Inilah kali pertama kami mengunjungi zoo di United Kingdom. bayaran masuk agak mahal juga tapi demi pendidikan anak-anak, kami bawa juga. Atiqah dan Azim amat happy sebab dapat tengok penguins dan pelbagai haiwan lagi.
Pada waktu kami melawat zoo ini suhui di sekitar 3 - 7 darjah celcius. Masih sejuk walaupun musim spring kian tiba. malah waktu ke sini, masih ada salji di beberapa kawasan. Oleh kerana cuaca sejuk, maka penguins riang-ria bermandi-manda. Sepatutnya ada program penguins keluar dari sangkar dan jalan-jalan ke sekitar pelawat tetapi puas petugas zoo pujuk untuk keluar, penguins buat tak tau dan enjoy mandi di kolam ini.
Di dalam sangkar belakang kami tu banyak penguins. It was a sweet visit!
No comments:
Post a Comment