Thursday 30 April 2009

Charity Shops

Bangunan yang kelihatan itu adalah salah satu charity shop di Dundee (lupa nama kedai tu). Semua item dijual dengan harga £1. Terdapat banyak pakaian di kedai ini tetapi perlu dipilih untuk mendapatkan yang berkualiti. Kami pernah dapat sepasang kasut Timberland dengan harga £1. Di Malaysia kasut tesebut (yang baru) berharga sekitar RM600. Di UK pun kasut Timberland dijual (yang baru) sekitar £80 - £100++.
Charity shops yang lain terletak hampir dengan rumah kami ialah Children First (ni yang paling okey sebab barangan banyak barangan berkualiti dan harga pun berpatutan), British Red Cross (agak mahal tetapi barangan okey juga - kami pernah beli kasut Adidas berharga £5), Shelters (barangan yang berkualiti tetapi harga agak mahal). Baju Adidas yang dipakai (lihat gambar atas) tu hanya berharga £1. Topi lak berharga £0.20.
Di Dundee City Centre terdapat 3 lagi charity shops iaitu British Heart Foundation dan ada dua lagi lupa namanya. Banyak barangan berkualiti di sini tetapi harganya agak mahal. Dengan adanya kedia-kedai macam ni, ia membantu menguruskan elaun KPT dengan berhemah. Tiada niat lain berkongsi perkara ini sekadar satu catatan untuk menggambarkan inilah kehidupan kami di sini. Juga ia membenarkan nasihat sahabat ketika di Malaysia yang soal pakaian tak perlu dirisaukan sebab ianya mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan di United Kingdom. :-)

3 comments:

  1. Bestnya.. macma nak datang ikut soping jek rasa heehe..

    -F-

    ReplyDelete
  2. Salam Mahzan,

    Boleh datang sehelai sepinggang, kan? (:-D Kena bawa sepersalinan & yang internal je! Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam akak,

    Yang penting kena bawa ialah kain pelikat dan telekung. Tapi untuk jimat dan tak tergesa-gesa ke carboot atau charity shops, bawalah pakaian harian. Bawa belacan banyak2, kat sini tak ada. Yang ada kat dapur tu pun ada member yang beri ... (komen kawan2: di UK makan makanan mat saleh lah ...apa lak cari belacan lagi .. hu hu hu)

    ReplyDelete