golf tertua di dunia. Uniknya, ia dibuka kepada public dengan bayaran yang amat murah. Teatpi untuk kelab yang eksklusif tentunya bayarannya bertaraf eksklusif juga!
Dari Seymour Street ke Blackness Street
Di Seymour Street ....selama 1 tahun 6 bulan kami berkampung di sini. Tiba masanya kami berhijrah ke rumah lain pula. Rumah ini akan diubahsuai. Landlord janji akan beri balik deposit, sampai la ni tak ada khabar berita pun ... :)
Sebahagian daripada movers yang bantu angkat barang: dari kiri Helmi, Zahar, Zul, Taufik dan Zahir.
Mahmud dengan pose yang paling mengancam. Makanan disediakan oleh chef-chef terhebat Dundee. Kelihatan Fiza sedang menghidang makanan. Ana sedang berceloteh sejarah perpindahan!
Sebelum dikemas dan disusun. Banyak? banyak dan sikit adalah ukuran yang subjektif.
Beberapa barangan di ruang tamu. Belum kemas lagi sebab tengah layan tetamu dulu. Petang nanti kami kerjakan.
Ruang dapur rumah kami ... ala-ala Bar .. memang menarik sebab ada ruang lepak macam kopitiam!
Dari jendela Blackness street ... shared garden ... boleh jemur kain dan main-main di sekitar ini!
Musim panas dah bermula. So, bolehlah jemur kain cuma kain kering tapi sejuk macam dalam peti ais! Thanks kepada yang membantu proses pemindahan kami! Syukur segalanya sempurna.
Satu petang di Perth
Ini Perth di Dundee bukannya di Autralia. Kemungkinan besar di sinilah asal warga Australia yang berkampung di Perth Australia. Kami jalan-jalan di Scone Palace tapi tak masuk ke dalam palace ini. Sekadar luangkan masa di laman palace ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)