Saturday, 4 December 2010

Hasil tangan musim sejuk

Murtabak
Eksperimen pertama dilakukan pada bulan Ramadhan. Kali ini ianya menjadi hidangan yang tidak asing lagi kepada warga Melayu Dundee. Ia turut menjadi hidangan ketika Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Dengan menggunakan kulit popia, banyak hasil diperolehi. Resepi asal diambil dari internet tapi ianya tak menjadi, pelik je rasa .. maka eksperimen dilakukan berasaskan kaedah "hentam saja". Kali pertama menjadi, kali kedua mau tong sampah, kali ketiga termasin, kali keempat baru jadi! Hasilnya memang gred A! Menjadi, nanti boleh buka murtabak segera dengan nama produk Murtbak Seymour (sempena alamat pertama rumah kami!).


Kueh Segulung Ijazah
Tak sesuai nama ketayap untuk kueh ini, sebab ketayap mana ada boleh digulung-gulung dan berinti pulak. So, kami beri nama baru iaitu kueh Segulung Ijazah sebab ianya cantik dan manis ... semanis segulung ijazah. Eksperimen resepi ini amat sedih .. kejap jadi (sikit lah pulak) .. kejap tak jadi (nak ngko sebesen dibuang je adunan tu) ... kejap jadi (elok-elok je buat buka puasa tadi - ganti puasa yop!) Nak resepinya kena calling-callinglah yer .. tak leh share sebab nak pattern nanti (kedekutnya .. tak kedekut mlas nak menaip) .. nanti boleh buka kedai makanan segera di Bangi. Namanya nanti akan difikirkan nanti. :)

No comments:

Post a Comment