Wednesday, 24 June 2009

Hari-hari seorang aku ...

Ini ialah masjid Dundee tempat di mana aku meletakkan kereta. Dengan sumbangan sebanyak GBP10 sebulan, aku memperolehi parking permit. Sesudah menghantar Atiqah ke sekolah, aku meletakkan kereta di sini dan berjalan kaki ke universiti.
Setiap hari inilah laluan aku. Merentasi beberapa bangunan yang antaranya ialah Doghouse iaitu night club / pub yang ramai pengunjungnya.

Kamudian aku melalui jalan-jalan yang ada banyak kedai. Antaranya ialah Globe Lounge Bar. Cantik bar ini tapi tak ramai yang singgah minum sini. Biarpun la ni musim spring tetapi anginnya sejuk jugak lah...
La ni summer break. Budak-budak universiti cuti. Sunyi sepi universiti. Tetapi sebagai research student, kerja-kerja dilakukan seperti biasa. Malahan aku tak sedar rupa-rupanya pelajar undergraduates dah pun lama cuti ... ops!
Hampir setiap hanya aku .. dan aku .. dan aku .. jadi penunggu setia office aku ini. Sesekali ada juga Dr. Rayyene, Ming, Sha, Deborah dan Shepard .. tetapi bak kata P.Ramlee mereka ini kadang-kadang; jarang-jarang.

Bila dah pening dan muak buat kerja-kerja PhD, aku rehat sekejap. Ada pantry yang kami "buat" sendiri, tetapi aku tak selalu sediakan air panas. Yang kerap ialah sahabat lain. Aku lebih gemar minum air masak saja.
Apabila pulang dari office, bangunan ini adalah antara laluanku. Fulton Building ini untuk physical sciences study kalau tak silap lah ...
Jalan-jalan pulang lengang pada semester break ni. Inilah hidup seorang aku ... yang pada banyak waktu, masa dan keadaan sering bersendirian. Kepada yang ingin dan berhajat untuk melakukan penyelidikan bagi pengajian PhD - bersedialah menempuh hari-hari sunyi dan lonely!

1 comment:

  1. Walaupun kehidupan di luar negara kekadang akan menjadi sunyi dan lonely, tapi ia adalah satu pengalaman hidup yg berharga. And do remember...ur lovely wife, daughter and son will always be with u...walau di mana sahaja =D

    -KI-

    ReplyDelete