Meniti hari-hari di rantau orang membuatkan aku sering membuat perhitungan dan perbandingan dengan hari-hari yang telah aku lalui dulu. Melihat gelagat anak-anak di dundee, tanpa mengira warna kulit dan latarbelakang agama, aku mendapati bahawa anak-anak di sini secara tidak langsung diasuh dengan defensive mechanisme tersendiri. Maka, apabila mereka rasa tindakannya betul atau berlaku pertikaian antara mereka, anak-anak di sini lebih menzahirkan defensive mechanisme mereka yang kadang kala nampak tidak sesuai dengan cara kita. Bagusnya ialah kerana anak-anak ini berani menyuarakan hak mereka. Lantas, aku terfikir sejenak tentang perkara ini; terutama apabila aku perhatikan golongan remaja dan dewasa yang trlibat dengan masalah ketagihan arak. Ia diselangi pula dengan iklan-iklan di TV yang memaparkan abawa hampir setiap hari ada sahaja anak-anak didera di UK. Lantas aku melihat defensive mechanisme dilatih kepada anak-anak kerana pincangnya masyarakat Barat dalam menangani masalah remaja dan dewasa. Aku melihat yang tindakan diambil lebih bersifat menolak teori Peranan atau aliran Fungsionalisme dalam pengajian sosiologi. Peranan ibu bapa dan juga ahli keluarga telah diinstitusikan; maka wujudlah social service / social care / unit yang memantau penderaan anak-anak. Wajarlah anak-anak diberi pendedahan tengan hak asasi kanak-kanak kerana ramai golongan dewasa yang terjebak dengan masalah alkohol. Lantas, isu anak-anak tak boleh dipukul digunapakai untuk semua. Aku melihat ia bagus kerana bayangkan kalau orang mabuk yang memukul anak-anak mereka. MasyaAllah, ye lah, mabuk ni tergolong dalam golongan tidak siuman (gila!). Maka tak hairan ada kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh golongan tidak berakal ini. Dibandingkan dengan situasi di malaysia yang mana kanak-kanak dirotan / dicubit oleh orang yang tidak mabuk. Ertinya, dipukul oleh orang yang sedar / matang / berlandaskan pengajaran tidak sampai melukakan anak-anak. Apa yang penting di sini anak-anak yang dididik tidak terjejas emosi nya. Sebab itu ramai ibu bapa menggunakan tekanan cara lain kepada anak-anak di sini dalam mendidik -- ya tidak cedera fizikalnya tapi emosinya terjejas teruk. Maka, timbul kepada kesimpulan yang sebenarnya betapa degil golongan orientalis yang bukan saja menolak Islam malah melihat Islam sebagai satu yang menyempitkan ruang hidup. Umpamanya apabila gagal mendidik orang dewasa menjauhi arak, mereka akan menginstitusikan peranan dewasa kepada satu badan berbayar pula. Maka, children right ini lebih kepada satu experiment dan kaedah dalam masyarakat yang telah tidak tahu di mana mula dan di mana akhirnya hidup ini! - satu pandangan skeptikal selepas setahun di negara Barat.
No comments:
Post a Comment