Tuesday, 15 June 2010

Liverpool FC & Everton FC

Biarpun aku bukanlah kaki bola .. Pok Su sebenarnya yg minat bolasepak .. kalaulah Pok Su boleh datang ke UK mesti dia gembira sungguh sebab banyak football clubs yg dia minat ... tambah2 lagi Manchester United .. aku check return tiket AirAsia KL-London RM1500 seorang .. kalau ada kemampuan datanglah sementara aku ada kat sini .. pasti banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip
Stadium Everton terletak tidak begitu jauh dari stadium Liverpool .. aku anggar sekitar 7 minit drive dari Liverpool stadium. Oleh kerana waktu kami melawat stadium ini dalam proses ubahsuai, ia ditutup kepada pengunjung . namun secara pandangan kasar, aku kira peminat Liverpool lagi ramai lah .... oleh kerana kedua-dua stadium ini berdekatan aku boleh banyangkan betapa kecoh kalau ada 2 games serentak di bandar Liverpool!

No comments:

Post a Comment