Saturday, 23 May 2009

Stonehaven, Aberdeenshire

Sebuah kawasan pelancongan tepi pantai yang terletak tidak jauh dari Aberdeen.
Tak banyak restoran di sini ... musim panas ni, kedai aiskrim paling laku. Ramai yang terpaksa menunggu lama (lihat betapa ramai beratur di belakang tu) untuk mendapatkan aiskrim. Teringat aku ketika di Cherating yang mana susahnya nak cari makan pada waktu siang sebab banyak warung aktif pada waktu malam. Tiba je waktu malam ... masyaAllah ramainya pengunjung ... ramai sangat pulak ... sampai tak ada tempat kosong untuk kami duduk makan ... kami terpaksa menanti hampir dua jam utk dapat ikan bakar! Tapi di sini ... nak makan pun susah gak sebab kena tengok betul-betul... kan tak pasal-pasal ada "kerbau pendek yang digoreng kicap" ... eeei ... mual tekak aku!

Tak apa lah, kami makan bekalan kami aje ... balik nanti abah goreng kuetiaw kerang lagi best!

Tak jauh beza dengan Pantai Tok Bali Pasir Puteh pun!

Sengih ambil gambar ... nampak macam okay je kan??? Ngkorang nak tahu ... Ana ni masih trauma dengan Tsunami dulu ... sebab waktu tu kami sempat merasakan betapa kuatnya bumi bergoyang ... waktu tu Ana mengandungkan Atiqah ... ditambah pula dengan banyak visual Tsunami yang ditonton membuatkan dia trauma kalau tengok ombak besar! (Aku pun serupa gak he he)
Aku teringin lah nak melancong guna caravan ni ... kata Dr. Helmi ... kita boleh dapatkan harga yang okay dari sebuah syarikat Malaysia di London iaitu Kelana Travel ... menarik lah caravan ni ... aku fikir kalau ada lah benda cam ni kat Malaysia ... mudah kelik Kelate ... 5 hari baru tiba .. drive ke Raub tidur jap .. pas tu sambung ke Merapoh tidur semalaman .. pastu gi Gua Musang tidur semalam .. tiba di Kampung Gong Garu Kelantan .. aku dah ada rumah sendiri ... parking tepi rumah aku jer .. ha ha ha .. kan senang .. pas tu bila nak datang KL ... ajak sedara mara naik caravan .. aku tarik je .. (ayam kambing pun aku ingat boleh bubuh sekali ... dapat fresh protein ha ha ha a) ... agak-agak kalu ada benda ni ... bas express pun gulung tikar agaknya!

2 comments:

  1. Salam Mahzan (:-D),

    Tapi kat Malaysia susah nak parking kut? Kat mana ya ada caravan park kat M'sia? Cuti sekolah kat sini start minggu depan. hari Sabtu ni akak nak gi Taman Negara Kuala Koh lagi. jadi, memang lalulah raub, Merapuh dan Gua Musang tu. Kat Gua Musang ada satu restoran yang kita orang mesti singgah (waktu pergi & balik) - ala lupa lak nama nya - Ada sup belut pun, daging merah memang best! Apa2 pun best la kat situ! So Dora the Explorer ke Kelantan lagi! Yeah..!!

    ReplyDelete
  2. Letak je kat tepi mesjid ke atau kat padang majlis bandaran ke ... okay je .. Malaysia kan tanah luas ... kat Gua Musang lagi banyak tempat kosong tepi hutan ... gi melancong takyah sewa hotel

    ReplyDelete