Atiqah dan Azim happy sebab dapat tengok macam-macam hidupan lain di tempat ini. Biarpun ianya tidak sebesar Aquaria di Langkawi tapi ianya satu lawatan yang menarik. Pertamanya dapat mendengar celoteh anak-anak yang makin membesar. Kedua, menikmati ciptaan Allah swt yang cukup menginsafkan kita. Ketiganya, alhamdulillah kerana masih diberi nikmat kehidupan oleh-Nya.
Sayangnya, seal tak ada waktu ini. Kolamnya dibersihkan. Uniknya ialah kolam anjing laut disambungkan dengan air laut (ada penghadang) .. maka banyak rumai laut yang terlekat di kolam tersebut. Busuk masam bau kolam ini ...Masing-masing dah lapar. Atiqah dan Azim waktu masuk tadi .. baru je ke akuarium 1 dah tanya nak makan apa .. hmmm .. ragam anak-anak .. kami pun sedang keroncong perut .... laparrrrrr .. cuaca sejuk jadikan kita cepat laparrrrr .... perlukan gula untuk tambah tenaga .. nasib baik bawa pizza .. dapatlah makan .. lepas ke sini, kitorang terus ke TAZA ... sampai tergolek kenyang ... alhamdulillah
No comments:
Post a Comment