Pernah suatu ketika dulu, my best friend ditanya oleh pengawal keselamatan kenapa dia berubah. Dia memberitahu "kupu-kupu pun berubah jadi rama-rama". Kata-kata ini melekat di minda aku apabila melihat sahabat-sahabat mula berubah.
Tadi, ketika makan di Restoran Hassan Sungai Ramal, aku bertemu seorang sahabat lama yang sama-sama bekerja di Protasco Bhd dulu. Kami berbual seketika dan dia memberitahu yang dia telah berhenti kerja di syarikat yang disenaraikan di papan pertama Bursa Malaysia itu. Ketika di syarikat itu dia sering membantu aku (yang waktu itu menjawat jawatan Head of Department) untuk menyelesaikan soal-soal network dan komputer. Malah, kalau komputer ada problem je, dialah yang akan datang menyelesaikannya. Dia kini menjalankan perniagaan IT and computer network. Dia berjaya mendapat kontrak daripada Penjara Malaysia, PDRM dan Hospital kerajaan. Dia telah berubah menjadi lebih stabil.
Minggu lepas juga aku terkejut dengan perubahan seorang yang agak lama aku kenali kerana dahulunya dia agak leka untuk mengerjakan solat. Kini aku lihat dia amat taat bersolat, malah kerap bangun bertahajjud serta qiamullail. Aku terasa amat kagum dengan perubahannya. Aku sendiri pun rasanya tak sedisiplinnya dalam beribadat. Syukur sungguh rasanya.
Sewaktu aku tiba dari Scotland hampir sebulan lepas, aku berkunjung ke pejabat sahabat lama. Dia kini telah menjawat jawatan Manager dan merupakan seorang committee untuk kerja-kerja penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia. Yang terkejutnya ialah dia telah menyiapkan sebuah koleksi cerita pendek untuk diterbitkan. Yang hairannya ialah dia sebenarnya memiliki ijazah sains Fizik dari USA tetapi kini dia berminat dalam penulisan cerita kanak-kanak berbahasa Melayu. Oleh kerana dia gagal mendapat penerbit yang sesuai, aku telah membantunya mendapatkan penerbit. Kini karya dia sedang dinilai untuk diterbitkan oleh PTS Publication.
Aku? Adakah aku berubah? Yang pasti perubahan perut - kejap kempis, kejap kembung; sejak sebulan di Malaysia, tanda-tanda boroi dah kelihatan ... he he he .. berubah juga tu kan!
No comments:
Post a Comment